بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Alhamdulillah Johor cuti mingguan Jumaat dan Sabtu mulai 1.1.2014. pCq
=========
=========
Puas aku cari kut-kut ada komen dari pemimpin umno,, terutama sekali Najib,,, namun sedih sekali... tak ada yang berani kecuali MB Johor terpaksa mengiyakan apa yang berlaku...... Ha ha ha .. editor utusan pun pandai,, ia letak gambar Mahathir baru lega disebelah,, kalau tidak orang tua ni pasti komen... *Najib dgn Muhyiddin,, hu hu hu,, terkedu,, nak kata sokong,, sahih kena booo dengan rakan-kakan BN yang lain... nak tak nak diam ajalah,, kang bising tak setuju,,, derhaka dengan Sutan...Apa pun aku sokong 100% atas tindakan Tuanku Paduka Sultan Johor,, harap-harap selepas ni Sul...
Pemimpin Umno terkedu... wakaka
Ha ha ha .. editor utusan pun pandai,, ia letak gambar
Mahathir baru lega disebelah,, kalau tidak orang tua ni pasti komen...
Najib
dgn Muhyiddin,, hu hu hu,, terkedu,, nak kata sokong,, sahih kena booo dengan
rakan-kakan BN yang lain... nak tak nak diam ajalah,, kang bising tak setuju,,,
derhaka dengan Sultan...
Apa pun aku sokong 100% atas tindakan Tuanku Paduka Sultan Johor,, harap-harap selepas ni Sultan negeri aku pun turut sama menukar sama seperti negeri Johor...
Apa pun aku sokong 100% atas tindakan Tuanku Paduka Sultan Johor,, harap-harap selepas ni Sultan negeri aku pun turut sama menukar sama seperti negeri Johor...
Sumber:
Utusan Malaysia:
Kemenangan Mat Sabu kemenangan PKR dan DAP
Mat Sabu Menang.
Utusan Tiba-tiba Meroyan Seperti Orang Tidak Siuman...
KELAB GREENBOC
Kejayaan Mohamad
Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar
milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha
akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu
terhadap parti Islam itu.
Kolumnis Awang
Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara
sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat
Sabu.
“Pihak yang paling
bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.
“Ketika keputusan
belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman
sosial, mengucapkan syabas kepada beliau,” tulis Awang Selamat yang merupakan
nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel
bertajuk, “Tanda aras PAS” tanpa menamakan pemimpin DAP itu.
Menurut Awang
Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang
atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.
“Selagi Mat Sabu
membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar,” tulisnya lagi.
“Semoga ahli-ahli
PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu.”
Menurut Awang
Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang
dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu
moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.
“Suatu hari kelak
beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu
kerana itulah tanda aras dalam PAS,” tulis Awang Selamat membuat spekulasi
Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu
hari nanti.
“Dengan Presiden
PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya
dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS
dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan.”
Menjelang Muktamar
PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus
perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus
“berkempen” bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka
tandingi pada pemilihan kali ini.
Akan tetapi ini
mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional
berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka
sandang.
Dalam keputusan
pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi
manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya
mendapat 490 undi.
Ini menjadikan Mohamad
menang dengan majoriti 98 undi. -TMI
ULASAN GB
Kesiannnn. UMNO
bersama si Luncainya, Utusan mengharapkan Mohd Sabu tewas di dalam pemilihan
PAS. Kerana apa? Kerana ia merupakan jalan mati kepada "Kerjaaan
Perpaduan" yang mereka harapkan.
UMNO & BN amat
sedar tentang masa depannya yang gelap - gelap jika PAS terus bersama Pakatan
Rakyat. UMNO kini menjadi seperti kera sumbang (sumbing?) di dalam BN. MCA
& Gerakan sudah tidak mewakili kaum Cina sementara MIC & PPP sudah
tidak lagi menjadi parti pilihan kaum India. Kebanyakan mereka memilih DAP, PKR
malah sudah ramai tidak segan silu untuk menyokong PAS.
Hampir keseluruhan
kawasan bandar dikuasai oleh Pakatan Rakyat. UMNO semakin terpinggir ke ceruk
kampung yang didominasikan masyarakat Melayu yang masih boleh mereka
perboodohkan.
Mereka cuba
hidupkan isu Kerajaan Perpaduan dengan pelbagai justifikasi - konon betapa
pentingnya umat Islam dan orang Melayu bersatu - dan dlihat kumpulan pro-Ulama
sebagai kumpulan yang masih boleh diajak "berunding" untuk tujuan
itu. Justeru itu mereka telah keluar habis-habisan menyokong kumpulan yang
dinamakan pro-Ulama.
Mujurlah sudah
ramai ahli-ahli PAS sudah lama tidak membaca Utusan, yang menyebabkan mesej itu
tidak kesampaian dan cita-cita mereka untuk mengharu-birukan PAS dengan
label-label Erdogan, *Anwarinas", pro-Ulama hancur berkecai.
Utusan sebenarnya
sudah bankrap, bankrap segala segi. Ia adalah hasil dari perbuatan mereka
sendiri yang giat menabur fitnah selama ini. Benarlah firman Allah swt:
Sambil bersikap
sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan
dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri.
Maka tiada yang
mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah
lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau
tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
Sunnatullah -
itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan sepanjang zaman.
Sumber:
<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan