Sabtu, 23 November 2013

2504. Tidak lagi ketawa.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



MENANGGUH KEMATIAN 

Masa zaman Nabi Ibrahim AS datang Malaikat Maut berjumpa Nabi Ibrahim AS dan ingin tahu siapa anak muda yang baru mengunjunginya. Nabi Ibrahim AS mengatakan ia murid dan sahabatnya. Dia datang memberitahu dia akan berkahwin esoknya. 

Malaikat Maut berkata, "Wahai Nabi Ibrahim AS sayang sekali umur pemuda itu tidak akan sampai pagi esok" Malaikat Maut pun meninggalkan Nabi Ibrahim AS. Nabi Ibrahim AS tidak memberitahu pemuda itu perkhabaran ini utk tidak mendahului rahsia Allah SWT. 

Esoknya Nabi Ibrahim AS melihat pemuda itu benar-benar berkahwin. Hari berganti hari, hinggalah 70 tahun lamanya, pemuda itu masih hidup. Nabi Ibrahim AS bertemu Malaikat Maut dan bertanya apakah dia berbohong. Malaikat Maut berkata, dia tidak berbohong. Dia memang hendak mencabut nyawa pemuda itu seperti ditentukan tetapi Allah SWT telah menghalangnya. 

Nabi Ibrahim AS ingin tahu kenapa. Malaikat Maut berkata, "Pada malam menjelang pernikahannya anak muda ini telah menyedekahkan sebahagian hartanya. Ini membuatkan Allah SWT memanjangkan umurnya hingga engkau melihatnya sekarang." 

KESIMPULANNYA

Kematian ditangan Allah SWT. Allah SWT yang berhak mengubahnya. Dan sedekah jariah boleh mengubahnya dengan izin Allah SWT seperti dalam kisah ini. 

Tidak siapa pun tahu tarikh kematiannya. Ayuhlah kita bersedekah untuk mengharap ganjaran Allah SWT. Soal umur adalah kehendaknya. 

Edit: 

Allahyarhamah emak seorang hamba Allah SWT berpesan, "Jangan hang tidur pada suatu penghujung hari (malam) selagi hang tak bersedekah. "Kerana itu hamba Allah SWT ini telah membina wakaf air bertapis untuk memastikan setiap hari dia bersedekah.

(Kenyataan ini tidak bertujuan riak dan ujub, tetapi untuk menjadi contoh yg baik) ANDA TELAH BERSEDKAH HARI INI WALAUPUN SEBELAH TAMAR?. 

Sumber:  


HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: