Isnin, 20 Januari 2014

3171. Berjuta Tak Makan Tengahari Kalau Pendatang Asing Tak Tolong Masak Kangkung Goreng Belacan Kau.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Rakyat Melayu Johor Kena Sedar Dan Insaf...... - Ruslan Mamat 

Photo: Apa sudah jadi dengan melayu Johor? Jom melayu UMNO Johor, kita demo demi  perjuangan hak-hak melayu!!!
Apa sudah jadi dengan melayu Johor? Jom melayu UMNO Johor, 
kita demo demi perjuangan hak-hak melayu!!! 

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/01/rakyat-melayu-johor-kena-sedar-dan-insaf.html

CARA UMNO MEMPERTAHANKAN KUASA - Raunas Dhom



Pic ini sekadar menjadi contoh saja. Apa yang nak diutarakan di sini ialah cara UMKUNO yang berpegang kepada 3 strategik utama untuk mereka terus mengekalkan kuasa mereka.

1. Tujuan Menghalalkan Cara.
Mereka sanggup melakukan apa saja demi terus berkuasa.

a. Menipu dalam pilihantaya termasuk memecahkan sempadan di kawasan yang dikenalpasti kawasan pembangkang, melarikan peti-peti undi, menjadikan SPR sebagai barua-barua mereka dan memasukan pengundi hantu.

b. Menyogok wang kepada pengundi, menguggut pengundi dan mewujudkan samseng politik.

c. Merosakkan sistem perundangan dan kehakiman negara demi menutup kesalahan mereka.

d. Menyalahgunakan media dan jentera kerajaan bagi tujuan parti.
e. Menghidupkan budaya fitnah dan lucah sehingga merosakkan akhlak anak-anak muda.

2. Menerapkan Dasar GOY ke atas rakyat. Cara ni ditiru dari Zionis. Mereka mahukan rakyat......

a. Kemiskinan agar rakyat terus bergantung hidup kepada bantuan-bantuan mereka yang kemudiannya jadi batu-batuan kepada rakyat. 
 
Berlainan ideologi politik dijadikan senjata untuk mengugut rakyat dan berlaku diskriminasi dalam soal pengagihannya. Menaikkan harga barangan tanpa menaikkan produktiviti dan pendapatan pengguna juga tergolong dalam memastikan pergantungan berpanjangan rakyat kepada mereka.

b. Kejahilan dalam soal agama, politik, ekonomi, sejarah dan maklumat. Rejim pemerintah mahukan rakyat ketinggalan dalam soal ini. Jika rakyat cerdik dan terbuka fikirannya maka dah lama pun mereka berkubur.

c. Ketakutan yang giat mereka lakukan. Ni termasuk dalam menguatkan akta-akta yang menekan rakyat, menggunakan kakitangan awam untuk tujuan politik, menjadikan badan keselamatan sebagai perisai politik kotor mereka dan mewujudkan ketidaksetabilan dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.

3. Menjalankan Dasar Pecah Perintah.

a. Senjata utamanya adalah persengketaan dalam soal agama. Mereka memutarbelitkan fakta melalui berbagai cara agar mendapat sokongan dari rakyat. Ularmak-ularmak Kangkung Haramjadah diperlukan bagi menjayakan tujuan busuk ini.

b. Menimbulkan isu bangsa yang sering dikaitkan dengan kuasa dan ekonomi. Penipuan fakta semasa dan sejarah amat diperlukan untuk menjayakannya.

c. Polis dan kehakiman yang berat sebelah amat diperlukan.

d. Mewujudkan ketakutan dan kebimbangan rakyat dalam soal keselamatan sosial dan ketenteraman awam......

i. Menghidupkan budaya samseng politik. Contohnya dalam pic di atas dan memfitnah DAP.

ii. Mengabaikan keselamatan di sempadan negara seperti penyeludupan senjata di Border Malaysia-Thailand, menimbulkan susana tegang dengan sempadan Filipina dan tida kesungguhan menangani aktiviti melanun yang kian hebat di Selat Melaka.

iii. Peningkatan jenayah dan kekerapan insiden tembak mati tak ditangani dengan betul.

iv. Meramaikan warga asing di atas alasan menambah keperluan buruh negara tetapi pada masa yang sama para pendatang ini mewujudkan masaalah sosial yang tidak sedikit kepada rakyat tempatan.

Kesemua cara yang UMKUNO guna ini merupakan cara-cara yang pernah dipraktikkan oleh Zionis dan British. UMKUNO lah yang menjadi pewaris tunggal yang mempusakai KEDAJJALAN par a penjajah ini. 
 
Spin fakta dan mengalih isu-isu semasa adalah cara mereka selalu gunakan untuk mrnipu rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

Wallahu'alam.

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/01/cara-umno-mempertahankan-kuasa.html

Berjuta Tak Makan Tengahari Kalau Pendatang Asing Tak Tolong Masak Kangkung Goreng Belacan Kau


Hari ni aku gi makan kat Terminal Bas Cyberjaya, aku tengok banyak kedai tutup. Lauk2 pun dah tak ada. Nak makan pun susah. Aku boleh pilih nak gi makan tempat lain tapi memandangkan situ adalah tempat makan paling murah dekat Cyberjaya dengan harga air masih lagi berada dalam lingkungan munasabah, aku tibai aje lah apa ada situ.

Nampak ramai orang jual sotong kangkung. Terdengar juga beberapa pelanggan tengah makan, telefon berdering dengan nada dering "Lagu Kangkung."

Aku pun tinjau aje la beberapa kedai yang ada jual makanan situ. Kedai aku selalu makan, tutup, kedai nasik campur sebelah dia, tutup. Dua lagi kedai nasik campur dah tinggal kuah aje. Nasib baik ada ayam masak lemak cili api...aku pun ambik la seketul, makan dengan nasik putih.

"Kak, apasal ramai tutup ni?" tanya aku dekat acik tu sebab aku selalu jugak la borak dengan dia masa dia mula2 bukak kedai dulu.

"Ada spotcheck PATI.." jawab dia. "Esok lagi teruk kot sebab esok tak ada langsung pekerja dia," jawab makcik tu.

Kau bayangkan, nak run kedai makan, pekerja dia hanyalah seorang diri. Dia tukang kira, dia tukang bungkus, dia tukang hidang lauk atas tray. Pekerja langsung tak ada!

Dekat Terminal Bas Cyberjaya ni ada satu kedai makan Cina dan ada satu kedai makan India. Kedua-dua kedai ni berfungsi macam biasa sebab pekerjanya juga adalah tauke sendiri. Mungkin itu kot perbezaan antara macam mana Melayu run bisnes dan macam mana rakyat Malaysia bangsa lain run perniagaan diorang. Orang Melayu ramai yang meniaga nak jadi tauke...mungkin? Aku tak sebut semua aa. Ramai kawan2 aku yang hands on perniagaan sendiri sebab itu cara nak jimatkan kos. Ada jugak yang belum hapa2 terus nak berlagak jadi tauke besar....nak rasa macam mana ada pekerja sendiri.

Dua hari lepas, PM Najib "Pakar Penjimatan Belanja" Razak menyebut tindakan keras akan diambil ke atas peniaga Melayu yang menyewakan tapak perniagaan mereka kepada pendatang asing. Dengan gaya cakap mengajuk loghat Negeri Sembilan yang boleh dikatakan agak annoying, PM Najib menyebut mereka2 yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan keras.

Kita cuba tengok balik, kenapa industri dan negara kita sendiri terlalu bergantung dengan pendatang asing secara sah atau tidak sah ;

1. Kos menggaji pekerja dapat dikurangkan
2. Kos belanja yang besar MEMERLUKAN peniaga menggaji pekerja asing

Semua bisnes secara naturenya akan carik jalan macam mana nak cut down cost. Samalah seperti banyaknya company lebih willing nak hire fresh grad dan intern berbanding orang yang berpengalaman, peniaga2 kecik ni memerlukan pekerja asing kerana mereka tak mampu hire pekerja local. Even saudara mara sendiri pun akan demand lebih berbanding apa yang pendatang asing mintak kan?

Cuba kita renung sejenak kenapa lambakan pekerja asing berlaku di Malaysia. Pada mulanya pekerja asing masuk kerana syarikat2 dalam negara memerlukan lebih ramai tenaga asing bekerja kerana kekurangan tenaga asing yang boleh bekerja. Kemudian benda tu evolve menjadi "Tenaga asing perlu dibawa masuk kerana kos dapat dikurangkan.."

Kini kita dah sampai satu tahap di mana tanpa pekerja asing, Malaysia tak mampu run! Kedai makan dekat Cyberjaya akan lumpuh kalau terjadinya spotcheck penguatkuasa mencari pendatang asing tanpa izin. Ada kedai kat rumah aku terus tutup sebab semua pekerja habis lari lepas kedai kena rush dan baru bulan lepas dibukak balik.

Pendatang asing tanpa izin dah jadi satu kemudahan perlu kerana tidak ramai peniaga yang kecil2 ni mampu melalui proses mengambil pekerja asing yang sah kerana kosnya yang tinggi dan peluang risiko untuk rugi amatlah besar. Kau pun paham2 la sendiri macam mana complicatednya nak hire pembantu rumah dan bayaran yang perlu dijelaskan, kau bayangkan la kau kena hire 2-3 orang untuk dijadikan pekerja kau.

Semua kesan buruk ini berlaku kerana satu masa dulu, kita ambik jalan mudah, bawak masuk pekerja asing kerana kita nak accelerate growth negara kita dan selepas berpuluh tahun dah ni, mereka dah jadi SANGAT PENTING dalam ekonomi negara kita. Takkan kerajaan tak fikir benda2 ni dulu atau kerajaan takut nak admit, gejala pendatang asing di negara kita sebenarnya dah tak mampu dibendung oleh pihak berkuasa?

Pada aku, apa yang perlu dibuat, adalah pastikan pihak berkuasa buat spotcheck hari2 sehingga ke satu tahap di mana peniaga2 ni akan carik jalan untuk pastikan bisnes diorang terus sustain tanpa perlunya pendatang asing bekerja di Malaysia. Jika perlu ditutup kedai berapa ribu pun, mungkin itu satunya pengorbanan yang perlu dilakukan, untuk menghilangkan kebergantungan kita kepada pekerja luar.

Projek bangunan sangkut sebab pekerja takde? Go local! Bayar la banyak sikit. Company pun duk fikir nak cut cost sendiri, naik lemak la diorang hire pendatang asing ni sebab nak rendahkan overhead. Kerajaan bising benar nak saman peniaga kecik yang sewakan tapak dekat pendatang asing, apa kata saman lah sekali syarikat2 besar yang ambik jalan mudah guna pekerja asing tanpa izin ni?

Kita push balik peniaga kita hire orang local tak kiralah berapa kos yang perlu dibayar. Gaji minima dah dilaksanakan RM800 dan RM900, aku rasa dah sampai masanya kita stop bergantung dengan pekerja asing lagi. Berapa bilion duit Malaysia keluar Malaysia setahun? Tah la...walaupun gaji minima tu pada aku sangatlah tak padan...tapi it is a start...not the best start though.

Pegi makan aje, yang tukang masak, orang luar. Tukang buat air pun orang luar. Isi minyak, yang tolong isi, orang luar. Aku bukannya pandang  rendah diorang ni cuma aku rasa better kalau orang Malaysia sendiri yang buat benda2 tu sebab ia memberikan aku warm fuzzy feelings. Even kat negara maju sendiri diorang tak bergantung sangat dengan pekerja asing macam kita ni...

Kau cuba fikirkan sendiri lah situasi ni ;

"Pegawai imigresen kita, kalau diorang buat kerja yang sepatutnya dibuat, tangkap dan hantar balik semua pendatang tanpa izin, boleh membuatkan ekonomi negara kita jatuh."

Is that a sign of a good nation atau itu petanda kita adalah sebuah negara yang sangat kelam kabut pentadbirannya? Kita, dapat makan tengahari, hanya kerana ada orang sanggup langgar undang-undang negara dan masuk Malaysia secara haram, kerja tanpa permit dan ada orang berani ambik dia kerja kerana tau, dia tak mampu hire orang local....Alih2 akhirnya penguatkuasa pun terpaksa pejam sebelah mata walaupun nampak undang2 kena langgar depan mata.

Bagus atau tidak situasi tu?


Sumber: (http://cursingmalay.blogspot.com/2014/01/berjuta-tak-makan-tengahari-kalau.html

Dah kaut untung juta2 ....jual tanah milik org2 Melayu, lepas tu nak salahkan DAP... - Ruslan Mamat

Photo: Dah kaut untung juta2 ....jual tanah milik org2 Melayu, lepas tu nak salahkan DAP...nak salahkan cina!!!

MASJID WARISAN DIMANA NAMA MASJID TANAH MENDAPAT NAMA KINI TERBIAR DAN TIADA SUARA AZAN BERKUMANDANG.

Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu sebuah masjid tua yang dibina awal 1900an dimana nama Masjid Tanah mendapat nama kini terbiar tidak diimarahkan paling menyedihkan sudah tiada lagi suara azan berkumandang.

Lokasi Masjid Warisan ini terletak ditebing Sungai Baru di tengah Pusat bandar Masjid Tanah, melaka berhampiran dengan pasar.

Jalan besar didepan Masjid ini dikatakan terdapat deretan kedai judi empat nombor ekor da ma cai, magnum dan toto.

Pengirim rasa terkilan mengapa pihak yang berwajib terutamanya Majlis Agama Islam Negeri Melaka tidak membuat sesuatu untuk menghidupkan kembali roh masjid ini.

Dalam juak-juak UMNO melemparkan tuduhan liar fitnah bahawa masjid-masjid di Pulau Pinang sejak diambil alih oleh DAP/PR tidak diizinkan azan dilaungkan , rupa-rupanya masjid dimana UMNO memerintah langsung azan tidak berkumandang lagi dan tidak di bela dan dijaga dengan sempurna.

Pengirim memberitahu keadaan masjid itu kini sudah agak daif dan tidak berjaga .. lalang dan rumpai tumbuh dengan segar disekeliling kawasan masjid yang juga terdapat kubur-kubur lama.

Mohon jika apa yang disampaikan ini benar dan sahih .. Pihak yang diberi amanah dan tanggung jawab untuk memelihara dan menjaga masjid ambil tindakan yang sewajarnya.


Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/01/masjid-warisan-dimana-nama-masjid-tanah.html)

GAMBAR KAKITANGAN AYAMAS DI AIBKAN KERANA MENCURI WANG MAJIKANNYA TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 16 minutes ago
*Bukan tujuan mau mempertahankan kelakuan mencuri tetapi mengapa perlu diaibkan sebegini rupa? ... Kalau benar dia melakukan kesalahan jenayah heret saja ke muka pengadilan dengan membuat laporan polis .. kalau mau didenda dendalah tapi perlukah diperlakukan sebegini dengan berdiri dikhalayak ramai depan pintu masuk utama dengan plakad tergantung didada tertulis ayat "MENCURI" untuk beberapa jam.Tujuan apakah majikan ayamas hypermarket Mydin mall lakukan ini semua? .. Untuk pengajaran???Inilah apabila undang-undang dilakukan sesuka hati ikut dengar gerak kata hati dan nafsu... more »

VIDEO - Doa Bagi Rasulullah Kasih - Syeikh Zainul Asri

atsixty at ZAKRI ALI - 42 minutes ago
Post by Zonkuliah.

Selepas Demo di hadapan Pusat Khidmatnya, Khai Loon terima ugutan bunuh pula..

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 45 minutes ago
Umno tidak boleh lari daripada tanggungjawab ekoran insiden keganasan dalam perhimpunan yang dihadiri pemimpin dan penyokong mereka semalam bagi membantah 'flash mob kangkung' menyindir perdana menteri. Perkara itu diluahkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menjadi sasaran kemarahan dalam perhimpunan di Pulau Pinang semalam. “Adakah dengan menafikan himpunan tersebut dianjurkan oleh Umno boleh lari daripada tanggungjawab keganasan dan kekerasan yang telah berlaku?” soalnya. Lee mendakwa, penafian Umno negeri berhubung penganjuran perhimpunan... more »

CARA UMNO MEMPERTAHANKAN KUASA

atsixty at ZAKRI ALI - 57 minutes ago
*Raunas Dhom* *Pic ini sekadar menjadi contoh saja. Apa yang nak diutarakan di sini ialah cara UMKUNO yang berpegang kepada 3 strategik utama untuk mereka terus mengekalkan kuasa mereka. 1. Tujuan Menghalalkan Cara. Mereka sanggup melakukan apa saja demi terus berkuasa. a. Menipu dalam pilihantaya termasuk memecahkan sempadan di kawasan yang dikenalpasti kawasan pembangkang, melarikan peti-peti undi, menjadikan SPR sebagai barua-barua mereka dan memasukan pengundi hantu. b. Menyogok wang kepada pengundi, menguggut pengundi dan mewujudkan samseng politik. c. Merosa... more »

Kenyataan Menteri Ini Bakal Jadi Trending Terbaru?

Addin Deen at Addin - 1 hour ago
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain. Katanya, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ianya dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara. "Dalam keadaan hari ini, kita perlu menerima hakikat bersusah sedikit tetapi dalam keadaan itu pun, kerajaan melaksanakan pel... more »

MASJID WARISAN DIMANA NAMA MASJID TANAH MENDAPAT NAMA KINI TERBIAR DAN TIADA SUARA AZAN BERKUMANDANG.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu sebuah masjid tua yang dibina awal 1900an dimana nama Masjid Tanah mendapat nama kini terbiar tidak diimarahkan paling menyedihkan sudah tiada lagi suara azan berkumandang.Lokasi Masjid Warisan ini terletak ditebing Sungai Baru di tengah Pusat bandar Masjid Tanah, melaka berhampiran dengan pasar.Jalan besar didepan Masjid ini dikatakan terdapat deretan kedai judi empat nombor ekor da ma cai, magnum dan toto.Pengirim rasa terkilan mengapa pihak yang berwajib terutamanya Majlis Agama Islam Negeri Melaka tidak membuat sesuatu ... more »

Dah kaut untung juta2 ....jual tanah milik org2 Melayu, lepas tu nak salahkan DAP...

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
Ruslan Mamat [image: Photo: Dah kaut untung juta2 ....jual tanah milik org2 Melayu, lepas tu nak salahkan DAP...nak salahkan cina!!!]

Rakyat Melayu Johor Kena Sedar Dan Insaf......

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
Ruslan Mamat [image: Photo: Apa sudah jadi dengan melayu Johor? Jom melayu UMNO Johor, kita demo demi perjuangan hak-hak melayu!!!] *Apa sudah jadi dengan melayu Johor? Jom melayu UMNO Johor, kita demo demi perjuangan hak-hak melayu!!!*

Berjuta Tak Makan Tengahari Kalau Pendatang Asing Tak Tolong Masak Kangkung Goreng Belacan Kau

Mantot at Cursing Malay : Terus Terang - 1 hour ago
Hari ni aku gi makan kat Terminal Bas Cyberjaya, aku tengok banyak kedai tutup. Lauk2 pun dah tak ada. Nak makan pun susah. Aku boleh pilih nak gi makan tempat lain tapi memandangkan situ adalah tempat makan paling murah dekat Cyberjaya dengan harga air masih lagi berada dalam lingkungan munasabah, aku tibai aje lah apa ada situ. Nampak ramai orang jual sotong kangkung. Terdengar juga beberapa pelanggan tengah makan, telefon berdering dengan nada dering "Lagu Kangkung." Aku pun tinjau aje la beberapa kedai yang ada jual makanan situ. Kedai aku selalu makan, tutup, kedai nasik campu... more »

Sumber:
Dashboard DBlog.

vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: