Rabu, 1 Januari 2014

3035. Apa lagi isu selepas ini disebalik kenaikkan kos sara hidup rakyat Malaysia. KESIMPULAN.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.sg

بسم الله الرحمن الرحيم


Kalau pihak berkuasa pun ceduk gambar dari blog sebagai bahan tunjuk bukti kecederaan - Apa agaknya yang aku rasa tentang kewibawaan pihak berkuasa tersebut?.

Aku kena cari sampai jumpa jalan mengatasi kerenah kerajaan yang berguni-guni alasan menghalalkan inflasi dan pengangguran terus meningkat. Maksudnya kena ambil langkah terbaik untuk mengatasi masalah kenaikan segala bagai selepas PRU 13.

Maklumlah waktu sekarang lulus SPM tidak seberapa boleh masuk kolej sana sini, boleh jadi mahasiswa universiti situ sana. Asalkan berbayar dengan skim pinjaman untuk belajar. Tamat belajar tak ada kerja memang betul itu bukan urusan pihak yang menyediakan ruang dan peluang belajar.

Entry sebelum ini yang menyorot berita blog seminggu yang lalu, untuk menampakkan kepada diri sendiri ada sejenis manusia suka war-warkan berita rogol, berita artis, berita lucah dan berita fitnah dan dusta. SO kepada yang berminat kepada tajuk-tajuk sedemikian rupa - tanggunglah sendiri dosa yang bakal tercatit, jangan salahkan orang lain. Mereka yang sedemikian rupa jenis mahu ramai pengunjung dalam blog masing-masing. Ikut aku senang - yang penting blog ini senang untuk aku rujuk sana sini apa yang aku perlukan.

Satu klik membawa ke Neraka jangan diturut bab-bab internet ini. Ini antara sebab Labels blog ini hanya ada dua sahaja dari entry pertama hingga sekarang sudah 3035 - MENGESAKAN ALLAH S.W.T TUHAN YANG SATU dengan MUHASABAH DIRI KERANA ALLAH S.W.T. 

Tiada ulasan: