[Mstar]
KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya
di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.
Timbalan
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai
ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki
kereta Wira Aeroback.
Mangsa
mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah
hitam.
Kemas Kini:
Jenazah
Raflie Abdul Malik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah
siasat selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Indera
Mahkota Dua dekat sini, hari ini. - Foto Bernama
Tn Haji Ahmad Rafli Abdul Malek - Foto: Sinar
Kematian Ketua Penguat Kuasa Jaip Bermotif Bunuh
[Bernama] KUANTAN - Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat
Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di
rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten
Komisioner Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu,
mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya
di ruang tamu.
Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam
lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah
Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah
memanggil mangsa keluar dari rumahnya.
"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek
berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan
melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di
rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari ini.
Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai
dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati
di tempat kejadian.
"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah
berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya
mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya.
Zakaria berkata, polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut
termasuk motif lain. - 10/11/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan