Jumaat, 29 November 2013

2551. Apakah ini tulahan. Akibat sentiasa cakap besar.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
INI MAKNA DIA!!! BEKAS PENGARAH CID AJAR MENTERI DALAM NEGERI CARA JADI MENTERI !!!
 NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH WAHAI ZAHIDI HAMIDI!!!

Mat Zain: Tak perlu laporan untuk aduan disiasat

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim tidak perlu laporan polis untuk siasatan dilakukan ke atas dakwaan beliau terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Seksyen 107 dan 107A Kanun Prosedur Jenayah berkaitan maklumat kepada polis dan kuasa mereka untuk menyiasat adalah sangat jelas," kata Mat Zain dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengatakan dakwaan dalam akuan bersumpah Mat Zain beberapa hari lalu tidak disiasat kerana tiada laporan polis diterima atas dakwaan yang diberikan.

Mat Zain dalam kenyataannya beberapa hari lalu mendakwa, beliau menyerahkan salinan akuan bersumpah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Akuan berkenaan mengandungi dakwaan salah laku Gani mengenai kes Pulau Batu Puteh .

Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat jika laporan polis dibuat ke atas isu itu.

Beliau juga menyarankan perdana menteri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya kerana badan itu mempunyai skop siasatan yang lebih luas dan menyeluruh. [MK]
 
Ulasan admin :

Pertubuhan pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini mendesak bekas pengarah CID datuk mat zain membuat laporan polis atas dakwaan kes sogokan dalam kes pulau batu puteh. Desakan itu disuarakan oleh presiden perkasa datuk ibrahim Ali.

Admin ingin persoalkan mengapa perkasa tidak membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dilakukan diatas dakwaan bekas pengarah CID tersebut? Bukankah perkasa sebuah NGO terkenal dengan laporan polis jika ada isu sensitif.

Mengapa perkasa hanya mendesak datuk mat zain membuat laporan polis ? mengapa bukan perkasa saja ? Kononnya nak tunjuk hero menjaga kedaulatan negara. 

Hey perkasa , kalau anda rasa bertanggungjawab kepada negara, anda juga perlu buat laporan polis. Tidak perlu tunggu orang lain buat laporan polis.

Perjuangan agama bangsa negara konon.. kahakkk puihhh! BARUA TU BARUA JUGAK LAH woii!!!

-admin power-
Dicatat oleh atsixty 

-admin power- Dicatat oleh atsixty 

Sumber:

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: