Jumaat, 15 November 2013

2389. Sakratul maut yang paling dahsyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.


kisah Malaikat Izrail mencabut nyawa iblis


Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia "padang masyhar". Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi bumi, airnya kental seperti
air mani.

Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di mana air itu akan menumbuhkan tubuh-tubuh manusia yang telah hancur menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.

Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa iblis yang durjana. Di masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang amat luar biasa kepada Malaikat lzrail untuk menghadapi iblis supaya dia merasai bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh manusia serta jin.

Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai dari neraka untuk mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis.

Setelah bertemu iblis dipukul dengan sekuat- kuatnya, iblis meraung-raung menahan kesakitan. Oleh kerana pukulan kedua- dua Malaikat itu terlalu kuat, maka iblis terus pengsan.

Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun berkata kepada Iblis; "Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri dari aku. Aku diperintahkan untuk mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat daripada manusia dan jin yang telah engkau perdayakan. Telah berjuta tahun umur mu di dunia. Tidak sedikit umat manusia serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka, supaya mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang pedih sesuai dengan perbuatanmu."

Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya sambil memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat dan lari dengan sekuat-kuatnya. Pada
pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat tersebut tidak akan berjaya menjejakinya. Iblis terlari dengan lajunya menuju ke arah Timur.

Tiba-tiba muncul Malaikat lzrail di hadapannya. Kemudian lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia berlari ke Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan Malik telah terpacak berdiri di hadapannya.

Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis: "Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu semuanya. Larilah ke mana yang kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang sia-sia. Kamu tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit yang ke tujuh sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk kamu hidup."

Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail "Ya lzrail berilah aku peluang untuk pergi ke kubur Adam.

Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur itu. Kata iblis, "Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan dan sebab kamulah aku jadi terkutuk."

Sejurus kemudian iblis berkata: "Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa aku". Kata lzrail: "Telah aku katakan, 
sekarang engkau akan merasakan maut yang luar biasa."

Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail itu. Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan dapat lari ke mana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis dengan rantai yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan kakinya di belenggu dengan rantai-rantai yang teguh.

Malaikat lzrail berkata: "Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis."

Lalu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan rantai pengikatbadan iblis itu bagaikan nak putus. Terdengarlah pekikan yang ngeri ketika nyawa iblis dicabut, itulah sakratul maut yang paling dahsyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini.

Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela menghasut umat manusia supaya melakukan perbuatanperbuatan mungkar.
SUMBER BACA: Gendang Perang-^_.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< 
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 

Tiada ulasan: