Sabtu, 25 Januari 2014

3244. Disebalik kisah mengapa Rasulullah SAW memakan limau sendirian, tanpa mempelawa sahabatnya turut sama makan limau tersebut.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Kenapa Rasulullah SAW Makan Limau Tak Bagi Sahabat Makan
Posted: 24 Jan 2014 11:00 PM PST

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu Baginda SAW bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda SAW. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda SAW menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda Rasulullah SAW.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan:"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kamu turut makan bersama, aku bimbang ada diantara kamu yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda SAW tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda SAW dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Edit bersumberkan: 
http://ijoks2009.blogspot.com/2014/01/kenapa-rasulullah-makan-limau-tak-bagi.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: