Jumaat, 17 Januari 2014

3139. Sunah Nabi SAW - Pengadilan kepada pengamalnya zaman terkini dan bicara kata hakim.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Pelajar ditegah berserban ??
Bukan sebahagian daripada pakaian seragam sekolah – Hakim. Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED.
RAYUAN ditolak... (Dari kiri) Mior Atiqulrahman Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari dan adiknya Syed Ahmad Syakur hadir di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya semalam bagi mendengar keputusan rayuan mereka berhubung kes memakai serban ke sekolah. - 

PUTRAJAYA. 
Islam bukan hanya setakat serban dan janggut, demikian menurut Mahkamah Persekutuan ketika menolak rayuan tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan yang dibuang sekolah sembilan tahun lepas kerana enggan menanggalkan serban mereka.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebulat suara dalam keputusan mereka bahawa bukan semua amalan atau cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengikat umat Islam dari segi undang-undang atau agama, malah ada yang bukannya menjadi pilihan dan untuk diikuti.

Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed berkata, bahawa daripada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya satu perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur.‘‘Daripada apa yang saya dapat pastikan, al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban. 

Saya tahu bahawa Rasulullah SAW memakai serban. 

Tetapi Baginda SAW juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.


‘‘Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? 

Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman Baginda SAW?” kata Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kamaruddin Kamsun.

‘‘Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam.

Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. 

Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. 


Tidak hairanlah bagi Rasulullah SAW yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian,” kata Abdul Hamid.Katanya, serban bukan hanya dipakai oleh orang Arab.

Orang lain yang tinggal di padang pasir seperti kaum Afghan dan Parsi juga memakai serban, katanya.‘‘Malah, sesiapa sahaja yang pergi ke Mekah akan dapati bahawa sehelai kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna

Tiada ulasan: