Khamis, 21 November 2013

2471. Pandang-pandanglah kepada diri sendiri.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


1. Menjauhkan diri dari fitnah  dan menjadikannya bukan amalan hidup. 

Tidak menjadikan fitnah  sebagai sumber mencari makan atau menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Fitnah bukan sumber menyebar cerita apabila bersama ahli keluarga atau bila bertemu dengan orang lain. Fitnah juga bukan amalan atau cara hidup untuk mempengaruhi orang lain agar mempercayai kata-kata atau cerita kita. 

Bersubahat dengan perkara fitnah. Bagaimana rasanya seseorang apabila ditimpa fitnah, ahli keluarga tidak mesra lagi dan ramai orang memandang serong. Malangnya ada sekelompok manusia boleh percaya bulat-bulat perkara dusta dan lebih suka mendengar dan memenangkan sebelah pihak. Maka lahirlah manusia yang tiba-tiba tidak bertegur sapa.

Betullah dunia ini fitnah. Kerana fitnah seseorang terpenjara pun ada. Sejarah hidup manusia pernah memberitahu iaitu lebih malang lagi disebabkan fitnah nyawa seseorang itu tercabut kerana tersisih dari pengadilan dunia sebagaimana yang sepatutnya.

Sejarah manusia juga pernah memberitahu rupa-rupanya fitnah memang makanan jiwa "nan rapuh" sebahagian manusia, walau telah "bertitle" atas nama dunia dengan apa yang pernah dikerjakan. Hebatlah pada mata dia. 

Jarangnya pemfitnah apabila menyedari perbuatannya memang salah di sisi Allah S.W.T., sekadar meminta maaf kepada mangsa fitnah tanpa menyebutkan segala apa fitnah yang pernah dilakukan. Terasa malu agaknya untuk menyebut perkara buruk yang telah dilakukan apabila meminta maaf. Untung orang yang dihadapannya sedia memaafkan tanpa banyak soal oleh kerana menyedari siapalah dia yang hanya hamba Allah S.W.T.. Natijahnya Allah S.W.T. Maha Pengampun. 

2. Menabalkan diri perahsia. 

Apabila seseorang bercerita dengan kita, senang kata kita sedang mendengar perkara yang berkait rapat dengan "umpatan". Wajarkah kita meneruskan nikmat pendengaran yang Allah S.W.T.. bagi pinjam dengan perkara sebegitu?. Tetapi masih ramai "talam dua muka". 

Terjadinya sedemikian rupa kerana dia bukan "perahsia" orangnya. Dia jenis suka mengadu dumba. Boleh pula orang jenis ini menyampaikan "orang ini itu mengata engkau" Agaknya itulah istilah "mulut longkang" dipalit di wajah bibirnya yang tidak reti menjaga. Maksiat juga jadi wadah pertuturannya. 

3. Tidak menyalah gunakan ilmu yang ada untuk menterjemah itu sebagai balasan Allah S.W.T..

Jangan nak memandai mengulas segala kejadian dengan sembarangan kata atau hujahan pendapat. Itu ini. Menjadikan diri berhati-hati dan berwaspada agar tidak menterjemah segala kejadian yang bukan menjadi hak diri. Itu hak Dia Allah S.W.T.. Yang Maha Berkuasa. 

4. Menjadikan diri sentiasa mohon perlindungan Allah S.W.T. 

Kita bukan kebal. Ingatkanlah diri sendiri sebelum berkata-kata. Itulah antara cara Imam yang sedang membaca khutbah. Antara lain ayatnya "aku mengingatkan diriku dan mengingatkan jemaah" 

"Dataran yang untuk dilangkah seterusnya bukan rata sangat."

In Syaa Allah Bermanfaat. 

YouTube mp3
http://www.youtube-mp3.org/

Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: