بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
Thursday, 14 November , 2013.
Najib
PM Paling Boros
PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 billion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu.
Sumber:
Orang ni: Najib PM Paling Boros
NOTA: Lastly yang cabok dapatlah buku-buku photocopy. Dari gambar berwarna kepada gambar hitam putih. Harga?. Allah S.W.T.. Maha Mengetahui, Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Buku Photocopy cecah RM ratusan ringgit?. Action perunding luar negara.
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 billion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu.
Ahli Parlimen Kelana
Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawatan bertulis yang
diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika
diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM125 juta sebulan
atau juga RM4juta sehari.
Perbelanjaan yang amat
besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang
mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?
Ia juga menimbulkan
persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk
membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan
kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di
dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu
pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.
Oleh kerana wang RM7.2
bilion ini merupakan wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya.
Apakah sebenarnya jenis
perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini?
Lebih bertanggungjawab
sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail mengenai perkara
ini di Parlimen supaya ianya dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau
sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya
untuk bayaran kepada perunding saja.
Dengan hutang negara
yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion,
subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat,
perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya
menunjukkan "kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam
membelanjakan wang rakyat.
Selama ini kita hanya
mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding
media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai
RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh
lebih besar lagi.
Khidmat perunding luar
ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita
semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang
dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya.
Penggunaan khidmat perunding
luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia
ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas,
terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan
program-program baru untuk kerajaan.
Apakah kakitangan
kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja
fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik
sahaja?
Dengan perbelanjaan
sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik untuk memberi
khidmat perunding itu adalah daripada luar negara atau sekurang-kurangnya
daripada Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA
turut juga meresap dalam kerajaan.
Mungkinkah khabar angin yang
didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang agen CIA dalam Jabatan Peguam
Negara merupakan sebahagian daripadanya?
Tidak dinafikan bahawa
angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja
adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana
Perdana Menteri sebelum ini.
Ia jelas menunjukkan
pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak
menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat
jumlahnya.
Jika dikira dengan
pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri
Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke
luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan
juta dan berbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan
juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling
boros sekali dalam sejarah negara.
Dalam tempoh lima tahun
yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang
terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak
beliau sebagai Perdana Menteri, bayangkanlah berapa puluh billion lagi akan
dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang?
SH
Sumber:
Orang ni: Najib PM Paling Boros
NOTA: Lastly yang cabok dapatlah buku-buku photocopy. Dari gambar berwarna kepada gambar hitam putih. Harga?. Allah S.W.T.. Maha Mengetahui, Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Buku Photocopy cecah RM ratusan ringgit?. Action perunding luar negara.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan