بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Walimatulurus ikut bahasa Melayu mudah - "Jemputan". Majlis meraikan pernikahan. Tetapi yang selalu tertera ialah Majlis Perkahwinan.
Aku tidak mahu membincangkan suasana majlis tersebut. Aku ingin mengutarakan tentang kad jemputan. Sebelum sesuatu majlis tersebut kita mendapat atau menerima kad jemputan dari tuan rumah. Biasanya dengan cara serahan tangan di peti surat. Ada yang menjemput secara lisan dan sesetengahnya berserta kad jemputannya sekali.
Sesudah majlis tersebut, biasanya kad tersebut akan dibuang oleh penerimanya. Bagaimana cara mereka membuangnya?. Ke bakul sampah. Terus ke terowong sampah, maklumlah tinggal di tingkat 13. Di dalam kad jemputan tersebut tertulis butiran jemputan, tarikh, hari, masa dan lokasi majlis. Selain dari itu sesetengah kad jemputan terisi dengan Firman Allah SWT dan juga Hadis Nabi SAW. Terisi juga doa dari bakal pengantin atau keluarga yang tertera Nama Allah SWT.
Sebaik-baik cara sebelum membuangnya, selamatkanlah Firman Allah SWT, Hadis Nabi SAW dan doa yang terkandung didalam kad jemputan tersebut. Caranya sama ada memotong dan menyimpan bahagian tersebut. Jika tidak berminat menyimpan lakukanlah sebagaimana kita menjaga kesucian Al Quran, sebagai garis panduan.
In Syaa Allah Bermanfaat.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan