Jumaat, 29 November 2013

2542. Mewar-warkan 1 kejahatan dengan menyepikan 9 kebaikan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Melayu sering memandang 1 kejahatan lebih gah berbanding 9 kebaikan. Dalam usaha untuk memburuk-burukan antara satu sama lain sesama Islam dan sebangsa dalam kehidupannya sebagai anggota masyarakat bangsa Melayu. Hal ini dapat kita perhatikan dalam komen-komen peribadi pemimpin-pemimpin dan ulasan-ulasan di akhbar dan media massa dewasa ini. Terutamanya dalam pertembungan fahaman politik antara Melayu dengan Melayu.

Antara sikap buruk orang Melayu ... Sikap dan sifat baik seseorang Melayu yang merupakan saingannya akan disorok-sorokkan sedaya upaya, dengan harapan saingannya itu akan dipandang hina. (Sikap dan sifat baik pihaknya akan diwar-warkan dan diungkit-ungkit serta ditokok tambah untuk kemegahan DUNIA, supaya pihaknya dipandang mulia oleh Melayu, walau pun pihaknya itu petualang dan pengkhianat Melayu sebenarnya) ...

Apa lagi kalau lawannya itu melakukan kesilapan, AIB jadi modal tersohor, hukum Islam menjaga Aib pun dilanggarnya. Dengan ada penokok tambah lagi supaya lawanya cukup malu besar, besar dan besar malu. (kalau pihak sendiri melakukan kesilapan disorok-sorok atau dinafikan sekeras-kerasnya supaya semua orang tahu itulah antara tragedi dan tanda-tanda akhir zaman) ...

Akhirnya berita benar, semua Melayu mempercayainya sebagai sesuatu yang palsu semata-mata ... Perkara yang berunsur adu-domba serta berunsurkan sifat-sifat jin laknatullah menjadi berita yang benar pada tanggapan kebanyakan Melayu.

Sewajibnya sebagai orang kebanyakan dewasa ini, kita perhatikan mana satu Melayu yang sebenar-benarnya orang Islam dan layak dinobatkan sebagai pemimpin Melayu Islam akan datang.

Jangan sampai Melayu jadi mangsa penipuan si kitol dan si mamak mendeliar serta kuncu-kuncunya. Ingat!!! jangan biarkan peristiwa budak cerdik Melayu dijatuhi hukuman bunuh kerana mencadangkan batang pisang dalam peristiwa "Singapura dilanggar todak"., berulang dan Melayu kehilangan waris Islam dan waris bangsa yang cerdik serta membiarkan manusia Melayu pelanggar perentah dan larangan Allah S.W.T., sebagai pemimpinnya.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: