Ahad, 26 Januari 2014

3273. Episode Sebuah Perjuangan - Risalah Dakwah 26.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Cintailah Rasulullah S.A.W (Risalah Dakwah 26)

Mari kita lihat satu episod cinta Sahabat r.a kepada Nabi s.a.w yang petik dari satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq r.hm bahawa, "Kata Abu Supyan kepada Zaid bin Ad Dasnah r.ha. Sewaktu Abu Supyan menyeksa Zaid bin Ad Dasnah :

أنشدك الله يا زيد ! أتحب أن محمداً عندنا الآن في مكانك نضرب عنقه و أنك في أهلك ؟
"Aku mendesakmu atas nama Allah wahai Zaid! Apakah engkau suka bahawa Muhammad berada di sisi kami sekarang mengambil tempatmu dan kami memenggal lehernya sedang engkau bebas kembali kepangkuan keluargamu?"

Jawab Zaid;


و اللهِ! ما أحب أن محمداً الآن في مكانه الذي هو فيه تصيبه شوكة تؤذيه و أني جالس في أهلي

"Demi Allah! Aku tidak suka bahawa Muhammad sekarang berada ditempatnya sedang ia terkena duri yang menyakitinya sementara aku duduk bersama ahli keluargaku (inikan pula untuk menyerahkan Muhammad agar dibunuh)."

Lalu Abu Supyan berkata;

ما رأيت من الناس أحداً يحب أحداً كحب أصحاب محمدٍ محمداً

"Tidak pernah aku melihat dikalangan ummat manusia seorang yang mengasihi seseorang yang lain seperti kasihnya para sahabat Muhammad terhadap Muhammad s.a.w"

- Ibn Ishaq -

Kecintaan begini membuatkan mereka sanggup mati untuk Islam. Kita bagaimana?

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Mencorak Masa Depan

Sumber:
http://www.eperjuangan.com/2014/01/cintailah-rasulullah-saw-risalah-dakwah.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: