Selasa, 10 Disember 2013

2775. Cara tidak menghalalkan undang-undang.

Kisahnya. 

Lori berkenaan dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang. Setibanya di Plaza Tol Gombak, lori tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan oleh pegawai pihak berkuasa JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Pegawai penguatkuasa berkenaan amat berpuas hati bahawa lori terbabit telah membawa muatan lebih dari had yang dibenarkan. Hasilnya 2 surat saman dikeluarkan. Pemandu lori disaman dan satu lagi saman untuk syarikat pengangkutan terbabit. Pegawai JPJ juga menegaskan kepada pemandu lori tersebut, untuk mendapatkan hukuman lebih berat, bolehlah ke Pusat Timbang berhampiran.

Tentu sekali ada proses rayuan sebelum saman dikeluarkan. Maka dinyatakanlah tujuan perjalanan dan muatan tersebut ialah untuk mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Walau bagaimana pun Pegawai JPJ berkenaan tetap bertegas atas dasar "Cara tidak menghalalkan undang-undang" Tahniah kepada Pegawai JPJ berkenaan.

Walau bagaimana pun dari sudut kemanusiaan gunakanlah "budi bicara" sebab "akal ilmu itu indah" dalam menangani kes-kes sedemikian rupa. Contohnya keluarkan muatan yang berlebih tersebut, atas faktor keselamatan ketika memandu dan keselamatan kepada semua pengguna prasarana perhubungan tersebut. Tegas tetapi berbudi bicara. Bahasanya mudah "Maaf encik, atas nama sebagai penguatkuasa undang-undang, saya hukum  encik kurangkan muatan sekarang juga, sebarang alasan tidak akan dipertimbangkan dan setelah saya berpuas hati encik akan dibenarkan meneruskan perjalanan.
Sumber photo: darisungaiderhaka
Teringat satu kes, pemandu kereta menerimaa saman polis gara-gara memandu laju. Alasan memandu laju ialah sedang membawa mangsa kemalangan jalan raya. Dalam kes ini takkanlah polis tersebut berkata begini, "Encik patah balik semula tempat kemalangan tadi, letakkan semula mangsa kemalangan di situ"

Itulah tadinya cara tidak menghalalkan undang-undang. Tetapi budi bicara, memperingat dan menasihati atau memberi amaran. Sejak itu pemandu berkenaan serik untuk membantu mangsa kemalangan lagi.

Satu hal lagi, selepas usai urusan di sekatan jalan raya, maka berkatalah pegawai berkenaan "Engkau nampak tak lap (selekoh) depan tuu?" ... "Nampak encik!" ... "Aku nak tengok engkau lap kat situ, baik punya" .. Apa lagi bedesup lah superbike.

Macam-macam x pe jangan semacam dalam semua hal agar tidak jadi hal. 

Baca Kisah Empat Nabi Allah S.W.T Yang Masih Hidup Sampai Sekarang. Berikut kisah tentang empat nabi yang masih hidup sampai sekarang: Nabi Isa Alaihissalam, Nabi Khidir Alaihissalam, Nabi Idris Alaihissalam dan Nabi Ilyas Alaihissalam. Klik http://peceq.blogspot.com/2013/08/1294-kisah-empat-nabi-yang-masih-hidup.html
umzc.

Tiada ulasan: