Selasa, 24 Disember 2013

2917. Sedekah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
5 December via Mobile
بسم الله الرحمن الرحيم

Shadaqah: 
Di sunnahkan shadaqah sunat, kerana adanya Hadis yang masyhur menerangkan hal ini, Dan terkadang hukumnya wajib jika ada orang yang sangat membutuhkan/memerlukan (misal kelaparan). Hukum wajib itu apabila berlebih makanan untuknya (bila berlebih dari makanan yang dia dan keluarga perlukan yang wajib dia beri makan, apabila tidak maka tidak wajib) dan makruh dengan barang yang tidak bagus(aib) dan tidaklah terhitung dari shadaqah dengan wang kuno (yang udah tidak laku), pakaian hancur (tidak layak pakai) atau seumpama keduanya.

Bahkan semestinya orang yang bershadaqah itu tidak malu bershadaqah sedikit dan bershadaqah dengan air itu afdhal (kerana adanya Hadis di Riwayatkan Imam Abi Daud: "Apa shadaqah yang afdhal? Jawab Nabi "air") bergantung apa yang banyak dibutuhkan, kalau tidak air, maka makanan.

Apabila terjadi kebingungan pada suatu waktu apa mahu bershadaqah atau berwakaf, jika pada waktu itu ada orang yg berhajat dan sangat perlu maka bershadaqah lebih utama. Jika tidak ada hal itu maka wakaf lebih utama kerana banyaknya manfaat (kerana wakaf termasuk amal yang tidak terputus, yakni termasuk amal jariyah)........ Dan sebaiknya bagi orang yang senang berbuat baik itu tidak mengosongkan setiap harinya dari shadaqah dengan sesuatu yang dia mudah dapati sekali pun sedikit. 

Dan memberi shadaqah secara sembunyi-sembunyi itu lebih utama daripada dinampakkan. 

Ada pun zakat maka menampakkannya lebih utama menurut ijma'. Dan memberi shadaqah pada Bulan Ramadhan. Apalagi pada 10 akhir itu lebih utama dan sunnat muakkad juga pada semua waktu-waktu dan tempat-tempat fadhilah seperti 10 awal Zulhijjah, 2 Hari Raya dan Hari Jumaat. (Tempat utama) seperti di Mekah dan Madinah.Dan memberi shadaqah kepada keluarga yang tidak wajib dia nafakahi itu lebih utama (daripda ke orang lain), lalu dengan kepada keluarga jauh yang termasuk mahramnya, kemudian kepda suaminya atau isterinya, kemudian kepada (keluarga) yang tidak termasuk mahramnya. Keluarga yang dari ayah atau ibu sama saja derajatnya. Kemudian kepada mahram sesusuan, kemudian kepda mertua afdhal.

Setelah itu (dalam masalah keafdhalan) memberikan kepada tetangga afdhal. Maka diketahui sesungguhnya keluarga yang jauh dari rumah pada satu daerah itu lebih utama dishadaqahi daripada tetangga samping rumah,,..

Intaha..
Wallahu a'lam..
Dikutip dari kitab Fathul muin (juz 2 di i'anah)


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: