Ahad, 26 Januari 2014

3260. Episode Sebuah Perjuangan - Risalah Dakwah 12.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


COMANGO Melukakan Ummat Islam (Risalah Dakwah 12)

[1]. Negara dikejutkan dengan kehadiran sebuah gabungan NGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Human
Rights Council, Geneva, Switzerland.

[2]. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

[3]. Gabungan Ngo COMANGO ini telah mengemukakan beberapa tuntutan yang disifatkan sebagai kontroversi. Antaranya ialah :

  • Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights(ICCPR). Menurut Artikel 18 ICCPR, ia mengandungi peruntukan the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti. 
(Perkara ini boleh melonggarkan syarat untuk keluar daripada agama Islam).

  • Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
(Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis. Ia turut akan memberikan kesan negatif yang besar terhadap institusi sosial dan masyarakat).

  • COMANGO mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menggesa untuk menggugurkan atau meminda peruntukan mengenai moral policing yang didakwa menggugat hak privasi rakyat.
(Ini satu persepsi yang cuba digambarkan bagi menggambarkan kenaifan kewajiban umat Islam terhadap amalan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang sudah tentunya ia dijalankan mengikut prosedur yang berhikmah dan sistematik).

  • COMANGO mempertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran Syi’ah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.
(Keputusan-keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dibincang dengan baik  dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat prejudis).

[4]. Demi melihat kesejahteraan dan kedamaian antara kaum dan agama, saya menyeru supaya COMANGO menggugurkan tuntutan-tuntutan tersebut dan merujuk kepada kerangka Perlembagaan Malaysia serta prinsip-prinsip agama khususnya Islam bagi mengelakkan sebarang persepsi yang negatif pertelingkahan yang merosakkan. Selayaknya isu dalaman negara pula melibatkan ummat Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa (PBB) memandangkan ia harus ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat.

[5]. Namun kami menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang memperjuangkan isu hak-hak asasi manusia selagimana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Islam menyanjungi kemuliaan manusia dan menolak segala bentuk kezaliman yang dilakukan. Firman Allah :

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Mencorak Masa Depan

Sumber:
http://www.eperjuangan.com/2014/01/comango-melukakan-ummat-islam-risalah.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: