Sabtu, 23 November 2013

2501. Menarik perhatian.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
http://gudanglagu.com

Janganlah panggil saya bangsat!
MUHAMAD MAT YAKIM
22 November 2013

LEPAS tamat sekolah, saya jadi juru jual di Perak. Mula sampai di Kuala Kangsar, saya terasa diperlekehkan. Ini berlaku apabila seorang pakcik berkali-kali kata "awak tak tahu..." kepada saya. Saya menyangka dia merendahkan saya. Rupa-rupanya 'awak' adalah ganti 'saya' bagi orang Perak.

Demikian juga di Parit apabila saya akhirnya terpaksa menjawab "kenai makcik, takkan tak kenai, kipas" setelah seorang makcik tanya sama ada saya 'kenai' kipas angin yang dihalakan kepada saya.

Setelah diberitahu suaminya yang tertawa besar mendengar kata-kata saya, barulah saya sedar rupanya makcik itu bertanya sama ada saya kena atau tidak angin kipas itu. Kena atau 'keney' dalam sebutan orang Parit yang bunyinya seakan 'kenai' mengikut dialek Kedah, mencetuskan salah faham saya.

Itu belum lagi cerita orang Kuala Kangsar masuk kedai lampu dan bertanya "lampu ade idak, ade idak, ade?" Mujur semasa jadi jurujual di Kuala Kangsar, saya tidak ditugaskan menjual lampu. Jika tidak, bergolek berguling pun pasti saya tidak faham pertanyaan itu. Rupa-rupanya pelanggan itu mahu beli lampu lip lap.

Tidak lama dulu, saya bawa seorang kawan dari Kuala Pilah berjumpa seorang ustaz. Kebetulan si ustaz kawan rapat kepada abang saudara saya yang dipanggil Tat. Kata ustaz itu "Tat dulu dok mampuih kut rumah kami la..." Terkebil-kebil kawan saya mendengar kata-katanya.

Keluar dari pejabat ustaz itu, dia langsung bertanya mengenai 'mampuih'. Saya jelaskan, 'mampuih' dalam konteks cerita ustaz itu mengenai hubungan dia dengan abang saudara saya yang sangat mesra. Ini digambarkan melalui kata-katanya 'mampuih' yang bermaksud Tat selalu tidur atau bermalam di rumahnya. Kata kawan saya, dia sangka Tat selalu kena belasah sampai setengah mati oleh ustaz itu!

Ya, memang banyak istilah sama tetapi berlainan maksud mengikut dialek antara negeri kita. Beberapa tahun lepas, saya sendiri terkebil-kebil menonton satu adegan dalam filem Hantu Kak Limah yang berpunca masalah dialek. Apabila dengar Pak Abu menyebut hantu kopek seiring dengan kemunculan suatu objek yang bertali arus daripada seorang wanita, saya tertanya-tanya "penumbuk apa yang banyak sangat ni?"

Rupa-rupanya apa yang saya sangka penumbuk itu buah dada, dan itulah 'kopek' bagi orang Pantai Timur. Kopek di tempat saya bermaksud dompet.

Selain kopek, 'teriak' juga bawa makna yang berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, seseorang bercerita kepada rakannya: "Kami tiap-tiap pagi raya, masa bersalam dengan mak abah kami, kami mesti teriak ..."

Tentulah kawan dari Johor itu naik hairan. Mana tidaknya, teriak dalam bahasa Johor maksudnya menjerit sedangkan bagi orang Kedah, menangis. Apa pasal pula kena menjerit, minta maaf dengan suara perlahan, penuh keinsafan tak bolehkah?

Satu hal lagi, apabila sampai di tempat orang, jangan memandai-mandai buat kesimpulan sendiri mengenai istilah atau dialek di tempat itu. Contohnya, memang banyak istilah dalam dialek utara yang belakangnya huruf 'r' diganti dengan 'q'. Atau jangan pula asal kelapa sembarangan ditukar kepada 'nyoq'. Di utara, kelapa sawit tetap dipanggil kelapa sawit, jangan pula orang negeri lain pergi sana sebut 'nyoq sawit'.

Adapun satu kisah ini boleh dijadikan contoh. Dalam satu majlis kenduri di Kedah, seorang tetamu yang sudah sekian lama teringin nak makan acar limau orang utara, sampai sahaja terus bertanya kepada tuan rumah, 'ayaq acaq ada?"

'Acaq' mengikut dialek utara bukan acar tetapi kumbahan atau air basuhan yang kotor. Acar sebaliknya disebut 'acat'. Begitu juga orang utara yang baru berhijrah ke KL, jangan segera nak jadi orang KL, ajak kawan pergi main 'bole kat Kote Damansare'. Anak KL jati pun sebut 'bola' dan 'Kota Damansara'!

Satu lagi untuk kita jadikan iktibar apa yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir, maka si imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan dengan kata-kata "minta tolong bang sat..."

Merah padam muka si musafir, "saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!"

Sumber: 

Ulasan Pembaca juga tidak kurang menariknya: 
gelak besaq saya baca post tang lampu lip lap ..lampu ade idak.ade idak..haha..
1 lgi...baloq liat...
Lampu lip lap orang kuale berang, terengganu..."lapu cheh bus, cheh bus, api dalang kace..
nanti kena share ni, kita buat cerita hal ulu ganu lak, saya ada pengalaman di sana nak beli buah kerkuk, dia kata 'buah hutang' saya kata tak leh, mari jauh ni, nak bayar cash 
Muhamad Mat Yakim Bnyak juga perkataan2 yg menarik dri kuala berang..Contohnye Air 7 UP cap kartung jogek..merujuk kepada Air Seven Up(air berkarbonat)...yang mepunyai logo kartun yang sedang menari...dan cerita bagaimana seorng pnduduk kg yg menaiki heli pada zaman British..pendudk itu mengatakan "nok turoung,,nok turoung..(nak turun)..krana takut..tpi pilot yg brbangsa inggris slah fham dgn mngadaikan org kg ini ingin buat dua pusingan lagi(2 round)...akhirnya sampai termuntah2..huhu
Kami kalau tang "kelapa sawit" tu, tok kami kabo pada kami "kelapa bali". Kisah dialek ni memang mengkekek dibuatnya. Jangan kata dan ambil mudah walau kadang-kadang boleh dibuat jenaka. Begitu juga resam biasa suatu daerah. Mungkin nampak sama tapi tak serupa. Kalau ada pengalaman berkelanan tentu banyak kisahnya.

Saya pernah berkesempatan mengaji di Bahau, 3 bulan juga ambil masa nak menangkap butir bicara rakan sebilik dan orang tempatan. Ayat "Jumpo kek no?" pun buat saya terpinga-pinga, apabila mendengarnya, walhal selalu sahaja dengar lagu "Apo Kono Eh Jang"
Kalau kawan terengganu gambarkan situasi kelakar dengan perkataan "suke!", kalau oghang nogohi "ghiyang!"
mmg kelako deme nie...
ada kampung di ulu ganu, lupa nama kg tu tapi rasanya belah telemong, tiga kampung bersebelahan, dialek berbeza beza 
Elikupte liwo liwo atas pale
kelakor jrg doh dengor lening
ada banyak lagi kisah belum tulih... satunya gi pantai batu burok, orang kedah nak belagak cakap ganu, pukul 4 petang, dengan gaya dialek teganu yang dipedo (kontrol) habih saya pun order "nasik dagang se!" dibantai gelak semua yg ada dalam kedai tu, "nasik dagang mane ade petang2 ni bang, orang sini makang nasik dagang pagi je..." addussss
Saya pun ada cerita menarik, semasa saya makan di coffee house di Kuantan, sorang budak dengan suara kuat dia kata " ma letok kokokrang kat pinggang ke" saya kata kenapa nak letak kerang kat pinggang?, saya pun tolehlah tengok apa budak tu nak buat.. Ha ha ha ha rupanya dia nak letak coco crunch kat pinggannn..... lawak betullah... 
Hahaha!! Ini pula salah satu dileq orang Melaka berjumapa kawan lama: Hawau kau dah lame xnampak!! negeri lain harap maklum bahasa manja orang Melaka bila bersembang
tok baruk bhsa sanjong.. lom bhsa kmk org gk .. alu angol nyawa ktk orang mike camney nak pahm .. hahha
ada bahasa sebuah negara turki atau bahrain, bila kita angguk maknanya bukan & geleng kepala makna ya.
kt msia pun ade... mamak kn selalu buat hahaha
hahaha... aku pun dah konfius kejap, tgh baca page berita ke baca blog.
hilang stress baca artikel ni pada hari jumaat. :)
saya bangga jadi orang utagha ^_^
mu Mat Yakin jom kelek motong getah kat Mahang ikhlas dari cucu TOK PIAH
nak motong gena, ujan dok sokmo sokmo la ni 
ha..ha...pi kg kat area BALING akan cakap-tak twoo dayy(tak tahu),tak mohh(tak nak)...dll..
hahaha...wlwpn sy org Perak tp org Taiping asai2 p'hijrah dr Kedah & Pulau Pinang mcm moyang belah ayah sy, sb tu kami ckp utara.ms sek.menengah sy msk skolah asrama kt Sg Petani, wlwpn org Tepeng ckp utara tp ada perkataan2 yg sy x pnh dengaq.kt Kedah la sy tau "toyue" tu sebenaqnya kicap.kwn2 ada org Yan, Baling, bl sembang dgn depa kna amek ms skit nk paham.2thn duk Kedah kira buleh la paham.lps SPM sy msk pusat kraftangan kt Kuala Kangsar, jenuh nk paham ckp org Kuala wlwpn jarak dr Kuala dgn Tepeng hny 1/2jam perjalanan.ms kt Kuala la sy kenai perkataan2 "sembei" "panjut" "kome" "ater".lg m'cabaq sbb cikgu2 yg m'gajaq suma org2 Sayong, mmg ckp sebijik mcm Os.lps 2thn kt Kuala, sy b'hijrah ke KL.mmg terbawak loghat Kuala smp suma org ingt sy org Kuale Kangsor.kt kedai ka supermarket ka pasar malam ka ataih bas ka suma org yg sy x kenai sy pggl "yob" & "yong".p kedai mntk "cabai kering" org x paham ^_^
menarik.... penah kene... gi KT... gi tanya sorang mamat ni... bos... nak gi pejabat bla bla bla mcm mana??? mamat tu dgn ramah menjawab... mu ikut jalang ni...bla bla bla nmpk traffic light... bla bla bla... hasilnya saya gi cari traffic light tu je... sbb saya da tak paham apa yg mamat tu bg tau... smpi traffic light tanya org lain.... heheehehe 1 lg cite mmber dr Terengganu gi Kedah... smpi tol punya punya la semangat nak cepat... dia tanya org jaga tol... boh nak gi bla bla bla guane??? org jaga tol tu bantai gelak pastu tanya.... hang kata apa td??? mmber tu jwb minta maaf bos... saya lupa saya kt Kedah.... 
kampung sy di Kedah, daerah Pendang ada dialek yg berbeza..klu negeri utara kebiasaannya air dsebut air, tp d kg sy di sebut A...bgitu jgk dgn prkataan yg hjgnya 'r', kbiasaannya akn jd 'q' tp tidak d kg sy...ada lg dialek yg berbeza, ada yg ckp 'pelek' siam, 'pelek' kedah, 'pelek' chegar/gajah mati/cangkat nering...
Itu pelek melayu pattani atau pelek ulu, di pendang yg guna dialek ulu guar kepayang, kerkau, charok kudung.... yg byk guna dialek tu di belah pdg terap, sik, baling, mahang, gerik, lenggong, batu kurau dan bukit ganatang
betui tuu...pelek yg payah nk paham baling laa...jenuh pikiaq...hehehe...
Besa denga dqk cerita sorang makcik gi dok tungung si bilk air sape misi tanya bokpa lama sangat dia dok tungung di situ, dia kata doktor suruh dia tungung dia bilik a (air) pada hal doktor kata bilik A 
Orang kelantan mula2 datang ke Johor. Di Kelantan straw di sebut peleting...sampai ke kedai beli air botol terus cakap dengan yakin "mintak peleting satu".Terpingga tuan kedai tak faham.
Kalau loghat utara Penang pulak, air tandas dipanggil "ayaq pancuq", tak pernah pulak saya dengar istilah "ayaq acaq" digunakan.
1 lagi....lemas / lemaih....klu org len mungkin fhm lemaih dlm air..tpi utara kta..lemaih tu...rimas...
Lemas perut sgt aih.... telan pelampung
Kuala berang..... air tujuh up cap katung jugait... 7up .
disebut tujuh yuppie
tertarik dgn perkataan bangsat...mak saya kerap guna perkataan bangsat bila cerita tentang arwah bapa ke Perak utk bekerja...bangsat maksudnya...merantau...
hahahahh aduiii matai la aku kalau kena posting d sjung... cakap baku sjlah..jangan cakap utara/selatan sama aku...
cik mat pernah dgar istilah pantat belange?
pernah, kampung saya pun pakai istilah tu, termasuk pantat periuk



HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

1 ulasan:

Rocket Raccoon berkata...

You have made a good article.
It really helped us find what we were looking for.
Thank you very much and may God bless you.
Download Lagu