Rabu, 22 Januari 2014

3193. Lenggang kangkung 4.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


  1. "Wahai orang beriman ! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu berjaya." (Surah Ali Imran, ayat 200)
  2. Rasulullah s.a.w bersabda,"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru sehingga dia berkata, aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan." [Sahih Muslim]
  3. Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah selawat padaku pada hari Jumaat, sesiapa berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali". (HR Baihaqi)...
    اللهم صلي على محمد وعلى ال محمد
  4. Nabi saw. bersabda, "Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar, tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wuduk". (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim)
  5. Nabi saw. bersabda, "“Demi Allah. Sungguh aku meminta keampunan, beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
  6. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." (Sahih Bukhari)
  7. Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang menutupi aib saudaranya sesama muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat. ” ( HR Bukhari dan Muslim)
  8. Dari Sulaiman bin Shurad r.a. berkata: ketika saya duduk bersama Rasulullah saw, tiba-tiba ada dua orang saling memaki sedang salah satu telah merah wajahnya dan tegang pula urat lehernya maka Rasulullah saw bersabda, “Saya mengetahui suatu kalimat yang apabila kalimat itu dibaca, pasti hilang perasaan marah kamu itu, "A’UZUBILLAAHI MINASYSYAITHOONIR RAJIIM.” (HR Muslim)
  9. Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]
  10. Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)
  11. Nabi saw. bersabda, "Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)
  12. Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit.." — withKembang Klara and 25 others.
  13. Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
    Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
    Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.
    Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.
    Kalau malas buka alQuran, boleh baca aya...See More
     — withRepublik PeNyu and 25 others.
  14. Sesungguhnya Nabi SAW banyak mengerjakan solat malam hingga kakinya bengkak-bengkak. Aisyah bertanya kepada Baginda: Mengapa melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang ? Baginda menjawab: "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur ?” (HR Bukhari) http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/08/syukur.html — with Ari Rheym Ristiyono and 29 others.
  15. Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi) — with Asrul Kecik and 27 others.
  16. Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang merasa gembira apabila dia melakukan amal baik dan merasa dukacita dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati”. (HR At-Tirmizi) — with Muz Diez and 28 others.
  17. Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "...
  18. Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)

    Pada malam Nisfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti suka bergaduh dan bermusuhan.
  19. "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam," Surah Al-An'am; 162 — withUtsukushi Hareyakana No Hikari and 8 others.
  20. Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam". (HR Bukhari) — with KeAdilan Permatang Pauh and 14 others.
  21. Rasulullah saw bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan sesiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa membebaskan kesusahan seorang Muslim maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim) — with Ridho Sentric and 15 others.
  22. Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.

    Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulul...
  23. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq terse...
  24. Nabi bersabda, Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari) — with Alim Yahaya and 23 others.


s3v3n

7tcmv.

Tiada ulasan: