Sabtu, 4 Januari 2014

3044. Hebatnya Masyarakat Majmuk Malaysia Kini.

Aku sedut tulisan Omak Kau ... untuk menbicarakannya.

LAGAK SEGELINTIR WARGA KITA YANG TIADA AKHLAK SIVIK DAN ADAB MANUSIA!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Dua rakaman gambar suasana dalam LRT dan Komuter dimana segelintir warga kita tidak kira apa kaum maupun anutan agama yang tiada langsung ada sifat ehsan dan sivik langsung terhadap warga yang lebih memerlukan tempat duduk.Seorang yang sarat mengandung dibiarkan saja duduk atas lantai dan dua pasangan sedang berkasih sampai hati dan tergamak membiarkan seorang ibu yang sedang mendukung anak kecil berdiri sedang mereka sedang seronok berkapel duduk di bangku yang dikhaskan untuk warga yang sedang membawa anak kecil, mengandung dan warga emas yang tidak terdaya serta OKU.Dimana ... more »

Aku terpandang dan yakin dengan peranan dan dibawah lindungan undang-undang perkhidmatan pengangkutan awam sebuah negara kota. Aku malas nak namakan negara tersebut. Nanti ada yang kata, aku gahkan negara itu. Tetapi itulah hakikatnya. Aku belum pernah nampak hal itu terjadi di negara tersebut (tengok laa picture di atas, aaa tuu)

Dalam sistem keretapi ringan, keretapi lajunya, negara tersebut menetapkan beberapa unit tempat duduk simpanan. Maksudnya sesiapa yang tidak berkenaan tidak boleh duduk di tempat duduk yang tertulis "tempat duduk simpanan"

Tempat duduk simpanan ini pula dilindungi undang-undang perkhidmatan pengangkutan awam negara berkenaan. Kalau berani langgarlah undang-undang tersebut supaya terserlah akibatnya. Tempat duduk tersebut disediakan untuk penumpang yang terserlah mengandung, warga emas, orang kelainan upaya dan individu yang kekurangan lain yang berkaitan.

Anda ada kekangan yang berkenaan bolehlah menggunakan kemudahan tempat duduk simpanan tersebut. 

Tiada ulasan: