Ahad, 26 Januari 2014

3264. Episode Sebuah Perjuangan - Risalah Dakwah 17.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Laksanakan Syariah Islam : vol 4 (Risalah Dakwah 17)

[1]. Kita akui bahawa Islam bukanlah merupakan semata-mata pensyari’atan dan perundangan. Sebaliknya Islam juga merupakan ;
  • Teras akidah yang menjadi kompas kehidupan;
  • Elemen ibadah yang mendidik jiwa;
  • Tunas akhlak yang mengindahkan amalan;
  • Tonggak kefahaman yang meluruskan krisis;
  • Serta nilai yang memuliakan martabat manusia.
[2]. Bahkan, ramai ulama’ yang mendakwa bahawa pendekatan taqnin - pengkanunan - adalah jalan solusi yang terakhir.  Hukuman bukanlah faktor kejayaan kritikal dalam membendung perlakukan jenayah menurut pandangan Islam. Sebaliknya ;
  • Pendidikan
  • Pengawalan dan;
  • Pencegahan
Merupakan faktor teras yang mampu menghalang  faktor-faktor berlakunya jenayah.

[3]. Penggubalan undang-undang sahaja tidak boleh merubah masyarakat. Pembentukan kualiti jiwa manusia itulah yang paling utama. Perkara pokok yang dapat mendorong perubahan ini ialah akar keimanan yang kuat sehingga menjulang tunas-tunas yang segar. yang mampu mengubah manusia kepada manusia yang lebih baik. Ia memerlukan kepada elemen-elemen substantif yang lain seperti momentum dakwah yang konsisten, serta pemurnian biah atau iklim sosial yang sejahtera.

[4]. Kita melihat satu contoh kes jenayah iaitu penzinaan dan lihat bagaimana Islam menangani perkara tersebut. Allah berfirman di permulaan Surah An-Nuur, ayat kedua,

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah setiap seorang dari mereka dengan dengan seratus kali sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan ke atas mereka kerana ia akan menghalang kamu dari melaksanakan agama Allah, jika kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan hendaklah hukum tersebut disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”

Walaupun penegasan hukuman ini disebut di awal ayat, namun terdapat beberapa ayat dalam Surah An-Nuur ini juga yang mengungkapkan kepada beberapa langkah-langkah preventif dan secara langsung membina akhlak individu supaya jenayah penzinaan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, ayat 30-31, Surah An-Nuur juga turut menjelaskan mengenai aurat, penampilan, dan memelihara kehormatan diri;

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar menyekat pandangan mereka (dari melihat kepada yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci dari mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” 

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang kebiasaan nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka sehingga ke dada-dada mereka.”

Begitu juga ayat ke-32 pula menyarankan agar pernikahan dilakukan bahkan ia menjadi satu ibadah yang amat meringankan dan mudah dilakukan tanpa mengenakan syarat-syarat yang menyusahkan.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian dikalangan kamu, dan orang-orang yang patut berkahwin dari hamba-hambamu yang perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas PemberianNya dan lagi Maha Mengetahui.”

[5]. Daripada ayat-ayat ini, meskipun terdapat hukuman yang jelas terhadap jenayah penzinaan, tetapi Allah juga menggariskan mekanisme-mekanisme yang ampuh untuk mengelak daripada berlakunya jenayah ini. Ia merangkumi aspek pendidikan, aspek kawalan dan aspek pencegahan.  Inilah ruh yang perlu diterapkan dalam membendung kebejatan jenayah pada hari ini. Meletakkan bebanan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menangani jenayah adalah tidak tepat, sebaliknya institusi keluarga, pihak media, golongan pendidik, komuniti, gerakan dakwah dan pemerintah seharusnya berganding bahu ke arah matlamat ini.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan

Sumber:
http://www.eperjuangan.com/2014/01/laksanakan-syariah-islam-vol-4-risalah.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: