Sabtu, 7 Disember 2013

2717. WWW1.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Sebagai hamba-Nya memohon perlindungan dari-Nya adalah sebaik-baik jalan menuju ke Syurga-Nya. Tetaplah Hati Di Jalan Nya...  Ingatkan Aku ...

Utusan Melayu (M) Berhad., rayuan kena bayar saman ditolak dan kena bayar kos tambahan lagi. 
WWW1: Mahkamah tolak rayuan Utusan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dibuat oleh Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembidaan plat WWW1.

Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.

Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak responden adalah benar bahawa Utusan telah memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar menerusi laman Twitter beliau bertarikh 28 Mei 2012.

Mahkamah juga memutuskan bahawa penulis berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar itu tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang telah dinyatakan olehnya.

Penulis berita tersebut juga didakwa tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul dengan tidak bertindak cermat didalam melaporkan berita berhubung isu tersebut.

Mahkamah rayuan juga turut mengarahkan Utusan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM20,000.

Mohammad Nizar telah diwakili oleh dua peguamnya Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim melaui tetuan Awi & Co manakala Utusan telah diwakili oleh Datuk Firuz Hussien dari firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
---------------------------------------------===
06 DECEMBER 2013
Utusan tetap kena  bayar saman kepada DS Nizar.Mahkamah Rayuan  Putrajaya menolak rayuan Syarikat Utusan untuk membatalkan hukuman ke atas saman fitnah DS Nizar  oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .DS Nizar di Mahkamah Tinggi menang saman fitnah itu atas isu WWW 1.

Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24044-www1-mahkamah-tolak-rayuan-utusan
http://sisibukit.blogspot.com/2013/12/isu-nombor-plat-www-1mahkamah-tolak.html

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
byrt. n.

Tiada ulasan: