Rabu, 20 November 2013

2454. Apa itu Qanaah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Mencanai nilai qanaah dalam diri
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
9 Oktober 2013



TIDAK sedikit rupanya kakitangan awam yang terjerat dengan masalah hutang. Apa yang lebih membimbangkan apabila lilitan hutang ini terkait dengan budaya hidup yang suka bermewah dan berbelanja melebihi kemampuan.

Moto ‘biar papa asal bergaya’ turut menyebati dalam diri sehinggakan ramai juga yang bergaji kecil tapi tetap mahu memperagakan pakaian berjenama berserta telefon bimbit yang harganya kadangkala melebih gaji seseorang.

Ramai juga yang sanggup berhutang kerana begitu ghairah untuk menjadi kaya melalui pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang rata-rata masih diragui keabsahan syaraknya.

Bagi penulis fenomena seperti ini semakin mengakar dalam masyarakat dan amat terkait dengan faktor memudarnya budaya qanaah dalam jiwa umat Islam hari ini.

Qanaah merupakan salah satu sifat Nabawi yang bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian ALLAH SWT. Qanaah juga suatu manifestasi keimanan yang mampu mengawal dan membatasi sifat ketamakan, kerakusan dan haloba yang mudah menguasai diri.

Manusia yang tidak beriman dan terbudaya dengan nilai qanaah amat mudah dikuasai oleh sifat-sifat kebinatangan tersebut. Rakus kepada dunia material adalah watak kebinatangan yang sanggup melahap keuntungan tanpa kawalan hukum halal-haram dan nilai-nilai moral.

Sebuah hadis menggambarkan tabiat manusia seperti ini: Jika seorang anak Adam memiliki emas 10 dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha) mencari lembah yang ketiga. Perut anak Adam tidak akan berasa puas sehinggalah dipenuhi dengan tanah. (Riwayat Bukhari).

Membudaya sifat qanaah dalam diri tidak pula bermakna Islam menyuruh golongan fakir miskin berpuas hati dengan taraf hidup yang rendah dan hina. Ia juga tidak bermakna kita harus berhenti mencari kekayaan yang halal, penghidupan yang baik serta kehidupan yang berkecukupan.

Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri pernah meminta kekayaan dan ketakwaan daripada ALLAH sebagaimana doa diriwayatkan Muslim dengan lafaz: “Ya ALLAH, aku memohon ketakwaan, petunjuk, kemuliaan dan kekayaan kepadamu”. Baginda juga pernah mendoakan sahabat Anas bin Malik dengan doa berikut: “Ya ALLAH perbanyakkanlah hartanya.” (Riwayat Bukhari).

Yang penting kekayaan yang ingin dikecap mestilah dengan cara yang halal tanpa mencetuskan penindasan kepada orang lain.

Apa yang pasti sifat qanaah akan mewujudkan pola kehidupan sederhana dan menghindari gaya hidup berlebih-lebihan dan bermewah. Biasanya gaya hidup bermewah-mewahlah mendorong pelbagai perilaku songsang hingga tidak lagi kenal halal dan haram.

Seterusnya kesedaran bahawa setiap rezeki itu anugerah ALLAH SWT akan menumbuhkan pula sikap bertanggungjawab dalam membelanjakan harta.

Sesungguhnya budaya qanaah dan bersederhana dalam berbelanja merupakan salah satu ciri Ibadurrahman atau hamba-hamba Tuhan yang dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak seperti firmanNya: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan: 67)

Ciri-ciri hamba ALLAH SWT yang diistilahkan sebagai ‘ibadurrahman’ ini ialah mereka yang adil dan baik kerana sering memilih jalan  bersederhana di antara dua budaya ekstrem dalam berbelanja.

Demikianlah prinsip dan etika penting dalam berbelanja yang digariskan syarak agar diamalkan oleh setiap umat Islam. Sikap berlebihan amat berbahaya bagi  masyarakat, demikian juga sifat bakhil yang merupakan punca kerosakan sesebuah tamadun.

Justeru amat penting sekali budaya qanaah ini kembali disemarakkan dalam diri individu agar membentengi diri daripada terjerumus dalam hutang atau pelbagai skim cepat kaya.

Kekayaan yang diperoleh secara halal akan menjadikan manusia lebih bertakwa, dilimpahi rahmat dan barakah ALLAH.

Sebaliknya kekayaan yang tidak berasaskan keimanan hingga tercabutnya sifat qanaah dalam diri hanya akan melahirkan manusia berbudaya foya-foya tetapi pengecut, hilang daya juang dan tidak berani menghadapi risiko. Menggejalanya fenomena sedemikian adalah petanda kehancuran sesuatu umat.

*Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (Yadim)

Sumber: 


Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: