Rabu, 29 Januari 2014

3312. Doa Penyembuh Penyakit.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com  

Doa Penyembuh Penyakit


Ya Allah! Tuhan manusia, 
yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada yang menyembuhkan selain Engkau, penyembuhan yang tiada meninggalkan sebarang penyakit.  

Ubat Doa dan Penyembuh Segala Penyakit


on Isnin, 26 Disember 2011
Ustaz Sharhan merupakan penceramah dan seorang pengamal perubatan Islam. Jika sakit, semua orang cari doktor kan..Tapi yang lebih baik adalah usaha kita, di samping berjumpa doktor , sampingkan juga dengan amalan2 serta ayat2 dari al Quran kerana Al-Quran itu sendiri Syifa (Penawar).

****UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI****


1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan

- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran

- An Nahlu ayat 78 dan
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal

- Al- Anbiya' ayat 39

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
Ataupun Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
Atau pun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..


Sebenarnya byk lagi doa2 yang boleh kita amalkan, tp sebab terlalu byk ustaz tu pun tak sempat nak bagitau semua..utk itu dia dah tulis semuanya dalam bukunya bertajuk UBAT DOA DAN PENYEMBUHAN by Ustaz Sharhan Safiee.

Sumber: http://lineclearbah.blogspot.my/2011/12/ubat-doa-dan-penyembuh-segala-penyakit.html
Petikan Al-Quran & Hadith
Tiga Golongan Manusia Tidak Masuk Syurga Selama-Lamanya

Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya: Pertama orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya, kedua suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri dan kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki"
Sumber:
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_aplikasi&pg=bm_aplikasi_doa&ac=106
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: