بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Buku Perang Arab Israel
Setelah tamatnya pemerintahan beraja di Mesir apabila Dinasti
Muhammad Ali digulingkan iaitu pada zaman Raja Al-Farouk, corak pentadbiran
Mesir beralih kepada pemerintahan pseudo-demokrasi yang dipimpin oleh pemimpin
yang berlatarkan tentera.
Muhammad Naguib yang pernah cuba digulingkan melalui coup de ta
oleh Gamal Abdul Nasser merupakan cubaan pertama rampasan kuasa di Mesir.
Cubaan yang kedua berlaku pada Raja Al-Farouk dan yang ketiga berlaku pada
dekad ini atas pengkhianatan ketua tentera Abdul Fattah As-Sisi terhadap Dr
Morsi.
Gamal Abdul Nasser dilihat jaguh sepanjang abad pemrintahan di
Mesir kerana dasarnya yang membenci Perancis dan negara-negara penjajah.
Berbeza pula dengan Anwar Sadat yang kononnya dikagumi dek kerana dasar
keterbukaan yang hanya merosotkan perkembangan tamadun Mesir. Bumi yang hebat
dengan keistimewaan terusan Suez dan tanah tumpuan di Timur Tengah ini menjadi
bumi yang paling lambat tumbuh membangun berbanding negara-negara lain.
Jangan sesekali kita dikaburi oleh satu agenda yang mungkin
menjadi agenda utama puak-puak Yahudi iaitu mengaburi dunia dengan mengalihkan
isu dengan penampilan tokoh-tokoh merbahaya dan label-label seperti terrorism
sedangkan dalam senyap, mereka cuba menguasai negara-negara yang kaya dengan minyak
seperti Somalia, Saudi, Iraq dan juga Iran.
s3v3n
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan