Ahad, 26 Januari 2014

3275. Episode Sebuah Perjuangan - Risalah Dakwah 28.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Cintailah Rasulullah s.a.w (Risalah Dakwah 28)

[1]. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w melahirkan sebuah ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa cinta maka tiadalah taat sebaliknya apa yang akan berlaku ialah penderhakaan atau pelanggaran syariat dan sunnah.

[2]. Kita perlu mewarisi kecintaan generasi awal terhadap Rasulullah s.a.w. Justeru cinta mereka terhadap Rasulullah s.a.w sangat menakjubkan. Kata Ibnu Jarir bahawa telah menceritakan kepada kami Ibn Hamid dan Yaacub Al Qumi daripada Jaafar bin Abi Al Mughirah daripada Said bin Jubair katanya telah datang seorang lelaki Ansar kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan berdukacita.

Lalu kata Rasulullah s.a.w;

يا فلان! ما لي أراك محزوناً
"Wahai si Fulan, kenapa aku lihat engkau sedang berdukacita?"

Jawab lelaki Ansar itu;

يا نبيَ الله! شئٌ فَكَّرْتُ فيه
"Wahai Nabi Allah! Ada sesuatu yang aku fikirkan mengenainya."

Tanya Nabi s.a.w;
ما هو؟
"Apakah ia?"

Lalu jawab lelaki Ansar itu;

نحن نَغْدُو عليك ونَرْوَح، ننظرُ إلى وجهك و  نُجاِلسُكَ و غداً تُرفعُ مع النبيين فلا نصل إليك
"Kami sering menghadiri dan keluar berpergian bersamamu dan kami melihat wajahmu dan duduk bersamamu namun kelak di akhirat kamu akan diangkat tinggal bersama para Nabi a.s maka kami tidak lagi berpeluang untuk bersamamu."

Nabi saw hanya diam selepas itu sehinggalah turun ayat :

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)." (Surah An Nisa' : 69)

[3]. Kecintaan sahabat kepada Nabi s.a.w bukan sahaja di dunia malah mereka tetap mahu bersama Nabi s.a.w di akhirat kelak. Ternyata kita juga sewajarnya meletakkan cinta Allah dan Rasul-Nya sedemikian. Kita masih mampu melakukannya kerana Allah s.w.t menyebut bahawa sesiapa jua yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w maka ia akan ditempatkan oleh Allah di dalam syurga bersama para Nabi alaihimus solaatu wassalam.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan

Sumber:
http://www.eperjuangan.com/2014/01/cintailah-rasulullah-saw-risalah-dakwah_8529.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: