Ahad, 8 Disember 2013

2738. Apakah hanya dia yang berkata sedemikian... Gambar boleh mengubah perasaan dan kata-kata di kemudian hari.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.  

Ini antaranya: 

Kata dialah: 
Kata seorang yang bertaraf MENTERI di Malaysia
Mangsa bencan alam atau lebih tepat Musibah dari Allah S.W.T., 
bersetuju atau tidak dengan kenyataan dia?. 
-@-
Hakikatnyalah: 
Suasana Pusat Pemindahan Mangsa Musibah di Malaysia.
Dan lagi: Mangsa Musibah ditempatkan di Pusat Pemindahan yang juga ditenggelami air. 
Ini pula suasana pusat pemindahan mangsa musibah di negara orang. 
di Jepun.
 di Thailand. 
Apa orang Singapura kata, apa orang Thailand kata, Apa orang Jerman kata, Apa orang Indonesia kata dan orang lain-lain negara kata. Apa tahap IQ menteri yang rakyat Malaysia pilih niee... IQ rakyat Malaysia yang memilih dia pula macam mana?. Yang X mengundi dia pun terpalit derrrrrrrrr!.

Maka ramailah yang akan menjawab bila pilihanraya aku dapat ajinomoto, beras, asam keping, asam jawa, ikan masin atau asinan, tomato sos, kicap, gula, sardin, garam, bawang merah, bawang kecil, bawang putih. Cukup 5 tahun kegunaan. Eh!, jiran aku lagi untung dapat tv dapat rice cooker, dapat microwave lagi!.

Eh!...engkau dapat apa?. He3 aku dapat t-shirt dacing yang macam orang Indonesia pakai naik motosikal di Indonesia tuu, t-shirt tu pun orang India ke Bangla pakai tengok wayang di negara mereka. Gah tahu t-shirt tuu seantero dunio!. Aku dapat baju hujan cap dacing, Payung dan top dacing pun aku ada. Shttttttt! t-shirt aku dapat 15 helai. Ha3... orang lain dapat se'lai jerk.

Semua itu cukup untuk penghidupan aku selama 5 tahun sebelum PRU berikutnya PRU14. Faham!!!. Nanti aku dapat lagi (orang melayu mudah lupa ''nyawa'' Allah SWT bagi pinjam jerk). 
Eh lupa aku nak bagitahu engkau , bila pilihanraya best dit empat aku hiburan sana sini freeeeeeeeeeeeeeeeee hari-hari. Antara nak dengan x nak aje beeea!. 

Dan inilah hasilnya. Best X pemimpin yang akhirnya jadi menteri. Megah aku sebab dia wakili kawasan aku. Apa-apa senang, senang dapat tender, senang dan senang, kira jadi lubuk emaslah.

Baca Juga: 

Firman Allah SWT dalam  AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" 

Alhamdulillah. Allah SWT kekuatan Iman dan perlindungan kepada hamba-Nya yang sabar kerana-Nya juga. 
In Syaa Allah bermanfaat.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vgh.

Tiada ulasan: