Ahad, 8 Disember 2013

2735. Matematik, Sains dan Bacaan. Malaysia satu perbandingan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Tiga keadaan mendukacitakan untuk Malaysia dalam penilaian pelajar antarabangsa PISA 2012 bagi subjek matematik, sains dan bacaan

Sekiranya pencapaian Malaysia dalam tiga subjek matematik, sains, dan bacaan dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012 adalah sedikit lebih baik daripada ujian PISA 2010, sudah tentu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyebut perkara tersebut dalam ucapannya sewaktu pembukaan mesyuarat agung tahunan Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno pada malam Selasa lalu (keputusan PISA keluar awal hari yang sama) sebagai bukti bahawa Malaysia sedang bangkit untuk menghasilkan sebuah sistem pendidikan bertaraf dunia di bawah kepimpinannya.
Tetapi keputusan PISA 2012 lebih sesuai dijadikan sebab untuk bermuram daripada bersuka ria. Kerana itulah Muhyiddin membisu tentang keputusan PISA – tidak seperti rakan sejawatannya dari Singapura, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat yang menyebut pada hari keputusan PISA diumumkan bahawa beliau amat gembira remaja berusia 15 tahun di Singapura telah mencatatkan pencapaian yang “amat, amat baik” dalam PISA 2012, memandangkan pelajar Singapura ditempatkan pada tangga kedua dalam matematik, ketiga dalam sains dan bacaan dalam ujian penilaian global yang melibatkan 510,100 pelajar berusia 15 tahun dari 65 buah negara dan wilayah.
Menteri Pendidikan Thai, Chaturon Chaisang ceria apabila pelajar Thai mencatatkan skor 441 dalam bacaan, 427 dalam matematik dan 444 dalam sains (mengatasi Malaysian dalam ketiga-tiga subjek itu). Menurut beliau, pencapaian pelajar-pelajar Thai membayangkan potensi negara itu dan mampu menarik masuk pelaburan.
Ada cukup banyak sebab untuk Malaysia berduka dengan PISA 2012, apatahlagi kerana negara ini telah mengumumkan hasrat untuk menduduki tangga tiga teratas dalam penilaian antarabangsa seperti yang diukur menerusi pencapaian dalam PISA atau Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menjelang tahun 2021.
Malah Muhyiddin pernah menyebut sebelum penerbitan Laporan Awal Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 Oktober lalu bahawa anak-anak Malaysia mendapat pendidikan lebih baik daripada anak-anak Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.
Dakwaan Muhyiddin itu bukan saja tidak didukung oleh laporan terkini TIMSS dan PISA, malah PISA 2012 menunjukkan bahawa pelajar berusia 15 tahn dan sistem pendidikan Malaysia berdepan dengan tiga keadaan mendukacitakan:
Malaysia nampaknya terperangkap di tangga sepertiga terbawah di kalangan negara-negara yang mengambil bahagian dalam penilaian antarabangsa dan tidak mencatatkan sebarang kemajuan.
Ini boleh dilihat pada keputusan PISA 2012 Malaysia yang lebih buruk berbanding PISA 2010:
Selain berada di tangga sepertiga terbawah, Malaysia dipintas oleh negara-negara lain dalam kelompok itu, misalnya Kazakhstan yang perbezaan skor matematiknya dengan Malaysia semakin meningkat, iaitu dari hanya satu mata dalam PISA 2010 (Kazakhstan 405, Malaysia 404) kepada 11 mata dalam PISA 2012 (Kazakhstan 432, Malaysia 421) selain memintas Malaysia dalam subjek sains (PISA 2009: Kazakhstan 400, Malaysia 422; PISA 2012: Kazakhstan 425, Malaysia 420).
Satu lagi contoh ialah Thailand yang mengatasi Malaysia dan melebarkan jurang perbezaan dalam ketiga-tiga subjek:
(2012 PISA) 
Lebih membimbangkan, jurang perbezaan antara Malaysia dan negara-negara yang berpencapaian terbaik semakin lebar dalam PISA 2012.
Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia menyebut:
“Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem. Kaedah ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan…
“Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD.
“Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009+ gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum.
“Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam skala PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan.
“Perbandingan skor ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding murid berumur 15 tahun di Malaysia.”
Jurang skor antara pelajar Malaysia berusia 15 tahun dengan pelajar Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Shanghai pada usia yang sama semakin jauh sejak PISA sebelum ini.
Berasaskan perbezaan 38 mata pada skala PISA yang bersamaan dengan setahun persekolahan, jurang telah melebar ke tahap di mana pelajar berusia 15 tahun di Shanghai, Singapura, dan Korea Selatan menunjukkan prestasi seolah-olah mereka mendapat waktu persekolahan empat atau lima tahun belih lama daripada pelajar berusia 15 tahun di Malaysia.
Perkara ini boleh dilihat menerusi carta di bawah:
Skor PISA 2012

(kurungan : perbezaan tahun persekolahan)
Sebagai Menteri Pendidikan, Muhyiddin tidak boleh terus membisu dan sebaliknya menjelaskan bagaimana beliau hendak mengatasi tiga perkara yang mendukacitakan bagi pendidikan Malaysia seperti yang dapat dilihat menerusi keputusan PISA 2012.

Lim Kit Siang
KETUA PARLIMEN DAP & AHLI PARLIMEN GELANG PATAH 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 6 Disember 2013 

Sumber: http://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2013/12/06/17603/

Baca Kisah Empat Nabi Allah S.W.T Yang Masih Hidup Sampai Sekarang. Berikut kisah tentang empat nabi yang masih hidup sampai sekarang: Nabi Isa Alaihissalam, Nabi Khidir Alaihissalam, Nabi Idris Alaihissalam dan Nabi Ilyas Alaihissalam. Klik http://peceq.blogspot.com/2013/08/1294-kisah-empat-nabi-yang-masih-hidup.html



Jom Mengaji Al-Qur'an. Membaca dengan betul, memahami dan mengamalkan. 

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: