بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sunday, 19 January 2014
Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas
KUALA LUMPUR:
Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk
membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor. Malam tadi
diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat
persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Marinatasha Isnariah
Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan
diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET
2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri
Hartamas.
“Saya rasa sangat malu
kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon.
Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note
stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus
tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
Arahan berbaur perkauman
tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut
Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta
dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan
tersebut.
Menurutnya
lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak
berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah
melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus
Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Jaharudin
ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan
mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
Bekas
pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali
menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam
industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan
terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika
Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab
seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan
tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis
Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.
“Semasa
saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari
lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung
yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas
alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
Artis
Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam
persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas
pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
“Saya
lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah
Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta
saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon
setelah selesai persembahan tersebut.
Menurutnya
lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak
berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah
melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus
Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Jaharudin
ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan
mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
Bekas
pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali
menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam
industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan
terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika
Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab
seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan
tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis
Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.
pulang dari
majlis tersebut. -mysuara.net
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
http://ping.busuk.org/v/480921/penyanyi-bertudung-dihalau-turun-pentas.html
Hisham Othman · Top Commenter · Buruh / Kuli di Intelligent Technology Resources
Mmg langsi..la ith olang.....jgn sampai gua sengattttt
Zanahariah Jaafar Adamm · Melaka
itu isyarat dari Allah...jadi lah muslimah sejati...suara tu aurat...
Joejelly Hazell
Ni memang nak semarakkan perkauman ke? Kalau betul timbulkan kontroversi, ape lagi oeg Melayu. Takkan nak berdiam je. Uni negara kita. Islam agama rasmi.
Mohd Norizal Mohamed Marzuki · Team leader di PROPEL BHD
Salam...ad hikmah di sebalik kjadian tu...in sha allah
ISh MY · Security Guard di Royal pahang golf club
Pehhh....pgerusi mlayu islam rilek plak....takut dgn cina ke....pelik btul
Sem Saimun · Top Commenter · University of Michigan
nampaknya shannon ni amat anti islam...pihak berkuasa patut ambil tindakan yg keras kepada yg anti agama islam di bumi mesia ni...
Sem Saimun · Top Commenter · University of Michigan
bagi hukuman yg setimpal pada manusia anti islam ini...Balas ·
· 5 jam yang lalu
Bob Mocassino · UiTM Shah Alam
Buat akta orang cina pakai seluar nampak pangkal peha , ini negara melayu islam buat undang x2 kita diaorang kena ikut kita bukan diaorang perentah kita
Arif Jutawan Power · Managing Director di Global Power Ventures
ape lagi, cari la sakai tu. bagi dia femes pulak
Ulasan bersumberkan:
http://www.mysuara.net/index.php/bedah-buku/4910-penyanyi-bertudung-dihalau-turun-pentas
vmct7.
7tcmv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan