بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
APLIKASI & TERMA PENGGUNAAN
- POLISI INI & ANDA
- Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Polisi ini menggariskan hak, kepentingan, tanggungjawab dan kewajipan semua pihak yang terlibat dalam mengumpul, merakam, memegang, menyimpan atau memproses (seperti yang ditakrifkan di bawah) maklumat peribadi dan data yang mungkin dilindungi oleh Akta tersebut.
- Bagi tujuan Polisi ini, ungkapan "anda", "milik anda" atau apa-apa perkataan seasalnya atau ungkapan lain yang serupa hendaklah bermaksud sebagai pelanggan FrogAsia dan/atau Perkhidmatan (seperti yang ditakrifkan di bawah), dan ungkapan tersebut juga haruslah turut terpakai ke atas anda yang bertindak dalam kapasiti anda sebagai ejen Subjek Data (seperti yang ditakrifkan di bawah), jika anda adalah ibu atau bapa atau penjaga Subjek Data.
- Polisi ini adalah berlaku pada 30hb April 2013.Kami akan memaklumkan anda sebarang perubahan terhadap Polisi tersebut melalui e-mel dan/atau notis yang akan diletakkan di dalam laman webnya supaya anda menyedari tentang perubahan tersebut. Penggunaan berterusan Perkhidmatan ini akan menandakan persetujuan anda ke atas Polisi (semakan) baru ini.
- DEFINISI
- Bagi tujuan Polisi ini, perkataan berhuruf besar berikut akan mempunyai maksud-maksud yang berikut:
"Akta" Bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. "Subjek Data" Bermaksud individu yang menjadi subjek kepada Data Peribadi tersebut dan hendaklah termasuk kanak-kanak atau mereka yang bergantung di bawah perhatian, kawalan jagaan dan/atau pengawasan anda. "Pengguna Data" Bermaksud seseorang yang sama ada bersendirian atau bergabung atau yang bersama dengan orang lain memproses apa-apa Data Peribadi atau mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa Data Peribadi, tetapi tidak termasuk pemproses data seperti yang ditakrifkan dalam Akta. "FrogAsia" Bermaksud FrogAsia Sdn Bhd (968641-K), sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan mengikut undang-undang di Malaysia dan pengendali FrogStore. "Saluran Frog" Bermaksud sebarang dan semua antara muka di antara pelanggan FrogAsia dan/atau Perkhidmatan dan FrogAsia, dari perkhidmatan yang bleh disediakan, termasuklah persekitaran pembelajaran maya yang dikenali sebagai "Frog VLE" atau "Frog", sebuah portal internet yang dikendalikan oleh FrogAsia, dan kedai dalam taliannya, "FrogStore". "Data Peribadi" Bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan transaksi komersil, yang (a) diproses sepenuhnya atau sebahagiannya melalui peralatan yang beroperasi secara automatik sebagai reaksi ke atas arahan yang diterima untuk tujuan tersebut; (b) yang direkodkan dengan sengaja bahawa ia seharusnya diproses sepenuhnya atau sebahagiannya oleh peralatan sedemikian, atau (c) yang dirakamkan sebagai sebahagian daripada sistem penyimpanan fail atau dengan sengaja ia akan membentuk sebahagian daripada sistem pemfailan yang relevan, yang berkaitan langsung atau tidak langsung dengan Subjek Data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat itu dan maklumat lain, yang dalam pemilikan Pengguna Data, termasuk sebarang data peribadi yang sensitif atau luahan pendapat tentang Subjek Data; tetapi tidak termasuk sebarang maklumat yang diproses untuk tujuan urusan pelaporan kredit yang dikendalikan oleh agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2009. "Polisi" Bermaksud Polisi Perlindungan Data Peribadi dan sebarang pindaan lain, tambahan dan/atau penambahan yang mungkin dimasukkan dari masa ke masa ke atasnya. "Pemprosesan" Berhubung-kait dengan Data Peribadi, ia bermaksud mengumpul, merakam, memegang atau menyimpan Data Peribadi atau menjalankan apa-apa operasi atau set operasi mengenai Data Peribadi, termasuk (a) organisasi, penyesuaian atau pengubahan Data Peribadi; (b) perolehan semula, rundingan atau penggunaan Data Peribadi; (c) pendedahan Data Peribadi melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran, atau sebaliknya, membuatkan ia tersedia; atau (d) penjajaran, penggabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan Data Peribadi. Perkhidmatan Bermaksud produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh FrogAsia dan/atau syarikat-syarikat lain di bawah YTL Group, seperti yang boleh digunakan, pada atau melalui Saluan Frog. "YTLC" Bermaksud YTL Communications Sdn Bhd (793634-V), syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan selari dengan undang-undang Malaysia dan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "YTL Group" Bermaksud YTL Corporation Berhad (92647-H) serta syarikat-syarikat dan sekutu-sekutunya.
- Bagi tujuan Polisi ini, perkataan berhuruf besar berikut akan mempunyai maksud-maksud yang berikut:
- APAKAH JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPULKAN?
- Kami mungkin mengumpul data peribadi berikut:
- Nama, KP dan/atau nombor pasport, jawatan, nama syarikat/sekolah;
- Maklumat perhubungan termasuk alamat surat-menyurat/bil, alamat emel, nombor telefon;
- Data kewangan dan data peribadi lain termasuk butiran kad kredit, jantina, kewarganegaraan, kaum dan status perkahwinan. ;
- Nama Pengguna (ID Yes) dan Kata Laluan untuk menyelesaikan isu-isu jika diperlukan;
- Data peribadi lain yang relevan untuk pendaftaran dan/atau peruntukan Yes ID anda, kaji selidik, promosi dan/atau tujuan-tujuan lain.
- Kami mungkin akan mengumpul Data Peribadi anda secara langsung apabila anda menggunakan, melanggan atau membeli mana-mana Perkhidmatan atau melalui pembekal perkhidmatan lantikan kami, ejen-ejen, kontrak-kontaktor dan/atau syarikat-syarikat lain di dalam YT Group dari semasa ke semasa.
- Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua Data Peribadi yang diminta oleh FrogAsia dan/atau oleh syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan YTL, yang berkaitan, adalah wajib dan hendaklah anda sediakan.Kegagalan untuk memberikan maklumat wajib tersebut boleh menyebabkan FrogAsia dan/atau syarikat-syarikat lain dalam YTL Group, seperti yang terpakai, tidak dapat memberikan anda perkhidmatan yang anda inginkan itu atau tidak dapat untuk meneruskan pembekalan Perkhidmatan tersebut kepada anda (dalam situasi di mana anda berhenti memberikan maklumat-maklumat wajib sedemikian).
- TUJUAN PENGAMBILAN DATA PERIBADI
- Anda bersetuju bahawa kesemua Data Peribadi yang dikumpul dan/atau dihimpunkan oleh FrogAsia dan/atau syarikat-syarikat lain dalam YTL Group, seperti yang terpakai, adalah untuk tujuan-tujuan yang terkandung di bawah ("Tujuan"):
- Untuk pengesahan dan pembuktian identiti mana-mana individu yang ingin menggunakan, melanggan atau membeli Perkhidmatan;
- Untuk tujuan menyediakan dan/atau mempertingkatkan lagi Perkhidmatan;
- Untuk tujuan menjalankan semakan rujukan kredit termasuk membuktikan kewujudan sebarang pelanggaran, keberhutangan, kemungkiran pelanggan berpotensi FrogAsia dan/atau Perkhidmatan yang mungkin ada dengan pihak ketiga;
- Untuk menentukan faktor kelayakan lain pelanggan berpotensi FrogAsia dan/atau Perkhidmatan, termasuklah apa-apa pertandingan, kempen promosi dan sebagainya, yang FrogAsia dan/atau syarikat-syarikat lain dalam YTL Group, yang berkaitan, yang mungkin umumkan dari masa ke masa;
- Untuk tujuan rekod dalaman FrogAsia, pemfailan dan operasi, di mana pemprosesan Data Peribadi sedemikian diperlukan untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran untuk Perkhidmatan yang lancar dan optimum;
- Untuk pendedahan Data Peribadi kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam perkara 7 di bawah.
- Semua Data peribadi yang dikumpul dan/atau dihimpun oleh FrogAsia dan/atau syarikat-syarikat lain dalam YTL Group, sebagaimana yang terpakai, hendaklah bagi maksud yang disenaraikan dalam 4.1 di atas dan/atau terhad kepada keadaan di mana apa-apa Data Peribadi diperlukan bagi pelaksanaan atau kemasukan ke dalam hubungan kontraktual atau dalam pematuhan dengan mana-mana pematuhan undang-undang.FrogAsia tidak akan menjual, mengedar atau berkongsi Data Peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali jika anda telah memberikan kami kebenaran untuk kami berbuat demikian atau penzahiran sedemikian dikehendaki oleh undang-undang.
- FrogAsia boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar maklumat pemasaran yang mungkin menarik minat anda.Jika anda tidak mahu menerima apa-apa maklumat pemasaran itu, anda boleh menyatakan kehendak anda secara bertulis kepada FrogAsia, selaras dengan perkara 5.3 di bawah.
- Anda bersetuju bahawa kesemua Data Peribadi yang dikumpul dan/atau dihimpunkan oleh FrogAsia dan/atau syarikat-syarikat lain dalam YTL Group, seperti yang terpakai, adalah untuk tujuan-tujuan yang terkandung di bawah ("Tujuan"):
- PERSETUJUAN & HAK UNTUK MENARIK PERSETUJUAN
- Anda diberi notis bahawa Perkhidmatan hanya akan disediakan untuk anda (dan mana-mana kanak-kanak atau mereka yang bergantung di bawah perhatian, kawalan jagaan dan/atau pengawasan anda) apabila anda menerima dan secara nyata bersetuju dengan terma Polisi ini, di mana penzahiran penerimaan dan persetujuan hendaklah dibuktikan oleh anda dengan mengklik atau memeriksa untuk mengesahkan persetujuan anda kepada terma dan syarat dalam Perjanjian Menerima Penggunaan Frog, yang hendaklah termasuk terma Polisi ini.
- Dengan menunjukkan penerimaan anda terhadap terma Polisi ini, anda hendaklah disifatkan telah dengan nyata memberi persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi anda (yang mana, untuk mengelakkan keraguan, hendaklah termasuk Data Peribadi anak anda dan/atau mereka bergantung di bawah perhatian anda , kawalan jagaan dan/atau pengawasan) oleh FrogAsia atau mana-mana ejen, pekerja, rakan kongsi dan/atau kontraktornya yang diberi kuasa untuk Tujuan yang digariskan di perkara 4 di atas.
- Walau apapun, apa-apa jua yang berlawanan, anda boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan anda untuk FrogAsia memproses sebarang Data Peribadi anda atau mana-mana bahagian atau bahagian pemprosesan dengan menghantar notis penarikan bertulis kepada FrogAsia di alamat di bawah dan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Akta. FrogAsia akan mengambil segala langkah yang perlu sebagai tindakan ke atas penarikan persetujuan anda, setakat mana penarikan itu tidak bercanggah dengan sebarang tanggungjawab undang-undang FrogAsia yang lain.
- HAK AKSES & MEMBETULKAN
- Anda hendaklah, atas permintaan bertulis dan pembayaran fi yang ditetapkan, diberi akses kepada semua Data Peribadi yang dipegang atau disimpan atau diproses oleh FrogAsia. Untuk mengelakkan kekeliruan, "akses" bagi maksud peruntukan ini hendaklah bermaksud pemberitahuan Data Peribadi anda yang sedang diproses oleh atau bagi pihak FrogAsia dan mempunyai salinan Data Peribadi tersebut yang dihubungkan atau disampaikan kepada anda dalam bentuk yang mudah difahami pilihan FrogAsia.
- Anda pada bila-bila masa boleh membuat suatu permintaan bertulis kepada FrogAsia untuk membetulkan apa-apa Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau lapuk dan FrogAsia hendaklah, apabila menerima permintaan bertulis anda untuk pembetulan dan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Akta, mengambil segala langkah yang perlu sebagai reaksi kepada pembetulan tersebut. Untuk apa-apa Data Peribadi yang diperuntukkan oleh atau di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan yang berkaitan dengan projek 1BestariNet, sila kemukakan semua permintaan bertulis anda kepada pentadbir IT sekolah yang berkaitan, di mana anak anda atau mereka yang bergantung dengan anda didaftarkan.
- PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA
- Selaras dengan Tujuan yang digariskan dalam perkara 4 di atas, anda bersetuju untuk membenarkan FrogAsia mendedahkan mana-mana Data Peribadi anda yang dikumpul atau dihimpunkan untuk pihak ketiga seperti berikut dan untuk sebab-sebab yang dinyatakan:
- Kepada pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa lain yang berkaitan atau agensi kawal selia sebagai sebahagian daripada apa-apa pematuhan yang dikenakan oleh undang-undang atau yang berhubung dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran keadilan, pencegahan jenayah atau untuk kepentingan keselamatan negara;
- Kepada Pemegang Harta Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tujuan menjalankan carian kebankrapan;
- Kepada mana-mana bank yang berkaitan, institusi kewangan atau entiti yang sama seperti yang diarahkan oleh Subjek Data menurut mana-mana kemudahan kredit atau mekanisme pembayaran yang dimulakan atas permintaan Subjek Data;
- Kepada pembekal produk/perkhidmatan dari masa ke masa untuk menyelesaikan isu-isu dan/atau memberi respons kepada pertanyaan anda berkaitan dengan Perkhidmatan;
- Kepada pembekal perkhidmatan/produk, ejen, kontraktor dan/atau syarikat-syarikat lain dalam YTL Group dari masa ke masa untuk membantu FrogAsia menyediakan dan memasarkan Perkhidmatan kepada anda.
- Simpan dan kecuali dengan persetujuan anda secara jelas, FrogAsia hendaklah mengekalkan kerahsiaan ketat Data Peribadi anda dan tidak mendedahkan mana-mana bahagian atau sebahagian daripadanya kepada mana-mana entiti lain atau pihak ketiga selain daripada yang disenaraikan di perkara 7.1 di atas.
- Selaras dengan Tujuan yang digariskan dalam perkara 4 di atas, anda bersetuju untuk membenarkan FrogAsia mendedahkan mana-mana Data Peribadi anda yang dikumpul atau dihimpunkan untuk pihak ketiga seperti berikut dan untuk sebab-sebab yang dinyatakan:
- KESELAMATAN, PENYIMPANAN & TEMPOH PENGEKALAN DATA
- FrogAsia komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah selamat, dan berkaitan dengannya, proses dan prosedur yang sesuai telahpun diambil untuk memastikan semua Data Peribadi yang dikumpul olehnya hendaklah disimpan dan/atau difailkan mengikut apa-apa cara untuk memastikan Data Peribadi tersebut kekal tepat, integriti, masih sulit, dilindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, dan akses yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pendedahan, pengubahan, pemusnahan atau manipulasi.
- FrogAsia hendaklah menyimpan dan/atau mengekalkan semua Data Peribadi hanya untuk seberapa lama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas perkara 4.1 atau menurut kepada apa-apa pematuhan undang-undang yang dikenakan ke atas FrogAsia dalam operasi Perkhidmatannya atau menurut kuasa mana-mana undang-undang yang terpakai yang mungkin dari semasa ke semasa akan berkuatkuasa.
- FrogAsia boleh, untuk keselamatan, penyimpanan dan/atau sebab-sebab yang lain berkaitan dengan peruntukan Perkhidmatan kepada anda (termasuk resolusi isu), memindahkan Data Peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan pemindahan ini.
- PENGECUALIAN & PENYINGKIRAN LIABILITI
- Walau apapun peruntukan yang terdahulu, FrogAsia berhak untuk enggan melayan sebarang permintaan untuk penarikan persetujuan, akses atau pembetulan dalam keadaan berikut:
- Jika terdapat kekurangan maklumat yang disediakan oleh anda atau mana-mana pihak yang membuat permintaan untuk membolehkan FrogAsia mencari atau mengenal pasti secara peribadi Data Peribadi yang dipersoalkan;
- Jika terdapat keraguan yang munasabah di sekitar identiti anda atau identiti orang yang membuat permintaan atau di mana FrogAsia merasakan bahawa anda atau pihak yang meminta bukanlah pemilik atau subjek kepada Data Peribadi yang dipersoalkan dan tidak berhak di sisi undang-undang untuk membuat apa-apa permintaan berhubung dengan Data Peribadi tersebut;
- Jika membenarkan akses atau pembetulan akan dianggap sebagai melanggar perintah Mahkamah;
- Permintaan untuk akses atau pembetulan (tidak termasuk ketika penarikan persetujuan):
- beban atau kos melayan permintaan untuk akses atau pembetulan adalah tidak setimpal dengan risiko privasi atau ia sebahagian daripada membuat permintaan;
- mematuhi permintaan itu akan melibatkan penzahiran Data Peribadi milik kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan;
- pematuhan akan mengakibatkan pendedahan maklumat komersial yang sulit;
- akses dikawal oleh undang-undang lain.
- Dalam perlindungan Data Peribadi, FrogAsia tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang pencabulan, pelanggaran atau ketidak patuhan dengan sebarang panduan privasi atau perlindungan Data Peribadi dalam keadaan berikut:
- Jika suatu perbuatan yang bersifat atau peristiwa di luar kawalan atau ketidak fungsian atau kemusnahan sebarang peralatan atau mesin yang digunakan untuk keputusan FrogAsia kerosakan atau pincang tugas atau kemusnahan dalam apa-apa kelengkapan atau jentera yang digunakan untuk mendapatkan, menyimpan atau memproses Data Peribadi;
- Data Peribadi yang sedia ada atau boleh dijumpai dalam domain awam;
- Jika walau pun FrogAsia berusaha sebaiknya, berlakunya akses tanpa izin, pengubahsuaian, pengubahan, penyalahgunaan, penggodaman atau penyalahgunaan Data Peribadi yang disebabkan oleh perbuatan yang berniat jahat atau penipuan atau jenayah atau kelakuan pihak ketiga yang bukan di bawah kawalan atau arahan FrogAsia.
- Walau apapun peruntukan yang terdahulu, FrogAsia berhak untuk enggan melayan sebarang permintaan untuk penarikan persetujuan, akses atau pembetulan dalam keadaan berikut:
- NOTIS DAN KOMUNIKASI
- Dengan hormatnya anda diminta untuk menggunakan alamat berikut bagi tujuan penarikan persetujuan dalam perkara 5.3 atau untuk mendapatkan akses dan/atau membetulkan sebarang Data Peribadi yang selaras dengan perkara 6:
Pegawai Pematuhan PDPA
Unit 9, Aras 2, D6 at Sentul East
801, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
Malaysia
E-mel: enquiry@frogasia.com - Sila ambil perhatian bahawa semua pemberitahuan atau komunikasi lain daripada anda kepada FrogAsia mesti dibuat secara bertulis, jelas dan mengandungi nama penuh, alamat semasa, nombor kad pengenalan dan butir-butir perhubungan anda.FrogAsia berhak untuk tidak melayan apa-apa notis atau komunikasi yang tidak mengandungi butir-butir yang terdahulu, yang tidak boleh dibaca, difahami atau di mana pihak yang berkenaan tidak boleh dihubungi atau di mana butir-butir perhubungan tersebut didapati tidak lengkap, tidak tepat atau mempunyai kesilapan.
- Dengan hormatnya anda diminta untuk menggunakan alamat berikut bagi tujuan penarikan persetujuan dalam perkara 5.3 atau untuk mendapatkan akses dan/atau membetulkan sebarang Data Peribadi yang selaras dengan perkara 6:
Tamat.
Google today.
1Bestari Dashboard & New TAB Google.
vmct7.
7tcmv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan