Sabtu, 7 Disember 2013

2711. Allah S.W.T., menimpakan musibah kepada sebahagian Rakyat Malaysia dengan banjir, ada hikmahnya, yakin dan percayalah wahai aku.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Sebagai hamba-Nya memohon perlindungan dari-Nya adalah sebaik-baik jalan menuju ke Syurga-Nya. Tetaplah Hati Di Jalan Nya...  Ingatkan Aku ...

Wahai ibu bapa kepada Ahmad Said. Ketahuilah bahawa anakmu telah berbuat kebaikkan untuk sekelian rakyat banyak. Mudah-mudahan ganjaran pahala dan rahmat Allah S.W.T., untuk kalian walau di mana berada. Allah Maha Pengasih Maha Pengampun.  

Terbaik dari Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said...

Walaupun tindakannya dari satu sudut kelihatan agak 'gedebe' namun dalam situasi yang terdesak sebegini ianya adalah wajar dilakukan demi rakyat..

Ianya dikatakan bermula bilamana sekumpulan pengguna jalan raya terkandas di laluan Kuala Lipis dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan yang dibawa.

Secara kebetulan pula sebuah lori membawa roti turut berada di tempat kejadian.

Kerana kelaparan para pemandu yang terkandas itu telah merayu kepada pemandu lori tersebut agar roti yang dibawa diagih-agihkan kepada semua yang terkandas di situ.

Mereka sanggup membayarnya walau berapa harganya sekalipun.

Namun pemandu yang menjalankan tugas menghantar roti enggan melakukan demikian, kerana amanah yang dipikulnya mahukan beliau menghantar ke destinasi yang telah ditentukan.

Secara kebetulan juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut berada di tempat kejadian.

Demi kepentingan rakyat beliau telah bertindak membuka pintu belakang lori tersebut dan mengagihkannya kepada para pemandu yang terkandas disitu.
Alhamdulillah Mat Said jadi wira penyelamat mereka yang terkandas. 
Wajah-wajah girang bila ada hero yang hebat. 
Beliau tidak berucap berapi-api beretorik di PWTC kononnya mahu membantu rakyat. Beliau tidak perlu mengherdik GLC dan Persatuan untuk menjadi popular.

Beliau tidak perlu sidang media untuk membangsatkan rakyat, sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO.. sila baca di SINI 

Ahmad Said juga tidak perlu sidang akhbar untuk membantu rakyat.

Bravo Mat Said!!!

Kalaulah benar Malaysia adalah negara terbaik dalam menguruskan banjir macam si Shahidan kata tu.. adakah ini akan berlaku?

Sumber: 
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/12/terbaik-dari-menteri-besar-terengganu.html

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
byrt. n.

Tiada ulasan: