Jumaat, 29 November 2013

2546. Gunting dalam lipatan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Mendokong biawak hidup.
Api dalam sekam. 
Talam dua muka. 
Harapkan pagar, pagar makan padi. 
Pengkhianat.
Petualang. 
Konon-konon muka inilah akan tertonjol menjerit hendak jadi menteri 
- inilah antara hikmah Pakatan Rakyat,
Allah SWT belum izinkan beroleh peluang menjadi pemerentah di Malaysia. 
Kena buang dulu bangkai-bangkai biawak-biawak hidup dalam parti. 
Banyak lagi jenis-jenis ini dalam parti masing-masing tanpa mengira anda PAS PKR atau DAP. 
Tentu pemimpin bijak membuat dan melakukan cleanup. 
Tentu pengalaman memerentah di Terengganu, Perak dan Kedah boleh dijadikan penanda aras.
Bukan sekadar mencari salah orang.  Tetapi murni dan berhemah.
pCq.

Inilah dua ‘Trojan Horse’ yang hancurkan PKR Sabah Ghani Miyasin

Dicatat oleh atsixty 

KOTA KINABALU: Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. 

Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said.

Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.

Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.

Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.

Kemenangan Jelani adalah kemenangan Umno di Matunggong! Begitulah tanggapan umum di Kota Marudu. Semasa berkempen, Jelani dikatakan secara sulit memberitahu ahli-ahli Umno bahawa kerusi Matunggong akan dihadiahkan kepada Umno jika dia menang.

Rata-rata di Sabah berpendapat, kehancuran PKR Sabah berpunca daripada dua trojan horse yang ditaja Umno.
Sejak dari awal telah diramal mereka akan mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu.

Terbukti ia telah mula berjaya bila Jelani membawa 11 orang ketua cabang keluar untuk memberi sokongan kepada BN.

Persoalan mereka, kenapa Musli masih belum mendedahkan diri? Apakah beliau masih memainkan peranannya?


-freemalaysiatoday-



Sumber:
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/inilah-dua-trojan-horse-yang-hancurkan.html
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: