Isnin, 6 Januari 2014

3069. Tiada dahulu tiadalah sekarang.


Berita Singapura.

Tak semudah dulu jual rumah

SEKITAR setahun lalu, flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menarik pembeli dalam masa kurang sebulan hingga dua bulan setelah ia dipasarkan di pasaran terbuka.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Selamat menyelam di... Batam?

PERLAHAN-LAHAN kenderaan MPV yang dinaiki meninggalkan kawasan sesak di sekitar Nagoya Hill menuju ke luar bandar.
Hujan yang turun sejak malam tadi tidak membantu langsung - sebaliknya mengakibatkan kenderaan lebih perlahan bergerak.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Pengedar dadah terlepas hukuman mati

Seorang lelaki berusia 29 tahun menjadi pesalah dadah kedua yang terlepas daripada hukuman gantung, lapor akhbar The Straits Times.
Mahkamah Tinggi sebaliknya memutuskan Subashkaran Pragasam dihukum penjara seumur hidup dan disebat 15 kali.
Penghukuman semula itu merupakan kes kedua yang dilakukan pihak mahkamah, menyusuli
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Zon bebas rokok di Nee Soon South

SEBUAH zon bebas rokok yang diterajui masyarakat di kawasan Nee Soon South telah diperkenalkan buat pertama kali semalam.
Ini demi memperbaiki mutu udara di kawasan itu dengan menggalak mereka yang merokok berbuat demikian hanya di enam tempat merokok yang dikhususkan dalam zon tersebut.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Giat usaha cari mangsa bangunan runtuh di India

PANAJI (India): Para pekerja penyelamat semalam mengejar masa untuk mencari sehingga 20 orang yang dipercayai masih terperangkap di bawah puing bangunan lima tingkat yang runtuh, kelmarin.
Runtuhan bangunan yang masih dalam proses pembinaan di bandar Canocan, wilayah selatan India, Goa, itu telah mengakibatkan 13 orang terkoban sejauh ini.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Ciri Melayu Sungai Geylang dipuji

SUNGAI Geylang, yang dibuka secara rasmi semalam dan kini memaparkan rekaan berkonsepkan kampung air Melayu, harus menjadi kebanggaan masyarakat.
Usaha oleh Agensi Air Negara (PUB) menerapkan ciri-ciri Melayu bagi rekaan kemudahan baru di tepian sungai tersebut dibawah Program Air ABC (Aktif, Indah dan Bersih) yang melalui kerja peningkatan selama hampir tiga tahun harus dipuji.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf 

Tiga beradik manfaat dermasiswa CCC Teck Ghee

CIK Fauziah Jani, 38 tahun, sanggup berhenti kerja dan mengorbankan pendapatan tambahan untuk keluarganya demi menjaga keperluan pendidikan anak-anaknya.
Memandangkan pendapatan keluarganya kini terhad, ibu tiga anak itu memastikan agar anak- anaknya memanfaatkan semua peluang yang ditawarkan, termasuk skim dermasiswa yang disediakan pemerintah atau badan-badan akar umbi.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Kumpulan mahu 'aman-aman' saja

SELANGOR: Para pengunjung sebuah gereja Katolik di sini menjangka akan berdepan dengan beberapa kumpulan Islam yang membantah penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka semalam.
Sebaliknya, mereka berdepan dengan sekumpulan 20 orang yang datang membawa bunga untuk mereka.
- See more at: http://beritaharian.sg/#sthash.vC7Jp5Tx.dpuf

Sumber:
http://beritaharian.sg/

Tiada ulasan: