Selasa, 21 Januari 2014

3179. Allahyarham / Allahyarhamah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Bapa 3 Beradik Yang Dibunuh Kejam Mimpi Allahyarhamah Beri Petunjuk Pembunuh Mereka

Written By nescafe ais on Friday, 17 January 2014 | 14:49

ALOR SETAR 16 Jan. - "Saya bermimpi  Allahyarhamah  (Nor Syafikah Nadia) datang dengan wajahnya berseri-seri dan suruh cari 'budak' ini jika ingin tahu pembunuh mereka".

Demikian pengakuan Rusdi Rani, 39, bapa kepada tiga beradik iaitu Allahyarhamah Nor Syafikah Nadia, 14; Allahyarhamah Nur Izzati Husna, 12; dan Allahyarhamah Puteri Nurul Akma, 3; dari Alor Semela, Jalan Langgar di sini yang dibunuh kejam sekali gus menjadi petunjuk kepada penangkapan dua suspek lelaki dalam kes pembunuhan itu semalam.
Rusdi berkata, pada malam Selasa lalu dia bermimpi  Allahyarhamah  anak sulungnya itu datang seolah-olah memberi petunjuk untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan mereka.

"Dalam mimpi saya, Allahyarhamah Nor Syafikah Nadia datang dalam keadaan yang berseri-seri dan tersenyum kepada saya lalu beritahu kepada saya petunjuk untuk membantu selesaikan kes pembunuhan mereka.
"Allahyarhamah  kata pada saya dalam mimpi itu, abah kalau nak selesai cepat kes adik, angah, along pergi cari budak ini sambil memberitahu nama lelaki tersebut dan saya terus beritahu polis mengenai hal ini," katanya ketika ditemui di Kampung Alor Semela di sini hari ini.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama lelaki yang disebut Allahyarhamah anaknya dalam mimpi itu.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak pernah lupa membaca surah Yasin dan menunaikan solat hajat bagi memohon petunjuk Allah SWT agar membantu menyelesaikan kes pembunuhan anak mereka.

"Sejak hari kejadian kami tidak putus-putus berdoa agar pembunuh Allahyarhamah anak saya berjaya ditahan polis dan akhirnya doa kami dimakbulkan.
"Kami berharap pembunuh ini dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap keluarga kami," jelasnya.

Tambah Rusdi, dia dan keluarganya tidak akan memaafkan pembunuh ketiga-tiga Allahyarhamah anak perempuannya itu kerana perbuatan mereka terlalu kejam.
Ditanya sama ada dia mengenali dua suspek yang ditahan, Rusdi berkata, dia tidak mengenali dua lelaki tersebut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 52, pula berkata, dia mengenali dua suspek yang ditahan itu kerana tinggal tidak jauh dari rumahnya.

"Tetapi saya tidak tahu sama ada mereka ini berkawan dengan Allahyarhamah tiga anak saudara saya," katanya.-  Sumber :- UTUSAN

Nota: Arwah ditukar kepada Allahyarham/Allahyarhamah oleh pCQ. Maaf dan terima kasih. 

Sumber:
http://buletin-terkini-online.blogspot.com/2014/01/bapa-3-beradik-yang-dibunuh-kejam-mimpi.html
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: