بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja Peceq.blogspot,com
Macam-macam syarat kita dapat. Macam-macam alasan kita perolehi. Macam-macam kekangan kita kena tempuhi. Macam-macam kekurangan kita diserlahkan. Segala macam itu kita kena total mengalah.
Asasnya kesilapan kita yang terdahulu. Kita tidak segera cantas. Bimbang sangat kita kehilangan sesuatu. Waktu itu mcamlah kita tiada pilihan. Tetapi kita nie degil. Nasi sudah menjadi bubur boleh juga dimakan dengan kangkong goreng belacan, siap telur asin dan lobak asinan lagi.
Kita aje kena terima kena betahkan diri supaya dapat menerima seadanya. Jangan gadoh, kalau penat-penat usaha kita jimat-jimat, sengkang mata sampai malam, siapkan apa yang perlu disiapkan - ada sahaja yang tidak kena. Kita kena terima, kena tempuhi dengan segala rendah diri, tahu diri serba kekurangan, kerana di keliling kita pasti ada si mulut longkang.
Sesama manusia ini, benci, dibenci atau membenci jangan sesekali. Biar orang buat kita, jangan kita balas. Kalau dibalas bukan makin selesai masalahnya, makin bertambah buruk rupa paras jadinya kita. Kita kecewa tidak apa, mengecewakan jangan. Kita jadi duka luka redhailah, membuat orang lain terluka bukan cara kita. Kita dengar orang mengata kita, ingat mengumpat bukan amalan hidup kita.
So terimalah akibatnya, yang tidak putus-putus. Jangan bunyi. Sebabnya diam itu sejahtera. Sabarlah. In Syaa Allah bila kekangan dan kekurangan itu dapat diatasi, segala macam syarat, alasan dan segala bagai - apakah agaknya yang baru?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan