بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Kisah wanita cantik yang membuatkan para Ulama kagum.
Ketika melalui sebuah jalan di kota Bashra, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau senda dengan seorang lelaki tua. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki tersebut pun ketawa.
Al Atabi merasa ingin tahun kemudiannya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu. "Siapa lelaki tersebut?"
" Dia suamiku "
"Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang menghairankan " Al Atabi meneruskan soalnya lagi.
"Barangkali kerana mendapatkan wanita sepertiku, maka dia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan bersyukur adalah termasuk penghuni syurga? salahkah aku bersyukur kepada Allah atas kurnia ini? "
Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu dengan rasa kekaguman. Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu kerana kecantikannya. Mereka kagum kerana agamanya.
Dan benarlah pesan Sabda Rasulullah SAW yang bererti: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya , kedudukannya , kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung." ( HR. Bukhari dan Muslim)
Wanita yang baik agamanya, ketika dia kaya, dia tidak sombong, dermawan, suka berinfaq dan menyokong perjuangan dakwah suami dengan hartanya.
Wanita yang baik agamanya, ketika dia mempunyai kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, dia tidak menghina orang lain. Justru itu dia menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela kebenaran.
Wanita yang baik agamanya, ketika dia cantik, dia tidak membuat suaminya resah. Dia menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya tercinta.
Wallahu a'lam
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com
Sumber: DETIKISLAM-^_.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
vmct7.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan