Sabtu, 11 Januari 2014

3113. Sembilan wajah yang buat kita sering tewas, jika tidak berwaspada mohon perlindungan Allah S.W.T..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Aku tidak tahu mana datang bilangannya sembilan. Dia datang sepintas lalu. Dalam sembilan wajah itu aku cuma dapat satu, itu pun telah ditentukan menjadi wajah yang terakhir wajah yang ke sembilan. Huh ertinya aku kena cari lagi lapan wajah. Ini semua izin Allah S.W.T..

Pertama - wajah cinta dari manusia yang bukan berjiwa manusia. - Yang ini aku tidak perlu hurai, semua orang mengertikannya.

Ke dua - wajah kawan dari manusia yang bukan berjiwa suka berkawan dengan kita - lebih kepada kepura-puraan. Bila sudah beroleh bantuan atau yang dia tahu kita ada kelebihan. Dia pun belahlah. Lebih malang lagi yang kononnya kawan ini rupa-rupanya penyebar fitnah atau mengiakan atau bersubahat dengan perkara dusta. Sebabnya bersubahat ialah dia hanya dengar sepihak sahaja.

Ke tiga - wajah sahabat sekadar dari mulut dan bukan dari jiwa. Dia war-war dengan kita hendak jadi sahabat kita, rupa-rupanya sekadar kepura-puraan. Dia susah kita bantu, bila kita seperti dia, kita minta bantu dia hilang.

Ke empat - wajah longkang. Jenis ini suka menyebarkan aib orang. Aib orang sama ada yang masih hidup atau yang telah mati. Amalannya suka minum arak dan berjudi disamping kaki jantan atau kaki betina. Hendak dijadikan cerita beberapa ketika sebelum matinya, sempat lagi memutuskan tali silaturahim, hanya kerana percaya kepada fitnah dan perkara dusta. Langsung tidak berani menyebut nama yang menyebarkan fitnah itu, kononnya apa yang didengarinya itu perkara benar.

Ke lima - wajah talam dua muka. Jenis ini suka menginjak orang lain. Sanggup untuk mengambil hati atau memenangi hati orang lain menyebarkan perkara yang dusta. Akhirnya bila sudah terjebak, cabut lari.

Ke enam -wajah alim. Tetapi penuh dengan perkara musibat. Antaranya bersekutu atau bersubahat dengan perkara dusta. Langsung tidak tanya dengan kita dan percaya bulat-bulat hal yang dia dengar. Terus guna pakai cakap orang itu betul, padahal dusta. Sakit berjiran dengan jenis ini.

Ke enam - wajah bertangguh. Wajah bertangguh ini ada sedikit ciri berpura-pura. Wayang pun hebat. Macam-macam alasan yang diberi. Bini beranaklak, hendak beli susulah, tak senanglah, busylah. Akhirnya kuat tipu.

Ke tujuh - wajah pemerdaya. Dari wajah bertangguh tadi yang akhirnya jadi manusia kuat tipu, makanya jadilah wajah penipu. Habis semua orang cuba diperdayakan. Macam-macam cara dibuatnya. Jenis ini kalau diberi peluang pun memang tidak guna sesen pun.

Ke lapan - wajah sedih. Sedih minta simpati. Bila selesai hajatnya atau kepura-puraannya makannya kita baru tersedar kita cukup tertipu dengan lakunan hidupnya. Rupa-rupanya kesedihan itu ada topeng kepada ketidak boleh upayaannya bersikap jujur.

Ke sembilan - wajah diri sendiri. Macam-macam wajah diri sendiri, itu pun kalau ada yang sedar. Ada wajah buruk, wajah jahat, wajah baik yang sememangnya baik hati. Untuk diri aku sendiri aku cukup bimbang dengan wajah yang ke sembilan ini. Cukup aman boleh jadi dan cukup bahaya pun boleh terjadi. Jadi rajin untung sangat, tetapi kalau jadi pemalas?.

Pengkhususan:
Wajah yang dimaksudkan ialah bukan wajah luaran yang ada dahi sampai ke dagu itu. Ini wajah dalaman. Peceq.blogspot,com

Tiada ulasan: