Isnin, 6 Januari 2014

3065. Antara Isteri dan Suami, katanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Mahu jadi perdana menteri?



KLIA - Rabu, Krismas 2013: Amat riang pulang setelah 2 bulan 24 hari di UK dan New York. Penerbangan MH 003 Selasa 24 Disember meninggalkan Heathrow lewat sedikit kerana kesesakan udara.

Penerbangan dan layanan selesa selama di awan. Tiba di KLIA 7.30 pagi Rabu. Saya tidur dua pertiga masa penerbangan yang hampir lebih kurang 12 jam itu. Isteri membaca, makan, tidur in that order. Kami senang semasa cuti berasaskan pendapat ignorance is bliss - kejahilan dirahmati.

Sepanjang cuti saya tidak mengikuti perkembangan dan pergolakan politik tanah air, satu keputusan yang dibuat dengan kesedaran dan cermat - a deliberate decision. Saya berasa tenang semasa di luar negara.

Dalam penerbangan akhbar Malaysia, Isnin 23 Disember dihidangkan. Saya membaca tentang politik, jenayah dan cerita kemalangan dan tit bits yang lain. Setelah membaca saya diserang anxiety atau kekhuatiran.

Perkasa mencabar Umno, Umno  hilang kuasa selepas PRU14 kerana kemakmuran dan pendapatan yang tidak seimbang, sara hidup yang meningkat tetapi tangga gaji lama juga yakni tidak selaras dengan kenaikan sara hidup dan harga barang keperluan harian.

Suka-duka, jelas Melayu Islam di Semenanjung Tanah Melayu terus berpecah-belah - Umno, Pas, PKR (pada teori parti semua bangsa seperti juga DAP. Pada realiti PKR Melayu dan DAP Cina). Kehadiran Perkasa dan NGO-NGO seperti itu kalaulah benar seperti digembar-gemburkan akan merugikan Melayu Islam dan ummah.

Walaupun baru saja saya memijak kaki di bumi tunggal dan tercinta saya telah dibangkitkan dari kelenaan cuti bahawa kuasa Melayu Islam - kalaulah benar dakwaan setengah golongan - tidaklah kebal. Kuasa Melayu hanya mitos saja.

Pendapat ini diperkukuhkan lagi dalam satu majlis makan Rabu malam merai kepulangan saya - mereka mahu memperkenalkan diri dengan secara lebih dekat dengan saya - oleh 10 orang Melayu Baru yang berusia bawah 40 tahun.

Apa yang memeranjatkan saya seorang pun bukan ahli Umno hatta bukan penyokong BN pun. Tegas seorang wanita keturunan Johor daripada keluarga yang bukan sembarangan: “Uncle, I resent those Umno leaders who are constantly accusing us of being ungrateful or kacang lupa kulit.

We are not. It is them who have forgotten their roots and history - merekalah sebenarnya yang lupa daratan". Tambahnya lagi: “Kami 10 orang di sini bekerja di private sector, graduan universiti jenama luar negara dan kami bukan government scholars.

Kami biasiswa daddy dan mama. Kami megah kami keturunan Melayu Islam. Kami malu dengan sesetengah pemimpin yang kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu Islam tetapi sebenarnya mengaut segala-galanya untuk keluarga, keluarga isteri hatta keluarga girl friends pun.”

Dia menyebut nama beberapa pemimpin tertentu. Saya tanya adakah bukti. Jawab seorang lagi, lelaki, “It does not take a genius to know who had taken advantage of privatisation to benefit their friends and some vested groups."

Muda-mudi Melayu ini begitu kecewa dengan sesetengah pemimpin yang keterlaluan mengada-ngada, lupa daratan, takbur dan boastful who strut around the country. Dengan itu sebagai pendahuluan, saya terlintas mahu berbicara tentang perdana menteri - bukan Najib Tun Razak per se - tetapi pemegang jawatan itu atau ketua kerajaan / pemerintah apa pun jua namanya.

Sama ada presiden, elrais, atau  canselor. Mereka ada one thing in common, tegas Speaking: “It is lonely being an emperor, king, queen, presiden, prime minister”. Ertinya memegang jawatan itu seseorang mesti sanggup hidup kesepian. Janganlah anda pembaca ingat mereka sebenarnya lonely, bersendirian.

Dari segi kenyataan mereka dikerumuni sekeliling pinggang 24/7 oleh pembodek, pelawak, penghibur, court jesters, kongsi business, pelobi, tukang cerita, partners main golf, tukang sihir, bomoh, dukun, opportunis; ustaz, ustazah dan pembaca doa.

Mereka tidak bersendirian dari segi company! Kalaupun mereka lonely, it is rare and far in between. Sebab itu ramai orang mabuk, gila, fitnah-memfitnah dan sanggup tikam belakang kawan kerana mahu menjawat pangkat itu. Ada juga yang benar-benar lonely.

Madah Maharaja Akihito Jepun sempena hari jadinya yang ke-80 minggu lepas, "Being an emperor can be a lonely state. But it has given me comfort and joy, to have by my side the Empress (Michiko) who has always respected my position.” Lebih kurang dia tidak sunyi kerana Michiko sentiasa di sisinya dan terpenting Michiko menghormati kedudukannya.

Queen Elizabeth dan Emperor Akihito telah berusia melepasi lapan dekad, Ratu Elizabeth 87. Di UK, Prince Charles adalah bakal raja (kini berusia 65 tahun) selepasnya Prince William masih muda dan selepas William adalah anaknya George yang masih bayi. Succession di UK adalah terjamin dan telah pun ditentukan untuk tiga generasi.

Apakah masa depan monarki di UK, Jepun dan Malaysia? Saya yakin pemerintahan beraja berperlembagaan di ketiga-tiga negara selamat. Kebangkitan China pada separuh akhir kurun 21 mungkin melihatkan suasana politik berubah. Apa pun monarki yang telah diuji dan modern serta adaptable bisa bertahan.

Kita di Malaysia, kata seorang cerdik pandai, "For what remains, despite everything, we live in a lucky country." Maksud cendekiawan ini, kita harus bersyukur kita tinggal di negara yang dianggap bernasib baik.

Saya tidak terfikir Najib Tun Razak berasa keseorangan bila-bila pun kerana isteri yang disayanginya, Datin Seri Rosmah sentiasa bersamanya, masakan Ratu Elizabeth II lengang sebab Prince Philip selalu di sebelahnya; masakan Presiden Obama lonely because Michelle is always beside him. Bezanya, sama ada isteri menghormati jawatan suami dan suami menghormati jawatan isteri.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/mahu-jadi-perdana-menteri-1.235082

Tiada ulasan: