Selasa, 7 Januari 2014

Dato oh Datin - tengoklah rumah cucu. 3074.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Jangan salah faham projek pprt projek siapa... projek kerajaan paling lama di dunia?.
'Kami tak sanggup mati dihempap rumah'



SABAK BERNAM –  "Kami tak sanggup mati dihempap rumah, lebih-lebih lagi dua anak saya masih kecil dan perlukan tempat perlindungan lebih selamat,” kata seorang bapa, Mohd Noh Mohd Kassim, 30, yang kecewa setelah aduan berhubung kerosakan yang terdapat pada rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak diendahkan.
Mohd Noh menunjukkan kesan retak pada dinding bahagian belakang rumah yang mengundang bahaya kepada keselamatan nyawa keluarganya jika tinggal di situ.

Dia yang tinggal menumpang di rumah berkenaan meluahkan rasa terkilan setelah projek berkenaan yang baharu berusia 13 tahun sejak ia siap dibina pada 2001 kini mengalami kerosakan teruk ibarat menunggu masa menyembah bumi.

Katanya, rumah itu tidak selamat diduduki berikutan mengalami keretakan di bahagian lantai simen dan dinding serta kebocoran bumbung sejak empat tahun lalu.

“Perkara ini sudah diajukan kepada pihak berwajib. Namun, sampai sekarang masalah ini masih gagal ditangani hingga menyebabkan kami berasa sungguh kecewa. Aduan kami seolah-olah tidak diendahkan,” katanya sambil memberitahu rumah berkenaan pernah sekali dibaiki pada Oktober 2013 sejak ia mengalami masalah tersebut.

“Bagaimanapun, saya amat kecewa kerana kerja-kerja membaik pulih rumah ini tidak dijalankan mengikut spesifikasinya yang sebenar memandangkan kerosakan rumah semakin serius dan keretakan masih berlaku,” katanya.

Disebabkan kesulitan itu, katanya, dia terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menanggung perbelanjaan rumah sewa mereka di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar.

“Sampai bila kami perlu bergantung kepada LZS, sedangkan bantuan itu boleh ditarik bila-bila masa kerana masih ramai golongan miskin seperti saya memerlukan kediaman sendiri,” katanya.

Dia yang bekerja mengambil upah mengupas kelapa parut berkata, tidak mampu  membaik pulih rumah itu memandangkan pendapatannya rendah terutama dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Dengan pendapatan RM400 sebulan, saya tak mampu baikinya," katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kami-tak-sanggup-mati-dihempap-rumah-1.237530

Tiada ulasan: