Rabu, 22 Januari 2014

3207. Lenggang Kangkung 18.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


  1. Tazkirah shared Azlina Affendy Lee's photo.
    Jadikan korban anda lebih bermakna melalui program Qurban For Life (Q4L) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

    Kelebihan qurban kami:
    1. Daging qurban ditinkan agar tahan lama (3 tahun) dan dapat mengelak daripada pembaziran dag...See More
  2. Tanya diri kita sendiri bila kali terakhir kita membaca Al-Quran?— with Putra Gmie Abdul Rahim and 9 others.
  3. Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)
  4. Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.

    Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

    Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-...
    See More
  5. Hukum menyembelih korban

    Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

    Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.
  6. Sabda Rasulullah saw, “Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.” [HR Bukhari]
  7. Wuduk sebelum tidur.

    Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat." (HR. Bukhari dan Muslim)
  8. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)
  9. Allah berfirman, “Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannnya ialah Neraka Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta menyediakan azab yang pedih baginya.” (An-Nisaa’: 93)
  10. TAQAB BALALLAHU MINNA WA MINKUM.

    Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: ”Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata: “Para sahabat Rasulullah saw. apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQAB BALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)”. (Fathul Bari, 2: 446)

    Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walillah hilham.

    Salam 'idil Fitri dari admin Tazkirah.
  11. Qiamulail / Solat malam / Solat Tahajjud.

    Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)

    Nabi saw. bersabda, “Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian meng...
    See More
  12. Malam Lailatul-Qadar itu LEBIH BAIK daripada SERIBU BULAN.

    1,000 bulan = 83 tahun + 4 bulan.

    Beribadah pada malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari beribadah selama 83 tahun 4 bulan.

    لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬
  13. Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

    Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘an ni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)
  14. Rugi biarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
    Rugi biarkan masa berlalu tanpa amal.

    Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.

    Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran....See More
     — with Azmann Yusoff and 2 others.
  15. Solat Witir..

    Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiah) kepada kamu satu solat, yang mana ianya lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itu lah Solat Witir". (HR Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah)

    Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Solat witir adalah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami", Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)
  16. Matlamat puasa Ramadan.

    Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)
s3v3n

7tcmv.

Tiada ulasan: