بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dulu...
Masa itu aku masuk tahun ke 5 bekerja. Dalam satu mesyuarat yang lebih merupakan taklimat, di penghujung kata kepala organisasi bersuara "Kalau tak suka cari sini mohonlah pindah ke tempat lain" Hal ini timbul bila ada kalangan rakan-rakan sekerja menyuarakan permasalahan dan pelbagai. Begitulah jawapan paling bernas dirasakan oleh seorang ketua di kala itu.
Hari ini...
Dengan nada yang seakan serupa "Tak setuju dengan kerajaan, sila keluar dari Malaysia"
Kesimpulannya:
Terhebatkah orang yang berkata sedemikian, sehinggakan dirasakan tidak boleh disanggah ATAU kita jangan sesekali cuba bersuara, apa lagi memprotes. Akurlah dengan "YES MAN" Melayu akan terus maju dan Melayu sentiasa jadi tuan.
Akhirnya sedikit demi sedikit penafian dalam lagu "Anak Kecil Main Api" semakin jadi kenyataan. Hah! bumi dipijak milik orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan