Ahad, 26 Januari 2014

3255. Episode Sebuah Perjuangan - Risalah Dakwah 7.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Islam itu Rahmat, Bukan Hambat (Risalah Dakwah 7)

[1]. Islam tidak hebat hanya apabila kita berjaya menyekat dan menghalang usaha pihak lain menyebarkan agama mereka, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri. Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara ummat Islam pula  longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, ummat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai ummat yang kuat dan berwibawa.

[2]. Realiti ini pernah dipertegaskan oleh Saiyidina Umar al Khattab r.ha;

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإن إبتغينا العزة بغيره أذلنا الله
"Kita adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah dengan Islam. Maka, sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah, nescaya kita dihina oleh Allah"

[3]. Marilah ummahku, bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, basmi kejahilan dan didik serta bimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Usahlah hanya berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang ummat sendiri terumbang-ambing tiada pegangan aqidah yang betul dan mantap.

[4]. Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur? Alangkah jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman.
Usahlah hanya berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang ummat sendiri terumbang-ambing tiada pegangan aqidah yang betul dan mantap.
[5]. Islam adalah agama yang Indah. Membawa rahmat kepada semua. Namun setiap kita dan semua pemimpin beragama Islam mesti memaparkan qudwah yang baik dan bistari. Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujjah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Mencorak Masa Depan

Sumber:
http://www.eperjuangan.com/2014/01/islam-itu-rahmat-bukan-hambat-risalah.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: