Isnin, 18 November 2013

2437. Mereka tidak boleh ada saingan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Islam Agama Ku.

28 April, 2005

Keyakinan & Fahaman. 1.12.2004 - Menjelang Maghrib. 


Di atas dunia ini tidak dapat elak daripada pertembungan di antara keyakinan dan fahaman
Samada pertembungan yang berdasarkan agama atau ideologi berdasarkan akal fikiran
Keyakinan itu ada yang hanya sekadar keyakinan dan fahaman hanya pegangan sendiri sahaja tanpa diperjuangkan. 

Tapi apabila ada golongan yang ada cita-cita hendak mengembang menyampaikan keyakinan masing-masing lahirlah jemaah dan perjuangan. Ada golongan yang perjuangkan keyakinan berlapang dada hanya memulangkan kepada orang ramai, terpulang siapa yang mereka hendak terima sebagai ikutan. 

Mereka tidak memusuhi golongan lain yang sedang memperjuangkan fahaman dan keyakinan mereka masing-masing di dalam kehidupan. Kalau hendak berbincang pun boleh, terpulang kepada orang ramai menilai fahamannya Golongan ini di dalam perjuangannya tidak akan timbul pergaduhan dan permusuhan lebih-lebih lagi tidak akan berlaku peperangan. 

Mereka hanya memperjuangkan keyakinan terserahlah kepada orang ramai menolak atau menerimanya terpulang. 

Yang akan timbul pergaduhan dan peperangan jika berlaku dua keadaan
Pertama, apabila fanatik dengan fahaman hingga memaksa orang menerimanya jika tidak mereka pandang musuh lalu memusuhinya. 
Kedua, apabila ada puak hasad dengki dengan golongan lain dikeranakan:
1. Tidak boleh ada saingan.
2. Tidak mampu berhadapan ada golongan yang diterima orang.
3. Sakit hati kalau ada golongan yang berpengaruh serta dapat membuat kemajuan.
4. Tidak boleh lihat ada golongan yang mempunyai kelebihan.
Golongan hasad dengki kerana hendak menjatuhkan saingannya mereka akan buat
apa sahaja untuk menjatuhkan saingannya:
 

1. Mereka akan membuat fitnah untuk pengaruh orang ramai.
2. Mereka akan membuat berbagai-bagai pembohongan untuk mengelirukan orang ramai.
3. Mereka akan melakukan sabotaj dan pengkhianatan terhadap lawan.
4. Akhir sekali kemuncak kejahatannya melakukan pembunuhan. 

Golongan yang kerana ada golongan hasad dengki kalau tidak sabar mereka akan mencabar.
Mereka akan bertindakbalas seperti musuhnya lakukan.
Maka terjadilah pergaduhan, perkelahian dan peperangan.
Maka masyarakat umum pun tergugat sama keselamatan mereka di dalam kehidupan.
Inilah yang sedang terjadi di dalam dunia akhir zaman.
Golongan hasad dengkilah yang paling bahaya di dalam kehidupan insan. 

Mereka tidak boleh ada saingan dan disaingi hingga mereka sanggup mengorbankan etika pergaulan sesama insan di dalam kehidupan. Maka tergugatlah keselamatan. 
Sumber:

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: