Isnin, 11 November 2013

2343. Pisau.

Sesuatu untuk dikongsi kerana Allah S.W.T..
Deyah sedang menyiang ikan baung. Terasa pisau yang digunakan tumpul hingga tidak mampu untuk memotong sirip ikan tersebut. 

Lantas Deyah mengambil batu pengasah atau ringkasnya batu asah. Mula-mula Deyah membaca 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dan juga Selawat Atas Nabi S.A.W., Deyah memastikan muka atau bahagian batu asah yang kasar sebelah atas. Dalam kedudukan mata pisau 30% (Boleh juga dibaca 30 darjah) menghala muka batu pengasah yang kasar. 

Deyah melayangkan (tanpa menekan) mata pisau tersebut ke permukaan batu asah. Kemudian setelah beberapa kali mengasah bahagian kanan mata pisau, Deyah memalingkan mata pisau tersebut, untuk mengasah bahagian kiri mata pisau itu pula. Dengan berhati-hati Deyah mencuba ketajaman pisau asahannya. 

Seterusnya Deyah memalingkan permukaan batu asah yang halus pula. Deyah menggunakan kaedah yang sama seperti aktiviti sebelumnya. Tujuannya ialah menghaluskan lagi hasil kerja mengasah pisau dan mempertajamkan lagi mata pisau yang hendak digunakannya itu. 

In Syaa Allah cara sedemikian akan memastikan ketajaman pisau tahan lebih lama. Lebih-lebih lagi cara menggunakan pisau dengan cermat dititik beratkan. Ada yang kata pisau kalau dibuat memotong kertas menyebabkan alah tajamnya. Pisau jangan ditusuk ke tanah, itu pun akan menumpulkan pisau. 

Inti pati: 
Kalimah Allah S.W.T., Puji-pujian ke Atas-Nya serta Junjungan S.A.W.. 
Kedudukan pisau 30 Darjah dan layang sahaja semasa mengasah. 
Sebarang bantahan atau tambah baik ... ruang komen tuu adalah kannn. 
In Syaa Allah bermanfaat. 
 Lyric Knife - Rockwell

You touched my life
With your softness in the night
My wish was your command
Until you ran out of love

I tell myself I’m free
Got the chance of livin’ just for me
No need to hurry home
Now that you’re gone

CHORUS:
Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded
Knife
Cuts like a knife
You cut away the heart of my life

When I pretend
Wear a smile to fool my dearest friends
I wonder if they know
It’s just a show

I’m on a stage
Day and night I go through my charades
But how can I disguise
What’s in my eyes

CHORUS

Oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Oh…

I’ve tried and tried
Blocking out the pain I feel inside
The pain of wanting you
Wanting you

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded
[2X] 

You cut away the heart
Of my life

Credit:
www.lyricstime.com

Baca Juga: 
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
™ .......

Tiada ulasan: