بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sekadar sepintas lalu aku google gambar-gambar penjara dari awal hingga gambar terakhir, terpana aku tentang erti kebebasan kepada setiap individu. Hanya gambar dibawah aku rasa sesuai untuk menunjuk gambaran penjara reka bina manusia untuk memenjarakan manusia yang difikirkan oleh penguasa untuk individu yang langsung tidak sesuai untuk bebas.
Di sudut ini aku tidak membicarakan mereka yang terpenjara dan dikategorikan sebagai penjenayah kerana kesalahan curi, rompak dan pelbagai kesalahan jenayah.
Kepada mereka yang tahu bagaimana Amarika Syarikat menangkap, memenjarakan dan menyeksa umat Islam kerana pelbagai tuduhan antaranya cukup palsu, dalam usaha memenangkan sekelompok hati keyahudian dalam jiwa pengusa. Segala-galanya halal bagi mereka.
Tuduhan palsu juga telah memenjarakan ahli politik yang tidak sealiran dengan nada suara dan fikir penjajah selaku penguasa waktu itu. Mereka yang berpolitik tetapi pasif (menurut kata dua penjajah) dan pengampu penjajah langsung terlepas kerana ibarat lembu dicucuk hidung. Jenis inilah yang merosakkan Agama Islam untuk berlapis-lapis generasi serta memakan masa yang cukup lama. Malahan kesannya mencakupi setengah dekad atau sedekad lebih.
Seperti sedia maklum penjajah cukup berpengalaman dalam menghadapi Islam yang dianggap musuhnya. Cara terbaik ialah berpura-pura baik dengan orang-orang Islam. Penyerapan secara licik tanpa disedari sebilangan ahli politik tempatan yang terjajah, akan menjamin upaya doktrin penjajah terus hidup, walau pun negara tersebut telah merdeka.
Antara sasaran doktrin penjajah ialah memisahkan Islam dengan politik. Sedangkan dalam Islam antara Agama dan penguasa tidak akan terpisah. Inilah antara usaha kafir untuk menjauhkan Umat Islam dari Al Quran dan Hadis melalui undang-undang ketat untuk berpolitik warga terjajah. Penjajah juga meresapi jiwa rakyat tempatan melalui dasar pelajaran, yang berbahasa pengantar bahasa penjajah.
Waktu dulu mereka yang pandai akan mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke negara asal penjajah. Peluang ini akan terus diguna pakai untuk mengoreantasikan otak dan gaya fikir warga terjajah. Balik ke tanah air sesudah selesai pengajian, mereka akan tampak agenda barat lebih baik berbanding Islam. Maklum mereka sudah terdedah dengan kehidupan dan sosial semasa belajar di sana.
Walau bagaimana pun tidak semua berubah rupa kepada berkiblatkan barat. Kecuali mereka yang rasa "enjoy" dengan cara dan corak hidup ala barat. Pihak yang terus berkuat kepada Al Quran dan Hadis, tiada muka, tiada tempat untuk menjadi pemimpin politik yang disenangi penjajah.
Mereka ditangkap dan dihadiahkan dengan pertuduhan palsu dalam usaha "mengadilkan" tindakan penguasa memenjarakan seseorang.
Setelah penjajah keluar sejurus negara merdeka, ahli politik penentang penguasa akan terus berumahkan penjara. Kepada pengusa jenis ini, ahli politik penentang mereka akan meruntuhkan kemantapan kuasa mereka. Jadi individu tersebut tidak boleh dibiar bebas, kerana individu tersebut terlalu tahu tipu daya sang penguasa yang bersekongkol dengan penjajah semasa negara belum merdeka.
Ahli politik yang terpenjara akan dikelaskan sebagai banduan. Sesetengah ahli masyarakat kala itu memang memandang rendah kepada banduan termasuklah mereka yang dikelaskan sebagai "banduan politik." Warga banyak tidak akan mempersoalkan apakah pemenjaraan itu mempunyai nilai keadilan, kejujuran, amanah dan sebagainya. Mereka terus akur dengan sang penguasa yang zalim. Umat Islam yakin Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana.
Mangsa kepada pemenjaraan tidak halal (tiada keadilan) juga mengesankan kepada ahli keluarga, sanak saudara, anak, isteri, suami dan juga sahabat handai. Penguasa yang tidak takut kepada urusan Allah SWT akan terus bongkak dengan kuasa yang ada ditangan mereka.
Mereka pejuang sebenar terpenjara, pejuang palsu terus bebas berkuasa. Mereka yang berpolitik kanan alirannya (Memperjuangkan Islam) berumahkan penjara sehingga sesetengahnya ke akhir hayat. Manakala yang kiri alirannya senada dengan politik penjajah. bermahligai tempat tinggalnya.
Baca kisah wanita cerdik Pakistan: Dr Aafia Siddiqui .
Baca juga: 547. YKJK X 2 .
Sumber: (Penjara) .
Baca juga: 547. YKJK X 2 .
Sumber: (Penjara) .
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan