Ahad, 22 Disember 2013

2902. Surah Al-Fatihah - Antara Kelebihannya.

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Apa rahsia yang ada diseebalik penamaan Surah al-Fatihah? dengan nama as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)? Pembahasan berikut ini akan menjelaskan kepada anda sebahagian di antara keajaiban angka tujuh yang terdapat dalam Surah al-Fatihah.


Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, yang maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr : 87)

Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam pernah bersabda, ertinya: "Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat al-Bukhari) 
Keajaiban Pertama - Jumlah ayat dalam surah al - Fatihah ada tujuh ayat. Jumlah langit ada tujuh. Jumlah bumi ada tujuh. Jumlah hari dalam seminggu ada tujuh hari. Jumlah pusingan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan tawaf mengelilingi kaabah adalah tujuh pusingan. Sa'i (berlari-lari kecil) antara Shafa dan Marwa dilakukan sebanyak tujuh kali. Melempar jumrah dilakukan oleh orang yang sedang melaksanakan ibadah haji sebanyak tujuh kali. Anggota badan yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam untuk sentuh ke tanah (lantai) ketika sujud ada tujuh anggota badan. Jumlah pintu jahannam ada tujuh buah. Kata "jahannam" disebutkan dalam al-Quran sebanyak 77 kali ( 77 = 7x11).

Keajaiban ke Dua - Jumlah huruf hijahiyah yang ada dalam surah al-Fatihah ada 21 huruf (21 = 7x3). Huruf tersebut adalah:

ا ب ت ح د ذ رس ص ض ط ع غ ق ك ل م ن و ه ي

Keajaiban ke Tiga - Jumlah huruf yang terputus-putus yang ada dalam al-Quran ada 14 huruf (14 = 7x2). Huruf-huruf itu termasuk dalam huruf-huruf yang ada dalam surah al-Fatihah. Huruf-huruf tersebut adalah:

ا ل م ن ه ك س ي ع ص ر ق ح ط

Keajaiban ke Empat - Jumlah huruf dari kalimat الله iaitu ا , ل , dan ه yang ada dalam surah al - Fatihah ada 49 huruf (49 = 7x7)

Keajaiban ke Lima - Huruf yang terputus-putus yang pertama kali disebutkan dalam al-Quran adalah firman Allah الم yang merupakan ayat pertama dalam surat al-Baqarah. Jika kita mengira jumlah ketiga huruf tersebut ( ا , ل , dan م ) dalam surah al-Fatihah, akan kita dapati bahawa huruf ada 22 buah, huruf ل ada 22 buah dan huruf م ada 15 buah. Apabila kita menggandingkan jumlah ketiga huruf di atas maka akan terbentuk bilangan 222215 atau kalau kita membalik susunannya akan terbentuk bilangan 152222 dan 221522. Dan ajaibnya, ketiga bilangan tersebut merupakan kelipatan dari angka tujuh. ( 222215 = 7x31745 , 152222 = 21746 , 221522 = 7x31646 )

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: