Jumaat, 29 November 2013

2554. Malaysia dalam kemelut menjana kemajuan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Secara peribadi Malaysia mula runtuh seawal 1985 lagi. Maknanya kurang lebih, dua tahun cukup 30 tahun umur keruntuhannya. 1985-1995-2005-2015. 

Penswastaan yang diharap akan menjadikan Malaysia mempunyai cukup dana, jadi sebaliknya malah terkapai-kapai dengan bebanan keberhutangan yang semakin meningkat setiap detik. Menghimpit nafas ekonomi rumahtangga dan pendapatan perkapita isi rumah setiap rakyat Malaysia. 

Aku masih ingat 1985 hari terakhir aku meninggalkan Singapura. Setelah 20 tahun aku kembali semula ke sana. Sungguh aku terperanjat. Begitu jauh beza kepesatan kemajuannya. Untungnya bila sesebuah negara beroleh arkitek yang berketrampilan. Singapura pun melakukan pensyarikatan dalam operasi pemerentahan kerajaannya. 

Sebenarnya penswastaan lebih banyak mengelirukan dari menguntungkan rakyat banyak Malaysia. Malaysia sebenarnya tidak memerlukan individu pemimpin mulut celupar dan bercakap besar. Pensyarikatan merupakan antara langkah terbaik untuk mengurangkan beban kerajaan. Dengan syarat ada kejujuran dan ketelusan. 

Pelabur yang kerugian dalam menguasai tadbir urus syarikat-syarikat swasta  diselamatkan oleh Kerajaan Malaysia menggunakan dana rakyat. Itu pun lahir juga jutawan lingkup. Untung dijelap 100 persen. 

Satu masa dulu keluar arahan kebenaran boleh mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja lebih awal dari usia asal selepas bersara. Ada muslihat disebalik kebenaran itu?. 

Elektrik, telefon dan air telah pun jadi milik swasta. Hampir-hampir perkhidmatan kesihatan menjadi sasaran. Cuma ada beberapa senggat dalam perkhidmatan kesihatan telah diswastakan. 

Putrajaya hanyalah lubuk emas individu dan syarikat yang menguasainya. Rupa-rupanya bangunan pejabat-pejabat kerajaan serta kediaman hanyalah milik swasta. Kenderaan kerajaan pun telah diswastakan.

Pengawal Keselamatan di gedung-gedung kerajaan pun sudah diswastakan termasuklah pekerja pembersihan. Senang-senang mereka berlegar atas nama jawatan pengawal keselamatan dan pekerja tekun pembersihan. Sedihnya ada yang berselipar semasa bertugas di gedung-gedung kerajaan. 

Bila lagi Malaysia akan keluar dari kemelut sentiasa rugi. Sesetengahnya merudum menjunam sehingga 89%. Nilai mata wang Malaysia tidaklah segagah namanya lagi Ringgit Malaysia satu masa dulu. 

Apakah kita sedang dipimpin oleh mereka yang hanya layak sebagai pendengar atau penyanyi yang sekadar mendengar atau menyanyi tanpa menitik beratkan setiap bait, klausa kata, wacana, syair, setiap kidung yang terkandung dalam urutan senikata lagu petrotik tersebut. 

Berapa tahun lagi kita perlu buang masa dalam kedangkalan?. Untuk membetulkan kesilapan sebuah negara bukan cukup 5 tahun tetapi tidak mustahil dalam jangkamasa tiga penggal pemerentahan. 

Contengan peribadi. 

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: