Selasa, 24 Disember 2013

2921. Hukum Lelaki Muslim Memakai Rantai Leher.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja: www.peceq.blogspot.sg  
Ustaz Azhar Idrus - Hukum Lelaki Pakai Rantai
HUKUM LELAKI MEMAKAI RANTAI LEHER  (Sunday, November 16, 2008)

Tidak ada dalil yang sarih dari alQur:an yg mengharamkan rantai leher untuk lelaki. Sumber kedua, iaitu alHadis dan sumber-sumber hukum yg lain spt ijtihad fuqaha' serta 'Uruf boleh digunakan untuk memutuskan sesuatu hukum.

Dalam madzhab Syafi'iy(Fiqh alManhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari (no 5546) yang bermaksud:
Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Fiqh as Syafi'iy berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, rantai leher dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lengganglengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (pondan).

Namun, bertaklid (percaya bulat-bulat) kepada mazhab adalah dilarang oleh Imam mazhab sendiri. Mengikut suatu mazhab adalah tidak wajib dan tidak pula disuruh di dalam Al-Quran dan hadith. Oleh itu masih terbuka ruang tajdid untuk perkara ini.

INI MENEPATI SEPERTIMANA YANG DIKATAKAN OLEH IMAM SYAFIE SENDIRI:

Imam Asy-Syafi’i, beliau berkata: (mazhab syafie)
“Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).

Rantai leher untuk lelaki tidaklah seharusnya dikatakan haram mutlak kerana lelaki yang memakai rantai sememangnya memakai rantai yang direka khas bentuknya untuk lelaki. Ini samalah seperti lelaki memakai jam tangan dan wanita juga memakai jam tangan. Namun jam lelaki dan wanita adalah berbeza satu sama lain dari segi bentuk dan fesyennya. Memang diketahui bahawa lelakilah yang mencipta dan memakai jam tangan dahulu. Adakah adil dikatakan wanita itu meniru lelaki kerana turut mamakai jam tangan? Pastinya tidak kerana bentuk jam tangan wanita sudah disesuaikan dengan fitrah mereka.

Sama lah juga dengan seluar. Ada seluar direka khas untuk lelaki dan ada untuk wanita. Jika lelaki yang memulakan tradisi memakai seluar slack, adakah wajar dikatakan haram untuk wanita memakai seluar slack? Pastinya tidak kerana seluar slack wanita direka khas untuk wanita dan kita dapat membezakannya.

Jika kita lihat seperti gelang tangan, sememangnya gelang tangan juga direka berbeza bentuknya mengikut jantina. Kita tidak boleh mengatakan lelaki yang memakai gelang meniru wanita kerana gelang lelaki dibentuk khas untuk lelaki. Jika gelang tangan mat rempit diberi kepada wanita, sudah pastilah wanita itu haram memakainya kerana ia menyerupai lelaki. Samalah seperti isu jam tangan dan seluar slack tadi.

Jika difikir dari segi kelayakan mamakai rantai leher, pastinya lelaki lebih layak kerana belahan dada wanita adalah aurat!

Jadi janganlah kita menghukum sesuatu berdasar kepada emosi tetapi berdasar fakta. Jika di dalam kepala kita bersarang prinsip Islam itu ketat, sudah pastilah otak kita akan dipengaruhi emosi ketika mentafsir dalil sehingga banyak perkara ditokok tambah. Siapa yang menentukan sesuatu itu tidak baik? Pastinya Al quran dan hadith. Bukannya emosi dari biji mata dan otak ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah.
Posted by pemikir islam sebenar at 5:22 AM

Sumber: http://nasrulislam.blogspot.com/2008/11/hukum-lelaki-memakai-rantai-leher.html


Anonymous said...
Penerangan untuk lelaki yang memakai GELANG

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu,PEMAKAIAN GELANG TANGAN BAGI TUJUAN TANGKAL ADALAH JELAS, HARAM . Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud). 

Anonymous said...
Jika dilihat disini tidak kiralah siapa yang nenakai dahulu barangan perhiasan ianya adalah salah jika al-quran dan hadis mengatakannya salah. Kita tidak seharusnya membuat keputusan mengikut hati kerana kita mengikuti apa yang salah. Oleh itu sebelum membuat kesimpulan sila mendapatkan penerangan dari orang yang mengetahui dalam bidang agama.

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: