Google+ Badge

Rabu, 4 Disember 2013

2662. Yahudi kaum yang dilaknat Allah S.W.T..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
==================
Kaum Yahudi Tidak Berhak Ke Atas Baitul Maqdis[1] - Posted on 11 Jun 2010
Baitul Makdis
Kedudukan Masjidil Aqsa Dan Kubah Batu 
Allah telah menjanjikan “Tanah Suci Bumi yang dijanjikan” kepada kaum Bani Israil untuk direbut, diduduki dan ditadbir. Menurut para ulama, bumi itu adalah tanah Palestin yang di dalamnya terdapat Baitul Maqdis. Namun sejak awal-awal lagi kaum Bani Israil itu telah membangkang perintah Allah dan berkhianat ke atas Nabinya. Jadilah mereka sebagai umat yang dikutuk Allah dan tidak berhak lagi ke atas Baitul Maqdis. Beberapa alasan yang menyebabkan kaum Yahudi tidak berhak ke atas Tanah Suci Baitul Maqdis dan tanah Palestin di antaranya:
Haram Assarif dari selatan
Kaum yang Sangat Ingkar
Sangat ingkar dan bersikap tidak sopan kepada Nabi Musa ketika disuruh menakluki Baitul Maqdis dengan mengatakan: “Hai Musa, kami sekali-sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.”[2].”
Masjidil Aqsa
Membunuh Para nabi
Mengkhianati agama Tauhid yang ditinggalkan Nabi Musa dan membunuh para Nabi dari kalangan bangsanya sendiri. Di antara nabi-nabi yang dibunuh oleh bani Israil itu ialah Nabi Zakaria, Nabi Yahya. Nabi Isa juga mereka kejar bersama-sama pasukan Rom untuk dibunuh. Dengan bangganya mereka berkata: “Kami telah membunuh Isa anak Maryam.” Tetapi Allah menyelamatkan Nabi Isa, jadilah mereka membunuh kawan sendiri yang telah diserupakan  seperti Nabi Isa olch Allah. Bahkan kaum Yahudi itu telah bcrkah-kah berusaha cuba mcmbunuh Nabi Muhammad, namun selalu gagal.
Masjidil Aqsa
Membunuh Umat Lain
Melakukan kejahatan terhadap kaum Kristian dengan membunuh mereka secara besar-besaran ketika mereka berkuasa.
Kubah Batu
Kaum Yahudi itu telah beratus tahun dihalau keluar dari Baitul Maqdis oleh kuasa-kuasa besar. Setelah beratus tahun dikuasa oleh Rom, Baitul Maqdis dapat dibebaskan oleh umat Islam dari kuasa yang menjajahnya. Dengan demikian secara historis kaum Yahudi sudah tidak memiliki saham dalam pembebasan Baitul Maqdis. Dalam hal ini seorang pakar sejarah terkenal Arnold Toynbee dari British mengatakan: 

Kaum Yahudi tidak punya hak historis ke atas Palestin. Sebab kalau mereka yang pernah menduduki Palestin lebih 2000 tahun yang lalu dinyatakan mempunyai historis. maka Kanada mesti dipulangkan semula kepada Algonguin. British mesti diserahkan kepada kaum Welsh. Amerika mesti dipulangkan kepada kaum Indian. Kerana kaum Algonguin, kaum Welsh dan kaum Indian itu memiliki wilayah-wilayah tersebut lebih kurang 300 atau 400 tahun yang lalu .Jadi lebih sedikit masanya daripada danpada 2000 tahun daripada bangsa Arab itu. Bahkan orang-orang Yahudi adalah pada tahun 2000 sebelum Masihi, lebih lama darpada yang dicontohkan oleh Toynbee itu.

Sumber: 

[1] Dipetik dari Sejarah dan Keutamaan Tiga Tanah Suci oleh Muhammad Isa Selamat. Mukasurat 196-197. Penerbit Al Falah cetakan 2003. Sebuah buku 198 halaman membicarakan mengenai sejarah Baitul Maqadis, Madinah dan Makkah. Di antaranya tedapat huraian mengenai sejarah Palestin.
Sebuah buku yang patut dimiliki sebagai koleksi buku sejarah Islam.
[2] Quran Surah Al Maidah:24
==================

KENAPA BANGSA YAHUDI TIDAK LAYAK MEMILKI TANAH PALESTINE?

Sejarah Awal Bani Israel/Yahudi

Sejarah Bani Israel harus bermula dengan Nabi Ibrahim kerana Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada tiga bangsa, iaitu bangsa Arab, Yahudi dan Melayu. Kita mulakan kisah dengan singgahnya Nabi Ibrahim A.S dan sepupunya, Nabi Lut A.S ke sebuah negeri bernama Hebron. Di sana, baginda telah berjumpa dengan Sarah lalu berkahwin dengan Sarah manakala Nabi Lut membawa diri ke Kota Sodom sesuai dengan perintah ALLAH.

Di Kota Sodom, terjadinya kisah yang masih diingati dalam sejarah Islam, kisah bagaimana bangsa pertama di dunia yang mengamalkan homoseksual dan kemudiannya menerima bala yang tidak terperi daripada ALLAH dan satu-satunya malapetaka yang ALLAH masih tunjukkan kepada dunia, untuk memberi amaran kepada manusia bahawa ALLAH sangat melaknat hambanya yang mempunyai nafsu songsang.

Kemudian, Nabi Ibrahim membawa isterinya, Sarah ke Mesir. Baginda menetap di sana beberapa ketika dan terjadi peristwa yang kemudiannya membuatkan Nabi Ibrahim kembali ke Hebron lalu berkahwin dengan Hajar. Daripada keturunan Hajar ini, lahirnya bangsa arab melalui Nabi Ismail. Siti Hajar dan Nabi Ismail diperintahkan untuk singgah ke sebuah tempat yang kini menjadi Mekah.

Berbalik kepada Sarah, dia telah melahirkan Nabi Ishak. Nabi Ishak menetap di Hebron dan telah berkahwin dengan Rebeca. Daripada Rebecca ini, lahirnya Nabi Yakub A.S. Nabi Yakub membesar dan berkahwin dengan dua orang perempuan iaitu Leah dan Rachel. Selepas Leah melahirkan empat orang anak, Rachel menjadi cemburu dan berkat doanya kepada ALLAH, akhirnya ALLAH mengurniakan Nabi Yusof A.S sebagai permata keluarga. Daripada Nabi Yakub ini, terdapat 12 orang anak yang kemudiannya menjadi 12 suku bani Israel.

Diberitakan dalam Al-Quran, Nabi Yusof menjadi mangsa kekejaman abang tirinya dan telah dibuang ke dalam perigi. Namun, takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, Nabi Yusof A.S telah ditemui dan dijaga. Dipendekkan cerita, Nabi Yusof akhirnya menjadi menteri hal ehwal makanan dan telah berkahwin dengan Zulaikha. Diceritakan oleh Al-Quran, Injil dan Taurat, bahawa ALLAH telah mempertemukan Nabi Yusof dengan adik beradik tirinya yang lain. Nabi Yusof sendiri telah memperlawa adik beradiknya serta ayahnya untuk tinggal di Mesir.

Beratus tahun Bani Israel menguasai Mesir daripada Bangsa Qibti dan apabila tiba satu masanya, mereka menjadi sombong (sifat biasa Bani Israel) dan menaikkan kemarahan Bangsa Qibti, pengasas Tamadun Mesir Purba dan telah dijadikan hamba. Mereka tertekan silih tahun sehingga ALLAH menurunkan Nabi Musa A.S untuk berdakwah serta membawa mereka keluar dari Mesir.

Kisah Nabi Musa A.S yang turut berdakwah kepada Firaun menjadi antara kisah yang paling popular di dalam Al-Quran. Fenomena Laut Merah pasti masih segar diceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa membawa Bani Israel membelah lautan merah, ke sebuah tanah yang dinamakan Tanah Kanaan, tanah milik bangsa Palestine pada hari ini. Namun, Nabi Musa tidak berkesempatan untuk membawa Bani Israel masuk ke Palestine dan tugas itu diambil oleh anak muridnya iaitu Nabi Joshua. Ketika itu, Palestine sudah mempunyai penduduk asal iaitu Bangsa Kanaan, iaitu orang Palestine pada hari ini.

Sebab itu apabila mereka mengatakan bahawa mereka ialah penduduk asal Palestine, maka itu hanyalah bohongan semata-mata. Bangsa Yahudi sebenarnya tidak mempunyai negara. Mereka berjaya membina kerajaan Israel pun hanya kerana ALLAH mengirimkan seorang pemimpin yang bernama Talut di kalangan mereka untuk melawan pemerintah yang bernama Jalut. Ditakdirkan, Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut maka Nabi Daud telah mewarisi kerajaan ini.

Kerajaan ini berdiri sehinggalah pada tahun 586 Sebelum Masihi apabila diserang seorang raja dari kerajaan Babylon iaitu Raja Nebuchadnezzar. Dari tahun ini, bani Israel tidak mempunyai kuasa di Palestine sehinggalah Rom menawan Palestine. Raja Herod telah dilantik oleh Rom untuk menjadi wakil mereka memerintah Palestine. Namun, ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod dan Bani Israel telah cuba untuk membunuh baginda namun ALLAH telah mengangkat Nabi Isa ke langit.

Seterusnya, ALLAH telah mengurniakan bala ke atas Israel apabila Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Di atas apa yang mereka lakukan ke atas Nabi Isa, ALLAH telah menarik hak mereka ke atas Tanah Kanaan maka bergelantanganlah Bani Israel ke seluruh tempat. Hal ini sesuai dengan ayat Al-Quran di bawah:

"...telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisqn Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (Al-Qur'an, 5:78)

Mereka menunggu kedatangan Nabi Akhir Zaman dan berharap nabi akhir zaman ini akan menyelamatkan mereka daripada bala yang diturunkan oleh ALLAH.
Namun, apabila Muhammad datang daripada keturunan Arab, saudara jauh mereka, maka mereka menolak kenabian nabi Muhammad. Golongan inilah yang dipanggil sebagai Yahudi. Golongan bani Israel yang menerima kenabian Nabi Isa pula dikenali sebagai Nasrani dan kemudiannya Kristian dan istilah itu kekal untuk semua penganut Trinity. Yahudi dan Kristian pada hari ini ialah ahli kitab.

Peperangan Melibatkan Tanah Palestine

Seterusnya umat Islam harus belajar daripada dua orang tokoh Islam yang telah dua kali membebaskan Palestine daripada Rom. Pertama, Khalifah Umar Abdul Khattab, kedua ialah Salahudin Al-Ayubi. Ada perkara positif daripada peperangan ini yang harus dipelajari oleh kita. Mari, kita belajar mengenai sejarah Islam pula.

Selepas Rom menawan Tanah Kanaan, Baitulmaqdis terus lenyap dari pandangan dunia sehinggalah pada tahun 312 apabila pemerintah Rom ketika itu memeluk agama Kristian dan Baitulmaqdis mula dibangunkan sebagai Kota Umat Nasrani. Pelbagai gereja didirikan tetapi sisa tinggalan tembok Kuil Nabi Sulaiman terus dibiarkan tanpa terusik dan hari ini ia merupakan tempat beribadah kaum yahudi di Baitulmaqdis.

Untuk membebaskan tanah suci Umat Islam ini, Saidina Umar Al-Khattab telah mengumpul askar 20 000 orang yang dibarisi oleh panglima-panglima perang Islam yang terkenal seperti Abu Ubaidah, Khalid Al-Walid, Yazid bin Abu Sufyan dan Sharjeel bin Hasana. Tetapi sebelum itu, terdapat peperangan antara Khalifah Umar dan Rom di sebuah tempat berdekatan dengan Sungai Yarmouk. Dengan jumlah tentera sebanyak 40 000 orang, orang Islam berjaya mengalahkan tentera Rom yang ketika dipimpin oleh Maharaja Heraclius. Peperangan sebagai titik permulaan jatuhnya wilayah Syria ke tangan umat Islam dan seterusnya menyenangkan kerja penawanan Baitulmaqdis dan Tanah Kanaan. Perang Yarmouk ini menyaksikan kehebatan Khalid Al-Walid bermain strategi dan taktikal sehingga berjaya memperbudak-budakkan tentera Rom.

Dikatakan Khalid Al-Walid telah memanggil Abu Ubaidah supaya menyatukan menarik kembali tentera Islam dari Syria dan Palestine serta menumpukan kekuatan tentera untuk bertempur dengan tentera Rom di sebuah tempat sementara menunggu bantuan daripada Umar. Khalid Al-Walid sebenarnya telah mengkaji cara peperangan Rom ketika itu. Beliau mengetahui bahawa Rom sebenarnya lebih suka bertempur dalam skala yang kecil dan ini dimanfaatkan dengan menarik kembali askar-askarnya yang berpecah dan menyatukan mereka di satu tempat. Kemenangan di Yarmouk ini menyenangkan kerja penawanan Baitulmaqdis yang berada di dalam wilayah Syria ketika itu. Anda belajar sesuatu daripadanya?

Kesatuan itu membuatkan kita kuat, berpecah itu membuatkan kita lemah. Khalid Al-Walid tahu kalau tentera Islam berpecah di bahagian-bahagian berbeza, senang sahaja tentera Rom akan kalahkan mereka.

Selepas penawanan Baitulmaqdis, Baitulmaqdis berada di bawah penguasaan orang Islam sehinggalah Perang Salib pertama berlaku. Keamanan yang dikecapi menemui penamatnya pada tahun 27 November 1095 di Dewan Clermont, lebih dari 100 000 orang Eropah bergerak ke Palestine untuk “memerdekakan” tanah suci dari orang Islam dan mencari kekayaan yang besar di Timur. Paus Urbanius II ialah dalang disebalik Perang Salib I berlaku. Baitulmaqdis jatuh selepas 5 minggu dikepung oleh tentera Salib. Sejarah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Islam dan Yahudi di tangan tentera Salib.

Pemerintahan tentera salib di atas Baitulmaqdis dan Tanah Kanaan tidak lama apabila ALLAH mengutuskan hambanya yang hebat iaitu Salahudin Al-Ayubi pada tahun 1187. Salahudin Al-Ayubi telah mengalahkan Tentera Salib di Pertempuran Hittin. Apa yang mahu kita belajar daripada Pertempuran Hittin ini ialah Salahudin Al-Ayubi menyatukan dahulu umat Islam di sekelilingnya sebelum memimpin 30 000 askar. Kesatuan sekali lagi membuatkan kita kuat.

Sebelum kita mengulas lanjut mengenai bab ini, mari kita kaji dahulu apa itu Zionis. Theodor Herzl merupakan pengasas ajaran Zionis ini. Dia merupakan seorang Yahudi Austria. Fahaman zionis yang diasaskan olehnya berbunyi seperti ini iaitu orang Yahudi merupakan bangsa yang paling mulia dan berada di atas bangsa lain. Kebanyakan para Zionis menganggap bahawa bangsa lain didunia seperti anjing, di setahap dengan mereka. Para Zinois juga percaya bahawa tanah Palestine itu milik mereka sahaja. Ramai juga orang Yahudi yang menentang fahaman Zionis ini seperti Rabbi Hirsch.

Kita kembali kepada topik perbincangan kita iaitu mengenai Perang Arab-Israel. Mari kita hayati sejarah awal sebelum tercetusnya perang ini. Selepas perang dunia pertama, kekalahan Turki dan Jerman di tangan tentera perikatan menyaksikan kejatuhan Palestin selepas ditawan oleh Sultan Salim pada tahun 1512. British telah mengambil alih tanah Palestine ini daripada tangan Turki. Kekalahan Turki ini dijadikan satu peluang untuk Yahudi Zionis untuk mendapatkan Tanah Palestine.

Deklarasi Baflour menyaksikan kemasukan beramai-ramai orang Yahudi ke tanah Palestine dan jumlah mereka semakin bertambah sehingga mampu berorganisasi sendiri. Zionis yang menguasai sistem kewangan ketika itu berjaya membeli dan menebus tanah penduduk asal Tanah Kanaan, iaitu arab Palestine. Banyak tanah-tanah arab Palestine dirampas oleh Zionis. Akibat tekanan ekonomi, mereka terpaksa menjual tanah manakala Britsh sekadar memerhatikan sahaja.

Hal ini mengundang rusuhan demi rusuhan yang dibuat oleh penduduk Palestine yang tidak puas hati. Tahun 1930 menyaksikan kebangkitan yang lebih tersusun di mana melibatkan pertubuhan politik yang berjuang untuk mendapatkan hak mereka yang dicabuli oleh Zionis. Menjelang 1936, penduduk Palestine yang menentang British dan Zionis semakin bertambah dengan memaksa British untuk membuat sesuatu.

Suruhanjaya Peel telah ditubuhkan untuk mencadangkan pembahagian tanah Palestine kepada dua, satu milik Yahudi dan satu lagi milik arab Palestine. Di bawah rancangan ini, 33 % tanah Palestine akan diberikan kepada Yahudi. Umat Palestine menjadi marah kerana mereka tidak mahukan pendudukan yahudi kerana tanah yang dimiliki oleh yahudi hanya 5.8 % pada ketika itu.

Ini memaksa suruhanjaya yang baru ditubuhkan. Suruhanjaya yang baru mengatakan bahawa cadangan yang lama tidak praktikal dan mencadangkan seperti berikut:

“Britain’s obligations of the Jewish Nation home had been substantially fulfilled; indefinite mass Jewish immigration to and land acquisition in Palestine would contradict Britain’s obligations to the Palestinian; within the next 5 years, 75 000 more Jews would be allowed in to the country, after which Jewish immigration would be subject to ‘ Arab acquiescence’"

Orang arab sekali lagi tidak bersetuju melalui apabila merasakan kemasukan yahudi tidak terkawal pada 5 tahun manakala Zionist pula mengatakan bahawa impian mereka untuk menubuhkan negara Israel tidak akan tercapai. Hal ini membuatkan British bingung. Akhirnya United Nations General Assembly ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini. Pada akhir perbincangan, UN mencadangkan agar 56% tanah Palestine diberikan kepada Yahudi manakala 46 % diberikan kepada Palestine. Baitulmaqdis pula diletakkan di atas pimpinan masyarakat antarabangsa.

Masyarakat arab menentang cadangan ini kerana tanah Palestine yang diberikan kepada penduduk arab ialah tanah yang tidak subur berbanding tanah yang diberikan kepada Yahudi.

Perang Arab-Israel 1948

Pada 14 Mei 1948, dunia menyaksikan bagaimana Israel melalui David Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan negara Israel. Akibat daripada itu, pasukan arab di bawah Liga Arab terus meingistiharkan perang ke atas Israel. Namun perang ini melibatkan kekalahan tentera bersekutu arab. Kenapa boleh kalah? Ada sesuatu yang saya mahu katakan.

Arab pada zahir sahaja bersatu tetapi pada batinnya, mereka masing-masing mempunyai matlamat sendiri. Hasil kajian saya membawa saya kepada penemuan ini. Raja Abdullah I daripada Jordan merupakan pemimpin tentera bersekutu arab ini tetapi Raja Farouq misalnya merasa terancam dengan kepimpinan Raja Abdullah ini sedangkan dia mahu terlihat sebagai hero Palestine.

Nuri As-Sahiq pula nak menggabungkan Palestine di bawah impiannya iaitu menubuhkan kembali atau menyatukan semua wilayah di bawah Fertile Cersent. Raja Abdullah I telah membuat perjanjian rahsia dengan Yahudi agar tidak menyerang wilayah Israel namun terpaksa menyerang pada akhirnya kerana desakan negara-negara arab yang lain.

Peperangan ini kemudiannya menjadi perang untuk motif politik Raja Abdullah I, bukannya perang untuk membebaskan Palestine. Sebenarnya, negara-negara arab tidak pernah bersatu dan bagaimana anda jangkakan negara arab ini akan ditolong ALLAH dalam peperangan?

Namun saya sangat BERSETUJU DENGAN TINDAKAN ARAB MENGERAHKAN askar memerangi Israel kerana bangsa itu sudah lama kehilangan hak ke atas tanah Palestine di atas apa yang telah dilakukan oleh yahudi sendiri ke atas tanah Palestine.

Seperti mana telah dilakukan oleh Saidina Umar dan Salahuddin Al-Ayubbi dalam menawan Palestine kerana tanah itu milik orang Islam dan bangsa arab, begitu juga yang dilakukan oleh bangsa arab itu sendiri.

Tak salah rasanya mengerahkan askar kerana tanah yang dituntut itu adalah milik mereka, mempertahankan negara dan tanah milik orang Islam adalah jihad sebenarnya.

Seperti mana yang telah dijelaskan di awal artikel saya, Tanah Kana'an
(Palestine) sebenarnya telah lama menjadi milik orang arab Palestine lagi. Sebelum kemasukan bangsa Yahudi ke tanah Palestine, orang arab telah berhijrah dari semenanjung arab ke Palestine dan menduduki tanah itu sejak 4500 tahun yang lalu.

Kerajaan bangsa Yahudi pun tidaklah memerintah keseluruhan Palestine dan telahpun runtuh. Tetapi kerajaan Islam antara kerajaan yang paling lama bertahan.

Saya ingin menemplak tindakan mereka yang membangkang negara-negara Islam menghantar askar membantu Palestine kerana apabila tanah kita diambil orang maka sudah tentu kita akan bertahan.

Mungkin mereka menggunakan hujah bahawa Israel mendapatkan tanah itu tanpa peperangan, kenapa kita mahu menggunakan peperangan mendapatkan balik? Jadi, yahudi tidak bersalahlah dalam hal ini? Mari kita guna logik akal anda.

Kaji sejarah Melayu dan Malaysia, maka anda akan dapati bahawa British menggunakan taktik licik untuk menjajah tanah air kita, dan itulah yang digunakan oleh Yahudi, dan ketika orang Melayu bangkit melawan British, maka apakah logik akal anda mahu mengatakan pejuang seperti Tok Janggut dan Mat Kilau sebagai ORANG YANG BERSALAH? Jangan terlalu bergantung pada MEDIA BARAT sahaja dalam mendapatkan info!

Cuma salah orang Islam dalam hal ini ialah mereka tidak pernah mahu bersatu... walaupun konon pada zahirnya mereka bersatu ketika menyerang Yahudi, tetapi ternyata mereka mempunyai agenda tersendiri.

Bersatulah....
==============================

Terjemah bebas dan komentar lewat catatan kaki dari tulisan Thomas Williamson berjudul “Who Really Owns the Land of Palestine?[1]” yang teks aslinya bisa diakses di[2]:

Sebuah artikel berjudul “Who Owns the Land?” yang muncul di terbitan Sword of the Lord bertanggal 30 Agustus 2002 dan juga di beberapa terbitan internasional lainnya menyuguhkan pernyataan menarik: “… the Jewish National Fund mulai mengumpulkan uang untuk membeli tanah di Palestina demi kepentingan penempatan bangsa Yahudi, besar pembelian tanah tersebut adalah 92% dari wilayah Israel sebagaimana kita lihat sekarang ini.” 

Angka 92% sendiri sungguh berbeda dari angka-angka persentase tanah terbeli yang diakui secara umum dan terdokumentasikan yang menyatakan bahwa pada saat pendirian negara Israel pada tahun 1948, Yahudi hanya membeli sekitar 6% hingga 7% luas wilayah dari negara Israel sekarang (pada masa sebelum Batas Wilayah 1967).

Saya[3] telah dua kali meminta penjelasan mengenai angka 92% Tanah Negara Israel yang diperoleh lewat pembelian kepada penulis “Who Owns the Land?” namun tidak memperoleh balasan. 

Sementara itu pula, saya juga telah mengunjungi situs resmi The Jewish National Fund,www.unitedjerusalem.com, sebuah situs Yahudi, pro-Israel, dan pro-Zionist. Situs ini menyatakan bahwa The Jewish National Fund membeli [hanya] 375.000 acre tanah pada saat pendirian negara Israel pada tahun 1948. Jadi berdasar hitungan, luas tanah yang dikuasai oleh negara Israel lewat pembelian kepada bangsa Arab sebelum Batas Wilayah 1967 yang seluas 7.992 mil persegi jika dipersentasekan hanya sebesar 7.33% dan bukan 92%. 

Hitungan tentang persentase tanah yang dibeli dari orang Arab berdasar sumber lain juga menyatakan bahwa besarannya sekitar 6-7%. Artikel berjudul “The Jewsih National Fund Land Purchase Methods and Priorities, 1924-1939” tulisan Kenneth W. Stein menyatakan bahwa: “hingga Mei 1948, Yahudi memiliki kurang lebih 2.000.000 dari total 26.000.000 dunam tanah yang ditinggali dan dimiliki bangsa Palestina”. Angka ini berarti sekitar 7.69%, dan bukan 92%. 

Jack Bernstein di dalam “The Life of an American Jew in Racist-Marxist Israel” mengatakan bahwa “hingga 1920, bangsa Yahudi hanya memiliki 2% dari wilayah Palestina. Kemudian pada tahun 1948 saat bangsa Yahudi mendirikan negara Israel, mereka mencaplok wilayah Palestina dalam rangka memperluas wilayah yang dimilikinya, dan itupun secara persentase masih di bawah angka 6% dari total wilayah yang dimiliki bangsa Palestina.” 

Booklet berjudul “Origin of the Palestine-Israel Conflict” yang diterbitkan oleh Jews for Justice in the Middle East menyatakan bahwa “di tahun 1948, saat Israel berdiri sebagai sebuah negara, hanya memiliki tanah sah sebesar 6% lebih sedikit dari seluruh wilayah Palestina.” 

Robin Miller di dalam “The Expulsion of the Palestinians 1947-1948” mengatakan bahwa “sebelum 1948, bangsa Yahudi hanya memiliki 1,5 juta dari total 26 juta dunam tanah di Palestina … setelah kegiatan pencaplokan tanah dari bangsa Palestina, Israel memiliki wilayah 20 juta dunam, suatu angka yang luar biasa, dari 6% menjadi 77% dari total wilayah awal. Bangsa Yahudi benar-benar berhasil mengambil alih sebuah negara dari bangsa lain”. 

Nampaknya banyak umat Kristiani yang didoktrin untuk mendukung klaim bangsa Yahudi atas tanah bangsa Palestina, berdasarkan argumen bahwa 92% tanah Israel adalah hasil pembelian dari bangsa Palestina. Angka 92% sebagaimana dikoarkan lewat tulisan “Who Owns the Land?” adalah jauh berbeda dibanding dengan angka yang dikeluarkan oleh The Jewish National Fund yaitu hanya sebesar 7.33% tanah dibeli dari bangsa Palestina pada saat pendirian negara Israel di tahun 1948. 

Siapa saja yang membaca artikel ini dan lalu dapat membuktikan kevalidan angka 92% sebagai besar persentase tanah Israel yang benar-benar dibeli dari bangsa Palestina dapat memprotes saya lewat situs saya, dus dengan demikian akan juga membuktikan bahwa angka 7.33% tanah pembelian dari bangsa Palestina bersumber dari The Jewish National Fund adalah salah. 

Beberapa orang mungkin akan berkata bahwa tidaklah menjadi persoalan berapa persen sebenarnya tanah bangsa Palestina yang dibeli oleh bangsa Yahudi pada saat pendirian negara Israel, sebab Tuhan sudah memberikan tanah Palestina kepada bangsa Yahudi sehingga menjadi hak bangsa Yahudi-lah untuk merampas dari tangan bangsa Arab [Palestina] bahkan tanpa harus membelinya. 

Akan tetapi, tidak ada dasar di dalam skriptur akan argumen ini. Ibrahim dan Daud [p.b.u.t.], meskipun mereka Yahudi, membayar dengan harga yang adil atas tanah yang mereka beli dari Ephron the Hittite (Ktb. Kejadian 23:16) dan dari Ornan the Jebusite (2 Samuel 24:21-24, 1 Tawarikh 21:22-25). 

Paulus, saat ditanya keuntungan menjadi orang Yahudi apa, ia menjawab: “Banyak, namun yang paling utama adalah, kepada bangsa Yahudi-lah diberikan perintah-perintah Tuhan,” (Roma 3:2). Paulus tidak menyebutkan perampasan tanah milik orang lain sebagai keuntungan menjadi bangsa Yahudi; justru ia mengatakan bahwa keuntungan menjadi bangsa Yahudi adalah kepada mereka-lah perintah-perintah Tuhan diberikan. Perlu dicatat bahwa salah satu perintah Tuhan adalah: “Tidak boleh mencuri dari orang lain”. Tidak ada dasar di dalam skriptur untuk menyelisihi perintah yang sudah jelas ini. 

Beberapa orang mungkin akan mengatakan bahwa kita[4] diwajibkan untuk mendukung berdirinya negara Israel bagaimanapun dan apapun caranya berdasarkan rujukan kepada ayat-ayat di Perjanjian Lama yang berisi janji dan restu Tuhan terhadap negara teokratis Israel. Bahkan para pengkhotbah yang meyakini bahwa Perjanjian Lama tidak berlaku lagi, dan para pengkhotbah yang sudah tidak memakai 10 Perintah Tuhan dan kewajiban donasi untuk Tuhan dari sebagian penghasilan, secara aneh tetap memakai Perjanjian Lama ketika berbicara tentang pendirian negara Israel di dunia modern. Para pengkhotbah tersebut tidak pernah mengutip ayat-ayat di Perjanjian Baru mengenai justifikasi pembelaan pendirian negara Israel di dunia modern karena memang tidak ada ayat di Perjanjian Baru yang berbicara tentang itu. 

Dapatkah kita menafsirkan pernyataan Tuhan di dalam Perjanjian Lama mengenai janji dan restu Tuhan terhadap Israel kuno, untuk diterapkan lewat tafsir yang berisi dukungan sepenuh kepada berdirinya Israel di dunia modern? Jawabannya adalah: Tidak. Kecuali kita juga secara adil memakai logika yang sama terhadap tafsir skriptur mengenai janji dan restu Tuhan kepada bangsa Arab. 

Sebagai contoh, di dalam Yesaya 19:25 terdapat ayat: “Dan kepada mereka, Tuhan berkata, diberkatilah bangsa Mesir”. Berdasar ayat ini, tidakkah kita seharusnya membantu bangsa Mesir dengan sepenuh sebagaimana kita membela dan menjustifikasi tindak-tanduk bangsa Israel? Lalu di manakah kumpulan aktivis pembela bangsa Mesir yang melakukan perjalanan ke Mesir dan lalu membantu “perampasan” tanah sehingga semua dimiliki bangsa Mesir? 

Kemudian di dalam Kitab Kejadian 21:18, Tuhan menjanjikan kepada Ismail sebuah bangsa yang hebat. Mengapa kita tidak membantu mewujudkan janji Tuhan itu dengan mendukung segenap tenaga kepada bangsa Palestina dan bangsa Arab lainnya yang merupakan keturunan Ismail? Mengapa kepatuhan kepada Tuhan kita lakukan dengan pilih-pilih? Mengapa mendukung Israel namun mengabaikan Mesir dan Palestina. 

Jawabannya sebenarnya adalah kebijakan luar negeri kita tidaklah bersandar dari skriptur yang berisi janji kepada bangsa-bangsa di masa lampau yang sekarang sudah jauh berbeda keadaannya. 

Israel Modern tidaklah sama dengan negara teokratis Israel di masa lampau yang bersandar kepada Hukum Perjanjian Lama dan pengharapan akan Messiah. Israel Modern tidak hanya menolak Messiah, namun juga menolak Hukum Perjanjian Lama.
Ambil contoh, Israel menolak perintah untuk tidak semena-mena terhadap non- Yahudi yang tinggal di wilayah Israel (Keluaran 12:49, 22:21, 23:9; Imamat 19:33-34, 25:35; Ulangan 10:18-19, 23:7, 24:17, 27:19), dan larangan menebang pohon subur-berbuah (Ulangan 20:19-20). Merupakan sebuah hal yang tidak logis ketika menggunakan Perjanjian Lama sebagai rujukan pendirian negara Israel modern sembari melakukan pengecualian terhadap bangsa Yahudi dengan kalimat: “Bangsa Yahudi tidak wajib patuh terhadap Hukum Perjanjian Lama”. 

Negara Israel dikenal lewat industri seks dan pelacurannya, juga lewat parade kaum homoseksual di Tel-Aviv dan Jerusalem, dan dukungan pemerintah terhadap kegiatan aborsi. Berdasarkan The Jewish Virtual Library, terdapat 18.785 aborsi legal dan 16.000 aborsi ilegal di Israel pada tahun 1999. Kritikus Israel terhadap aborsi memperkirakan bahwa terdapat 1.000.000 janin Yahudi telah diaborsi sejak tahun 1948 hingga 1992 dan mereka melabelinya sebagai serupa Holocaust. Zionis Kristen yang mengirimkan uang ke Israel, dan melobi bantuan pemerintah Amerika kepada Israel, telah membantu mendanai bentuk aborsi kepada janin-janin Yahudi yang dilegalkan oleh pemerintah Israel. 

Sebagai seorang Kristen[5], kita tidak diperkenankan menghakimi atau mengutuk Israel terhadap kesalahan yang juga terjadi dan dilakukan oleh bangsa-bangsa lainnya di dunia. Namun juga, perlu dicermati, agar kita tidak pula malah ke titik ekstrem lainnya, terlalu memuliakan pemerintah dan bangsa Israel sebagai dukungan sepenuh yang berlandaskan kepada sesuatu yang tidak tepat. 

Perlu pula ditambahkan bahwa tiada yang berubah dari gerakan Zionisme sebagaimana Noel Smith pernah menulis di tahun 1957 di The Baptist Bible Tribune bahwa: “Zionisme menolak Tuhan orang Israel, Tuhan para Nabi, Tuhan pemilik tanah suci. Zionisme tidak mendasarkan klaim tanah yang dijanjikan kepada mereka berdasar perjanjian Ibrahim p.b.u.h. dengan Tuhan. Zionisme menolak untuk mengakui bahwa diaspora bangsa Yahudi adalah kerja Tuhan karena dosa bangsa Yahudi menolak Messiah yang datang. Zionisme tidak mengenal dosa sehingga tidak diperlukan Messiah untuk menebus dosa. Zionisme adalah [gerakan] atheis, sekuler, politis. … Zionisme, menolak Tuhan yang memberikan Tanah yang dijanjikan, menolak berterima kasih atas pemberian, sehingga tidak punya dasar valid untuk mengklaim tanah Palestina – sebagai suatu hak mereka lebih daripada orang Arab lainnya”. 

Tuhan, di masa lalu, benar telah memberi tanah Palestina kepada bangsa Yahudi, namun pemberian ini tidaklah bentuk penafian kebolehan bangsa non-Yahudi untuk mempunyai tanah di Israel, sebagaimana terdapat di dalam kisah Ephron dan Ornan (Silakan bandingkan pula dengan Bilangan 9:14). 

Janji Tuhan kepada bangsa Yahudi terhadap tanah Palestina tidak berlaku kepada bangsa Yahudi sebab janji tersebut bersyarat yaitu kepatuhan kepada Tuhan (lihat Kitab Kejadian 17:9-14; Keluaran 19:5-6, Ulangan 7:12; Yoshua 23:15-16, 1 Raja-raja 9:6-9, 2 Tawarikh 7:19-22, Yehezkiel 33:24-27). Tuhan akhirnya menggunakan bangsa Romawi untuk mengusir bangsa Yahudi dari tanah yang dijanjikan di tahun 70 S.M. sebagai bentuk hukuman terhadap pelanggaran kepatuhan akan perintah Tuhan: penolakan dan penyaliban Messiah mereka (Matius 21:33-43, 23:38). 

Namun tentu saja, siapapun saja meski dia Yahudi, tetap berhak atas tanah di Palestina asalkan dia membelinya dengan adil. Sebagai seorang Kristen, kita seharusnya menjunjung tinggi kebolehan pemilikan tanah Palestina kepada semua orang Yahudi, dan juga orang Palestina selama mereka secara legal memiliki tanah tersebut. Kita bukanlah komunis – yang mengakui pemilikan tanah adalah hanya oleh negara yang boleh direbut kapan saja tanpa ganti rugi yang adil. Dan kita juga bukanlah rasis, yang mengusir orang lain dari tanahnya karena orang tersebut berasal dari etnis tertentu. 

Jadi, siapakah pemilik sah tanah Palestina? Jawabnya janganlah berdasarkan argumen konyol mengenai siapa yang lebih dulu menempati tanah itu, atau bangsa yang lebih disukai Tuhan-lah yang berhak atas tanah itu. Yang berhak atas tanah Palestina adalah mereka yang memilikinya dengan cara yang adil, bukan dengan perampasan atau pengusiran namun lewat jual beli yang benar. 

Yesaya pernah menubuatkan tentang suatu masa ketika bangsa Yahudi dan bangsa Arab akan diperlakukan sama di hadapan Tuhan: “Pada waktu itu Israel akan menjadi yang ketiga di samping Mesir dan di samping Asyur, suatu berkat di atas bumi, yang diberkati oleh TUHAN semesta alam dengan berfirman: “Diberkatilah Mesir, umat-Ku, dan Asyur, buatan tangan-Ku, dan Israel, milik pusaka-Ku” (Yesaya 19:25-26[6])”. 

Kita sekarang ini hidup di masa sebagaimana dinubuatkan oleh nabi Yesaya. Perjanjian Baru memberikan kita ajaran bahwa tidak ada lagi perbedaan antara Yahudi dan non-Yahudi (Kisah Rasul-rasul 15:9; Roma 10:12; Galatia 3:28). Bangsa Yahudi sudah tidak memiliki keunggulan sebagai keturunan langsung resmi dari Ibrahim p.b.u.h. (Yohanes 8:39). Israel sejati dan anak sebenar dari Ibrahim p.b.u.h. adalah mereka yang mendapat pencerahan iman (Roma 2:28-29; Galatia 3:7; cf. Galatia 6:15-16). 

Semua sederajat di hadapan Tuhan (Kisah Rasul-rasul 17:26) dan hal ini berlaku kepada semua bangsa tanpa pengecualian. Oleh sebab itulah, kita seharusnya bersikap adil terhadap bangsa lain, baik Yahudi, Arab, maupun Palestina dan menjauhi bersikap dan berkeyakinan bahwa seolah-olah Tuhan memberi hak kepada suatu bangsa untuk bebas merampas hak bangsa yang lain. 

[1] Hak Cipta ada pada Thomas Williamson. Jikalau ada sedikit perbedaan dari teks asli, maka hal demikian disebabkan kekurangpresisian penerjemah. Harap dimaklumi. Pendistribusian teks ini harus menyertakan nama pemilik Hak Cipta dan alamat akses teks asli. Untuk rujukan, gunakan rujukan pada teks asli. Usaha penerjemahan ini merupakan kegiatan non-profit dan tidak serta merta merupakan pandangan dari penerjemah [Dipa Nugraha]. 

[2] untuk artikel yang berkait erat dengan isu yang sama dengan pembahasan lebih ke ranah gugat tafsir clamant terhadap skriptur biblikal, baca juga tulisan Thomas Williamson yang lain berjudul “To Whom Does the Land of Palestine Belong?” yang bisa diakses di:
untuk artikel yang berkait erat dengan isu konflik Israel-Palestina di dalam ranah permainan istilah di media massa semisal istilah teroris dilekatkan kepada orang Palestina padahal jika hendak berlaku adil maka pertanyaannya adalah “siapa yang menjajah siapa?” silakan baca salah satu tulisan Edward Said berjudul “What Israel Has Done” yang bisa diakses di:
Tulisan Edward Said lainnya bisa diakses di:
Buku yang mengupas sangat dalam dan komprehensif tentang isu Israel-Palestina semisal The Politics of Anti-semitism (AK Press, 2003). Menurut buku ini, Zionis memanipulasi persepsi kita tentang banyak hal sehingga menguntungkan mereka.
Untuk isu relevan lainnya, Anda juga dapat mengunjungi situs ini:
atau ini:
dan ini:
[3] Kata “saya” di dalam terjemahan artikel ini selalu merujuk kepada Thomas Williamson
[4] Karena penulis asli artikel ini adalah seorang pemeluk Kristen, maka kata “kita” di dalam tulisan ini merujuk kepada “umat Kristen”.
[5] Merujuk kepada penulis dan teman-teman seiman-nya.
[6] Jika merujuk kepada Alkitab terjemahan LIA (1994) maka 2 ayat yang dimaksud di sini bernomor ayat 24-25. 
Sumber: 
===============================
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
ktw.

Tiada ulasan: