Khamis, 14 November 2013

2374. Allahyarham Haji Suhaimi Said.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
Thursday, 14 November , 2013. 

INNALILLA HIWAINNA ILLAIHIROJIUN. AL FATIHAH. 

Matinya saksi penting pembunuhan Lubuk Merbau - SUBKY LATIF



SEJAK Haji Suhaimi Said keluar daripada PAS lebih 20 tahun lalu, tiada lagi sebarang hubungan saya dengannya. Tidak lagi kami sekeluarga singgah di rumahnya yang tidak jauh dari pusat kegiatan PAS Pahang di Sungai Gau. Tidak lagi seperti sebelumnya.
Barulah saya ke rumahnya ketika orang ramai sedang membetulkan saf untuk menunaikan solat jenazah ke atasnya sebelum tengah hari 6 November lalu.

Sebaik saya tiba terus masuk ke celah saf dalam rumahnya sesak dengan orang, imam pun Ustaz Nasrudin Tantawi, anggota Parlimen Temerloh mengangkat takbir, saya yang baru membetulkan saf pun takbir sama. Safnya di sambung panjang hingga keluar khemah sebelah rumahnya.

Telah ditentukan Allah semasa lalu di pekan Temerloh saya yang tidak berwuduk dari Kuala Lumpur singgah di sebuah surau mengambil wuduk. Jika saya tidak mengambil wuduk ketika itu nescaya ‘mis’ saya bagi solat jenazahnya yang pertama itu.

Telah ditakdir begitu lamanya kami tidak berhubung, pada solat jenazahnya, saya ‘ditibakan’ dari jauh untuk khidmat terakhir buat seorang pejuang rakyat yang gigih itu. Telah ada di rumahnya semasa solat Dr Wan Azizah Ismail, Presiden partinya dan MP Kuantan Fauziah Saleh. Ramai yang menunai solat jenazahnya. Mengikut Mohd Nor, setiausaha PAS semasa Haji Suhaimi jadi ketuanya, adalah yang teramai pada ingatannya.

Kata orang penghormatan yang ramai ke atas jenazah seorang mukmin tanda roh dilimpah rahmat. Moga-moga.

Ramai-ramai rakan-rakan PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, PJ PAS Pahang, YB Syed Hamid Adun Semantan. Ramai warga emas PAS yang lama tidak bersua ditemui hari itu.

Seorang belia yang tidak lagi remaja mengingatkan saya di tengah yang ramai itu, dia masih ingat ketika itu dia masih sekolah, saya hadir di rumah Almarhum yang lain, saya datang bagi menyambut perisytiharannya menyertai PAS. Diadakan ceramah besar dan kenduri atas penyertaan dalam parti Islam itu.

Dia telah diketahui anggota Partai Rakyat sejak menuntut undang-undang di London. Kata Haji Alang, koresponden Utusan Temerloh di zaman saya dulu, Haji Suhaimi di zaman kanak-kanak memanjat pokok memasang poster Pak Sako. Haji Alang menunggu di bawah pokok. Haji Alang yang juga peminat tegar Pak Sako bersama Almarhum antara yang hadir.

Dia kaki kerja baik dalam mana parti pun yang disertainya.

Semasa Partai Rakyat dipimpin oleh Kassim Ahmad atas nama PSRM, Suhaimi menyertai Umno di bawah sayap Pemudanya yang berketuakan Dato’ Harun Idris.

Penyertaannya dirasakan setakat kulit, tak masuk ke daging.

Dia terus dirasakan sebagai orang Partai Rakyat juga. Pergaulannya dengan orang PAS di Temerloh menyebabkan dia menyetai PAS. Penyertaannya dalam PAS rasanya tidak sekadar kulit saja, kerana anaknya dihantar belajar di Pondok Pak Ya Joned di Padang Lumat, Yan.

Orang yang tidak menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan tapi menghantar anak ke Sekolah Agama Rakyat Pak Ya adalah orang PAS. Ramai orang PAS hantar anak ke sekolah kebangsaan, hanya orang PAS tegar menghantar anak ke sekolah agama.

Dalam PAS dia seorang yang bekerja kuat. Siang malam ada saja program dan kegiatan yang dibuatnya, hingga pembantunya dalam PAS tak terikut.

Dia adalah peguam. Kerja guamannya sama naik dengan kerja PAS. Bukan saja masanya habis dengan PAS malah duitnya pun habis dengan kerja parti. Hingga ada antara yang hadir di hari kematiannya menyebut bahawa Haji Suhaimi tidak meninggal duit dan harta.

Kalau Ghafar Baba dikatakan ligat macam gasing dalam Umno, maka Suhaimi pun ligat macam itulah dalam PAS.

Saya rasa dia adalah antara orang paling tidak disukai oleh Umno. Dalam banyak ceramah yang dia hadir biasa saja kalau majlis itu dibaling batu. Kalau rumah berbumbung zink, terperanjat semua orang apabila batu menimpa bumbung.

Orang mengganggu ceramah PAS adalah biasa, tetapi ceramah yang disertai Haji Suhaimi mudah diganggu.

Dalam Pilihan Raya Kecil Padang Terap kerana MP-nya Syed Ahmad Shahbudin menjadi Gabenor Melaka, Haji Suhaimi ditugaskan menjaga pos Lubuk Merbau. Ketika saya kempen di situ, dia memberitahu saya tempat itu tegang.

Satu dua hari sebelum mengundi, Umno menghantar Dato’ Najib dan Datin Paduka Rahmah Othman yang ketika itu belum ada Parti Semangat 46. Lepas itu kawasan yang dijaga Haji Suhaimi itu diserang hingga seorang petugas PAS, Othman Talib terbunuh.

Tidak diketahui apa tindakan yang diambil? Jika ada penyiasatan atas peristiwa berdarah itu Haji Suhaimi tentulah jadi saksi yang penting. Tetapi saksi yang penting itu sudah pun mati. Kalau penyiasatan hendak dilakukan sekarang, saksi pun ramai telah tiada terutama saksi pentingnya Haji Suhaimi.

Kerana kerjanya laju dan orang PAS tidak terikut justeru keligatannya dia keluar PAS. Tidak diketahui apa yang Khalil Yaakub, ketua Umno Pahang masa itu buat menyebabkan Haji Suhaimi keluar PAS dan masuk Umno.

Tetap Haji Suhaimi tidak sesuai dengan Umno. Yang sesuai dengannya ialah PAS dan kawannya yang ramai pun adalah orang PAS di Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitar.

Rakan-rakan PAS di Pahang di bawah pimpinan Ustaz Baki bersetuju menerima Haji Suhaimi kembali kepada PAS. Dan dia pun mahu kembali kepada PAS.

Keputusan tidak boleh dibuat oleh PAS negeri. PAS Pusat saja yang boleh membuat keputusan.

PAS Pahang tidak dapat mempengaruhi PAS Pusat untuk menerimanya semula. Mesyuarat tidak sependapat untuk menerimanya semula.

Yang mesyuarat sepakat ialah menangguhkan dulu penerimaan itu. Mungkin dia menerima maklumat bahawa PAS berbeza pendapat atas permohonannya itu, maka dia menarik balik permohonannya.

Dia adalah orang yang tidak boleh duduk diam. Dia mesti ada parti untuk mengisi masanya.

Maka mana ada parti selain daripada Umno dia boleh bersamanya.

Dia adalah rakan karib Kamaruzaman Yaakub, abang menteri Ismail Sabri Yaakub. Kamaruzaman asalnya Parti Rakyat.

Dia lebih awal masuk Umno. Apabila Kamaruzaman mengikut Ibrahim Ali menubuhkan Parti Semangat 46, Suhaimi pun dekat dengan parti itu.

Apabila kemudiannya Parti Keadilan Rakyat dibentuk atas gabungan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, maka di situlah dia menghabiskan baki usianya.

Oleh kerana PKR (KeADILan) itu sekutu PAS, maka hubungannya dengan PAS adalah baik cuma dia tidak jadi ahli PAS saja.

Semasa dalam PAS tumpuan besarnya adalah membela kaum peneroka Felda. Sebelum ada Anak yang memperjuang nasib peneroka Felda, Haji Suhaimi menulis siri rencana di Harakah tentang nasib peneroka.

Dalam sejarah politiknya dua kali dia menjadi mangsa tahanan ISA. Dia telah dibuang daerah ke Melaka. Dia menetap di situ. Di situ sekali lagi dia ditahan.

Dia tidak ditahan semasa dia dalam parti lain. Hanya semasa dalam PAS saja dia kena ISA.

Saya tanya apa sakitnya? Memang lama juga dia terlantar.

Kata Syed Hamid, mula dia sakit antara tangan dan bahu. Apabila diperiksa doktor didapati tulangnya reput. Bagi membolehkan kepala tegak, disambung tulang di tengkoknya dengan logam.

Memang dia menderita. Penderitaan itu tanda Allah hendak membersihkan daripada sebarang dosa. Moga-moga dia dibangkitkan sebagai orang yang bahagia.

Kerengga

Sumber: 
ZAKRI ALI: Matinya saksi penting pembunuhan Lubuk Merbau - SUBKY LATIF

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< 

Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<
eaho™.
 ('_') Google Translate ('_') .  
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 

Tiada ulasan: